10 : REHAN

87 11 0
                                    

MALIK ASEER hanya memandang sahaja Bad dan Mel yang kelihatan sangat girang masuk ke dalam kereta. Mereka berdua itu sudah rancang pergi shopping hari ini bersama-sama.

---

"Malik, a card for me. I'm your wife now. Remember ?"

Mahu tidak mahu, Malik berikan juga kad hitam untuk Bad, isteri yang tidak dia iktiraf sebagai isterinya. Malik bukan apa, Selim, datuknya asyik mahu menangkan Bad.

Malik agak terasa hati juga dengan perlakuan datuk kerana lebih pentingkan perasaan Bad berbanding dengan Malik. Malik itu kan cucunya, sepatutnya Malik lebih difikirkan.

Sebagai cucu yang baik, dia tidak menyalahkan Selim. Sebaliknya, dia salahkan Bad. Iyalah, semua salah Bad Amaina.

Kalaulah perempuan gila itu tidak ada di hari pertama, semua ini tidak akan terjadi dan Malik pun akan terbebas daripada tingkah tidak waras Bad.

Sudah tidak berguna mahu menyesal sekarang. Semua sudah terjadi. Malik sudah pun mengangkat Bad sebagai isteri sahnya. Terngiang satu ayat dari Selim.

"Belki Bad onun yerine senin için gönderildi."
(Maybe Bad was sent for you to replace her)

"Bana her zaman söylediğin tek kelime devam etmekti.  Söylemek istediğin bu, değil mi?"
(The only word you always tell me was move on. That is what you want to say, right ?)

Selim hanya senyum. Dia memang mahu cucu dia ini lupakan tentang si dia yang sudah lama tinggalkan Malik. Usahlah terus-menerus tinggal di dalam kenangan lalu.

---

Malik masih tetap berdiri di depan kaca namun pandangannya kali ini dia naikkan memandang ke arah langit yang sudah bertukar biru. Dia hembuskan nafas panjang.

Bukan senang untuk Malik melupakan si dia yang sudah menetap dalam hati. Kalaulah diberi pilihan, tentu Malik mahu segera melupakan si dia tetapi berat.

Melepaskan orang yang dia sayang adalah suatu perkara yang paling sukar untuk Malik buat. Berikan dia tempoh untuk sembuhkan dahulu luka dan trauma di hati.

***

"Malik itu baik sangat sampai bagi kau black card. Dia itu ikhlas ke ?" soal Mel. Agak was-was juga mahu guna kad hitam yang diberi oleh Malik pada Bad.

Bad yang beria mengajak Mel shopping hari ini. Kalaulah duit tidak mencukupi, memang habis malu mereka di sini. Tidak mengapa, Mel tunding jari pada Bad.

"Kau janganlah risau. Malik sekarang dah jadi suami aku. Apa aku cakap dia mesti ikut !" Bad yakin dengan tiap perkataannya.

Orang cakap tidak baik jikalau terlampau yakin, lain pula jadinya nanti.

Langkah diteruskan menelusuri tiap kedai yang ada di dalam mall yang luas tambahan dengan 5 buah tingkat. Tidak menang masa mereka berdua bila berbeli-belah ini.

Senyuman lebar diukir setiap kali keluar dan masuk ke satu kedai ke satu kedai yang lainnya. Mereka sakan gelak tawa bersama tanpa menghiraukan had jumlah penggunaan kad hitam tersebut.

"Sorry, ma'am. Your card is on the limit." tercenggang mendengar kata-kata si kakak cashier.

"Eh, apa ini Bad ? Kata unlimited." Mel mula gelisah.

"Sekejap-sekejap." Bad turut hairan, "Can you scan it again ?"

Kad hitam milik Bad itu digeser ke satu tempat khas kad namun hasilnya tetap sama. Kad itu sudah sampai ke limit penggunaannya. Perempuan yang ada di kaunter itu pun menggeleng.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now