BAD AMAINA berlari mendapatkan Malik Aseer yang jauh di hadapan. Dia mahu hentikan langkah Malik daripada Malik masuk ke dalam kereta. Nanti Malik lari lagi, susahlah Bad hendak mencari.
"Stop!" Bad memekik namun sedikit pun tidak dihiraukan oleh Malik. Lelaki itu pekak agaknya, Bad pula yang makin naik geram.
"Malik!" pekikan Bad yang kuat membuatkan Malik terhenti.
"What Amaina?" suara Malik juga kuat bertanya kepada Bad.
Boleh mamat ini tanya apa? Bad punyalah risau hendak mati kerana Malik. Ish, memang ada yang meminta kena penampar seketul dekat muka. Nasiblah Bad fikir suami dia, kalau tidak sudah lama dia bagi.
Bad pandang wajah Malik lama-lama, dia mengatur pernafasannya sekejap sebelum memulai langkah mendekati Malik. Dia berdiri tepat di hadapan Malik. Malik pula membuang muka.
Bad tampar muka Malik dengan perlahan, "Stupid," ucap Bad.
Malik terus pusingkan kepala pandang wajah Bad. Dia nampak mahu marah dengan apa yang baru Bad buat kepadanya. Suka-suka hati tampar muka orang!
"What are you doing Bad Amaina!"
"And what are you doing Malik Aseer? Why you keep being like this? You're a grown man, stop being immature and stop acting like a child." Bad dengan lantangnya bersuara.
Malik mengetap rahang. Dia hembus dengusan panjang bertandakan dia marah terhadap Bad. Dia tidak suka kalau Bad bercakap begitu terhadapnya. Dia menafikan semua yang Bad kata, itu tidak benar!
"Just go back home. I'm not in a mood right now. Just go and do whatever you want to. Don't look for me. As you said, I'm a grown man. I'm fine being left alone."
Bad pegang tangan Malik, "Zaten yeterli. Bunu bir daha yapma. Yeter üzüntünüz."
(Sudahlah. Jangan buat begini lagi. Cukuplah dengan rasa sedih awak itu.)"Benimle meşgul olmak zorunda değilsin."
(Kau tak perlu sibuk dengan hal aku.) keras suara Malik memberitahu. Dia seolah bagi amaran kepada Bad untuk tidak hirau dengan keadaannya sekarang."Sen benim kocamsın! Meşgul olmaya ve senin için endişelenmeye daha fazla hakkım var!"
(Awak itu suami saya! Saya ini lebih berhak untuk sibuk dan risau pasal awak!)Bad kemudian mengemam bibir. Dia menahan air mata daripada jatuh, dia tidak mahu menampakkan dirinya itu ada sisi lemahnya. Cukuplah, dia hanya mahukan Malik kembali seperti dulu lagi.
"İstesen bile seni asla yalnız bırakmayacağım. Üzülmeye devam etmeni istemiyorum. Kendi kontrolünü kaybettin. Seni seviyorum bu yüzden seni önemsiyorum. Lütfen bunu bir daha yapma, endişeleniyorum."
(Saya tak akan pernah biarkan awak sendirian walaupun awak minta. Saya tak nak awak berterusan sedih. Awak dah hilang kawalan pada diri awak sendiri. Saya sayangkan awak sebab itulah saya ambil berat tentang awak. Awak tolonglah jangan buat macam ini lagi, saya risau.)Bad bercakap dari lubuk hati yang terdalam. Dia jujur, dia sangat risaukan tentang Malik. Setiap kali Malik bersedih, termenung sendiri, Bad seolah isteri yang tidak berguna kepada suami. Dia mahu membantu suaminya.
Mereka bertatapan untuk seketika.
Bad mahu Malik tahu kalau Bad adalah satu-satunya orang yang boleh jadi tempat sandaran. Dia tidak sanggup kehilangan Malik. Kalaulah dia terpaksa gadaikan segala hidup mewahnya, dia akan buat demi mendapatkan diri Malik semula.
Malik pusing. Dia melangkah menuju ke kereta, dia langsung tidak mendengarkan apa yang dikatakan oleh Bad. Ini membuatkan Bad semakin terasa hati dengan sikap Malik. Dia penat risaukan tentang Malik tetapi lelaki itu malah mengendahkan perasaan Bad.
YOU ARE READING
STUCK WITH YOU ✅️
Romance[ 19 | COMPLETE romance ] Typical of chaos love story; si perempuan pencari millionaire dengan perwatakan tiada shy-shy dan si lelaki cucu billionaire dengan perwatakan sombong-sarkastik. ©nurshyn