6 : hello TURKEY

83 14 0
                                    

MALIK ASEER mengurut-urut pelipisnya. Rasa pening yang dia rasa semakin bertambah-tambah bila melihat akan Bad Amaina yang sudah berada di hadapan hotel dengan lagak selamba duduk di atas mobil audi.

"Oh ! Yine mi?  Şimdi ne olacak, Malik?"
(Oh ! She again ? What now, Malik ?) Selim menggeleng kepala.

Dia juga sakit kepala kerana Bad. Lihat sahaja gadis itu tentu si tua teringat akan apa ulah yang Bad buat tempoh hari. Selim jujur dia tidak boleh kendalikan gadis nakal seperti Bad.

"Hello, future family !" Bad melambai-lambai.

Pandangan yang diberi oleh orang sekeliling langsung tidak dihiraukan Bad. Apa yang dia mahu kisah dengan semua orang itu ? Bad cuma fokus pada Malik.

Tatapan Malik tajam menikam tatapan Bad yang ceria itu. Kalaulah Malik bukan orang baik-baik, tentu sudah dia bagi tamat riwayat Bad.

"Ooi ! Let's go shopping !" jerit Bad.

"Bu kadın utanmıyor mu?"
(Perempuan ini tidak ada malukah ?) monolog Malik kesal di dalam hati.

"Malik. This is my first time meet a girl like her." Selim hembus keluh panjang.

Selim atur langkah menuju kereta. Bad sudah tersenyum semakin lebar, dia turun daripada duduk di atas mobil dan berdiri tegak menghadap Selim.

"How was your sleep my grandfather in law ?" tanya Bad.

"It's good." Selim balas diikuti dengan senyum tipis di hujung ayat.

Bad mengangguk-angguk mendengarkan bakal datuk mertuanya itu. Dia kemudian pantas mengetuk ke atas kepala kereta. Dia bagi signal untuk Selim bukakan kereta.

"We have a deal, remember ? You said you want someone to accompany you while you're in Malaysia. So here I am. I will be helping you with that. Okay, grandfather ? Now, lets go !"

Makin terlarik lebarlah senyum palsu Selim. Dia tidak boleh bayangkan betapa huru-haranya dia bila berjalan bersama dengan Bad. Cukuplah tempoh hari masalah dibuat Bad sehingga dia menanggung malu sama.

"Malik ! Come quick !" panggil Bad seolah-olah sudah lama mengenalinya.

Riak Malik sudah dapat dibaca semua orang yang melihat. Dia tidak suka dengan kehadiran Bad yang selalu tidak terduga. Kenapa gadis itu ada sahaja mahu menganggu ketenangan hidupnya dini ?

Malik terpaksa akur ketika Selim memberi signal untuk dia turut sama. Dia menjeling bila Bad lontarkan senyum kepadanya. Dia tidak suka bermakna tidak suka.

Bad sedikit pun tidak terkesima. Dia malah selambanya masuk ke dalam kereta di bahagian tempat duduk di hadapan. Pemandu yang terpinga-pinga turut masuk.

"Whe- where we're heading to, sir ?" tanya si pemandu.

"T-"

"We go to Mega Mall." Bad memintas perkataan Selim sejurus memberi arahan kepada si pemandu.

Si pemandu semakin kebingungan kerana dia tidak pasti sama ada gadis yang ada di sebelahnya adalah sebahagian daripada Selim dan Malik ataupun bukan.

"Apa tunggu lagi ? Cepatlah jalan. Arahan saya ini sama macam arahan tuan awak dekat belakang tu," terang Bad.

Malik menjeling, sejak bila pula Bad menjadi maam di sini ? Benar-benar menahan kesabaran gadis bernama Bad Amaina ini. Nama sudahlah Bad -- same goes to bad.

"Just go where she tell you." Selim mengarah si pemandu.

"Eh- ah, okay, sir." hormat diberi kepada Selim.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now