26 : forever with you

119 9 0
                                    

AKHIRNYA, setelah sekian lama menunggu, Khawir sekarang telah menjadi CEO yang baharu di syarikat Selim. Inilah saat yang dia nantikan sejak dahulu lagi.

Dari kejauhan, Malik hanya tersenyum hambar. Dia sendiri yang telah turunkan tanda tangan ke atas kertas penyerahan syarikat kepada Khawir. Sekarang Khawirlah yang bertanggungjawab besar dalam syarikat.

"Malik," panggil Bad.

Malik pusing ke arah kiri, Bad sedia dengan senyumnya yang manis.

"Let's go." bawa Bad.

Malik pun sekadar angguk. Ketika kaki ingin melangkah, tangan Bad pantas menahan lengan Malik. Malik bertoleh lagi ke arah Bad, ada apa pula kali ini?

Bad rangkul lengan sasa Malik dengan tenang. Dia kenalah buat sweet-sweet dengan suami. Bukan senang tau hendak buat Malik ikut katanya. Sekarang inilah masa Bad jadi bos!

Malik berdehem, jikalau itu yang dimahukan oleh Bad, dia hanya akan ikut memandangkan Bad itu isterinya. Dia tidaklah kisah kalau berjalan berdua dengan begitu.

Bad tersenyum-senyum, macam inilah namanya suami. Isteri sweet, suami pun kenalah balas sweet. Dah nama pun suami dan isteri, salinglah romantik, bertambah serilah rumah tangga.

Mereka pun bersama mengatur langkah.

Mel yang ada di sisi Rehan perlahan-lahan mengulum senyum di bibir. Bagus sangat kalau Bad dan Malik sudah berbaik semula. Tidaklah Bad itu asyik-asyik call dia suruh cari tahu tentang Malik.

"They look perfect together," ucap Rehan.

"Ya." Mel setuju dengan Rehan. Dia sendiri saksikan perubahan terhadap diri Malik, bukankah itu suatu tanda yang baik?

"Then we should take care of our relation too." dan ada baiknya juga kalau Mel dan Rehan teruskan membuat majlis perkahwinan, tidak baik kalau sekadar bertunang lama-lama.

Mel senyum. Dia sudah lama bersedia mahu jadi isteri dan inilah saatnya. Dia akan jemput ibu bapanya ke Turki untuk saksikan langsung pernikahan dia dan Rehan. Kenalah ada ibu bapa! Barulah penuh dengan kerestuan.

Aish, cakap pasal ini rasa tidak sabar pula nak kahwin. Mel tidak dapat bayangkan betapa grand sesi sandingnya nanti. Aduhai, bolehkah pengsan sekejap? Haaaa.

***

"Why are you still with me?" tanya Malik.

Bad senyum kecil, kenapa? Soalan yang sepatutnya Bad tanya kepada Malik. Kenapa Malik tidak mahu Bad ada bersama dengan dirinya sedangkan Bad begitu peduli dengan Malik?

Bad tidak jawab. Siapa tahu? Mungkin dia ada jawapan dan mungkin juga tiada. Only Bad Amaina knew about herself better than a anybody else.

Ini membuatkan Malik Aseer semakin tertanya-tanya, ada apa sebenarnya? Dia ingin tahu mengapa Bad Amaina sanggup sabar dan tinggal dengan sikap Malik yang kasar.

Bad peluk lengan Malik dengan senyuman yang masih kekal dilarik di bibirnya. Malik pun hanya membiarkan, sebenarnya Malik hanya ingin tahu mengapa dan apa sebab Bad masih mahu bersamanya.

"Should I answer it's because love?" tutur Bad keluar membuatkan Malik palingkan muka ke arah Bad.

"Love. Because of love, Malik." senyuman Bad semakin lebar.

"You love me?" tanya Malik, agak ragu dengan perkataan Bad. Manalah tahu Bad cuma bermain-main sahaja dengannya. Pernahkah Bad Amaina itu serius? Pernah tapi agak jarang.

"Senin tavrına katlanmam için başka bir sebep var mı?"
(Ada sebab lain lagi ke untuk saya bertahan dengan sikap awak?) Bad lepaskan pelukan. Dia tatap ke wajah Malik.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now