19 : this feelings

97 9 0
                                    

KERTAS YANG tersenarai pelbagai maklumat di atas meja menjadi tumpuan penuh oleh Malik. Dia hari ini ada meeting yang harus dia hadiri.

Dirinya bukan lagi seperti seorang akauntan tetapi lebih kepada personal assistant kepada Selim, datuk kesayangannya itu.

Apa-apa hal kerja semua diserahkan kepada Malik. Terkadang, PA kepada Selim terpaksa bekerjasama dengan Malik buat menguruskan pekerjaan.

"Malik." panggilan dari assistant Selim, Noura menyentakkan tekunnya Malik.

Kepala di angkat memandang ke arah pintu. Noura berjalan menuju ke meja dan meletakkan fail di atas kertas yang diteliti Malik.

"Yeni raporlar.  Selim kontrol etmeni istiyor."
(New reports. Selim wants you to check over it)

Malik hembuskan nafas panjang, "peki ya sen?"
(then, how about you?)

Noura ketawa kecil.

"Benim de kendi işim var Malik.  Her zaman olduğu gibi.  Selim seninle dokuzda buluşmak istiyor."
(I also have my own job, Malik. As always. Selim wants to meet you at nine)

Malik sekadar angguk.

Orang tua itu asyik hendak bawa Malik jumpa sahaja. Tahulah cucu tersayangnya tetapi agak-agaklah juga.

"Peki.  Şimdi gidebilirsin."
(Okay. You can go now)

Noura berdehem kecil. Dia perlahan labuhkan punggung di kerusi hadapan Malik.

"bu pazar boş musun ?"
(Are you free this Sunday?)

Malik pandang wajah Noura. Langsung tiada riak dari wajah Malik.

"Meşgulüm."
(I'm busy) jawapan singkat untuk menolak pelawaan dari Noura.

Malik fokuskan kembali pandangan pada kertas yang dia periksai tadi.

Noura terkesima dengan perbuatan Malik. Dengan rasa kecewa dia membawa keluar dirinya daripada pejabat Malik.

Malik terhenti.

Dia tahu jikalau Noura ada hati terhadapnya dan Malik tidak ambil kisah dengan hal itu.

Noura menyukai Malik sejak Malik menjejak masuk ke industri perniagaan ini. Itu yang sampai tergila bayang dekat Malik.

Noura sempat ungkapkan kata cinta kepada Malik tetapi ditolak mentah-mentah oleh Malik kerana Malik mempunyai seseorang yang dia sudah cinta sepenuh hati.

Berat hati Noura mahu menerima kenyataan yang Malik sudah berkahwin dahulu. Mahunya dia terjun bangunan dari tingkat enam tetapi takut.

Noura tetap menunggu Malik bahkan dirinya tidak semena-mena malah mendoakan hal yang tidak baik untuk rumah tangga Malik.

Atas nama cinta, dirinya hanyut dan terleka.

Malik bukannya jenis yang rapat dengan perempuan. Kalau ada keperluan penting sahaja dia akan mendatangi perempuan.

Malik bukan apa. Dia tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang seharusnya. Dia menjaga baik tentang itu.

Zaman sekarang ? Kita semua mengambil enteng tentang batas pergaulan. Padahal, batas pergaulan seharusnya dikawal kerana jika tidak terkawal akan menjerumuskan kita dalam maksiat.

***

Bad sepetkan mata pandang wajah Aiser di hadapan. Budak lelaki ini yang buatkan Bad hampir jadi mangsa penculikan.

"Ne yaptığını biliyor musun?  Beni neredeyse öldürüyorsun.  O gün beni terk etmeye nasıl cüret edersin?"
(You know what you have done? You make me almost got killed. How dare you left me that day) bebel Bad di hadapan.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now