GAUN YANG BERWARNA coklat kemudian dihiasi dengan manik-manik berwarna putih yang telah siap dipakai oleh Bad itu ditenung di cermin full-body di hadapan.
Bad merasa puas hati dengan gaun yang dikenakannya. Tudung yang berwarna putih disarungnya elok di kepala. Siap !
Setelah berpuas hati akan penampilannya, Bad pun keluar dari ruangan pakaian dan terus sahaja berjalan menuju ke arah Malik yang sejak tadi menunggunya.
"Am I pretty ?" tanya Bad.
Malik pusing, dilihatnya dari atas hingga ke bawah, semuanya sangat kena dengan Bad.
"You are." Malik mengucapnya dengan ikhlas.
Bad senang dengan pujian Malik. Suaminya sahaja setuju jikalau dia itu cantik. Sebagai diri sendiri, kenalah berbangga.
"Can we go now ?"
Malik mengangguk. Perlahan dia mengambil tangan Bad dan dia letak di atas lengan kekarnya. Bad mengerti tujuan Malik.
Tangan Bad terus sahaja memeluk lengan Malik dan mereka berdua pun berjalan keluar dari bilik persalinan. Hari ini hari yang tampak membahagiakan.
Sebuah meja panjang yang terhias cukup lawa di hadapan sana menjadi benda pertama yang ditangkap penglihatan seorang Bad.
Senyum perlahan-lahan terukir di bibir. Bad suka dengan semua hiasan yang ada pada atas meja tersebut. Bak sebuah pesta makan orang bangsawan.
"I've done my best to this decoration. I hope you like it." Malik berhentikan langkah.
Dia menoleh ke arah Bad yang masih lagi belum selesai mengagumi keindahan tempat makan malam mereka berdua.
"This is perfect." Bad senyum makin lebar.
Dia perlahan-lahan pusing pula ke arah Malik. Sejak kaki melangkah masuk ke dalam, Bad sangat senang. Semuanya membuatkan dia rasa terharu.
"This is your first time you being good to me, Malik. I've been waiting for this."
Mendengarkan ayat yang ditutur Bad, dahi Malik serta-merta berkerut. Apakah yang dimaksudkan oleh Bad ?
Bad senyum, "I know this might be confusing but I..." Bad lepaskan nafas panjang.
Bagaimana dia mahu memulakan ? Bagaimana dia mahu terangkan secara terperinci agar Malik faham bahawa selama ini Bad hanya berpura-pura.
Malik semakin berkerut. Sulit untuk dia mengerti apa maksud di sebalik perkataan Bad.
"Surprise, Malik." Bad pegang kedua tangan Malik, "Bunca zaman sadece hafızamı kaybetmiş gibi yaptım."
(Selama ini saya cuma berpura-pura hilang ingatan)Lidah Malik kelu. Adakah apa yang dia dengar itu benar ataupun hanya taktik dari Bad untuk mempermainkan dirinya ?
"Bunu yaptığım için üzgünüm. Sadece doğum günümüzü birlikte kutlamamızı istiyorum."
(Saya minta maaf sebab buat macam begini. Saya cuma nak kita sambut hari lahir kita sama-sama)Bad mahu lepaskan pegangan namun Malik menahan. Genggamannya kuat. Malik tatap tajam mata Bad.
"Bütün bunlar ne için? Neden bu şekilde?"
(Untuk apa semua ini ? Kenapa dengan cara begini ?) tanya Malik.Bad menelan liur. Dia tahu dia telah membuat kesalahan dengan berpura-pura tetapi ini sahaja idea gila yang mampu dia buat.
Malik dan Bad mempunyai tarikh lahir yang sama, 20 Julai. Bad cuma mahu merayakan bersama Malik, suami sahnya.
YOU ARE READING
STUCK WITH YOU ✅️
Romance[ 19 | COMPLETE romance ] Typical of chaos love story; si perempuan pencari millionaire dengan perwatakan tiada shy-shy dan si lelaki cucu billionaire dengan perwatakan sombong-sarkastik. ©nurshyn