16 : care for her

115 10 0
                                    

MALIK ASEER tersengguk-sengguk namun tangannya terus mengusap-usap kepala Bad yang berbaring di katil.

Seharian menjaga Bad di hospital tentulah lelaki itu penat. Apatah lagi bila Bad asyik bertanya soalan yang sama dan Malik tiada pilihan lain selain menjawab.

Malik menyedari kesilapan dia dan layanannya yang kasar terhadap Bad. Dia rasa bersalah melihat Bad dengan keadaan sakit begini.

Seandainya masa boleh diputarkan kembali, dia mahu bersikap baik terhadap Bad.

Tidak akan dia rasa bersalah jikalau dia baik kepada Bad sebelum ini.

Bad perlahan-lahan membuka mata. Dia tatap lama wajah Malik yang ada di samping.

"Are you tired ?" tanya Bad.

Kening terjongket ke atas, Malik membuka besar matanya menoleh ke arah Bad.

Malik menggeleng, "I'm fine."

Malik is actually a gentleman. Perangai Bad yang nakal itu sahaja membuatkan Malik melayaninya kasar.

"Sleep ?" Bad kedip-kedipkan mata.

Mungkin Bad mahu Malik tidur tetapi Malik tetap menggeleng tidak mahu.

Dia masih okay dan dirinya boleh menahan kantuk untuk beberapa jam lagi.

"Sleep ?" sekali lagi Bad bertanya.

Mereka bertatapan lama.

Malik biarkan matanya menatap dalam ke anak mata Bad. Bolehkah dia membaca apa yang ada di dalam mata Bad ?

"Malik. Sleep," suruh Bad.

Bad perlahan bangun dari pembaringan. Dia duduk menghadap Malik.

"Sleep here." Bad menepuk katil.

Bad mahu Malik tidur di sampingnya.

Lagipula, mereka berdua bukankah suami isteri yang sah ? Tentu tidak menjadi masalah untuk mereka tidur bersama.

Malik pegang tangan Bad, "It's okay. I'm fine."

Bad menggeleng. Dia tetap mahu Malik tidur di sampingnya. Biarlah suami dia berehat sama dengan dia.

Bilik ini pun bilik VIP. Doktor tidak akan pecah masuk begitu sahaja. Kalau iya pun, dia tidak akan jadi keberatan kalau mereka berdua suami isteri tidur sekatil di sini.

Doktor hanya jalankan tanggungjawab merawat pesakit. Hal peribadi jarang dia hendak masuk campur kecuali jika memang perlu.

"Malik. Sleep here," suruh Bad lagi.

Malik menarik nafas lalu dihembuskan keluar. Dia tidak ada pilihan lain lagilah kalau Bad sudah memaksa.

Malik bangun dari duduk. Dia menggaru tengkuk yang tidak gatal sambil memandang akan saiz katil yang menempati Bad.

Bad berganjak ke tepi untuk memberi ruang pada Malik.

Malik perlahan-lahan melabuh punggung di atas katil, "Sorry," ucap Malik.

"Why ?" tanya Bad.

Malik menunduk. Tidak tahu apa yang membuatkan dia tiba-tiba mahu meminta maaf tetapi jelas perkataan maaf itu tulus.

Malik kemudian pandang ke wajah Bad, "I'm sorry for everything."

Bad senyum.

Bad tarik tangan Malik dan diletakkan elok di atas bantal. Bad baring dan menjadikan lengan Malik sebagai bantalnya.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now