BAD DAN MEL berjalan perlahan-lahan sambil mereka terhendap-hendap akan keberadaan Dato' Bakri dan Datin Rohani. Mereka berdua tidak mahu kalau kehadiran mereka di sedari.
"Okay, berjaya!"
"Miss, may I have your card?" seorang lelaki berpakaian kot hitam itu menegur.
Bad pandang si lelaki atas dan bawah. Siapa lelaki ini. Pandangan sinis di bagi oleh Bad, dia tidak kenal lelaki ini.
"Apa card-card? Nak mengorat?" Bad menjeling.
Mel mengemam bibir. Kenapa kawan dia di saat ini buat hal? Sudahlah mereka berdua kena cepat dia boleh buat hal pula!
"Kau ni!" marah Mel.
"Apa? Lelaki ni minta kad. Kad apa lagi kalau bukan kad-"
"Kad jemputan!" pintas Mel.
Geram Mel dengan Bad. Lain kali itu janganlah suka sangat fikir bukan-bukan. Tahulah dah berangan nak ada mister millionaire dia tapi jangan pulalah buat hal sekarang.
"Here, the VIP card." Mel berikan kad berwarna emas kepada si lelaki.
Lelaki itu menyambut perlahan. Dia baca nama dan kemudian pandang semula ke wajah kedua gadis itu. Dia berdehem.
"Okay, Miss Cherriey?" di baca nama yang tertera.
"Oh, it's me!" Mel senyum.
Lelaki itu mengangguk lalu senyum tipis. Agak rare ya nama kepada si gadis bergaun merah ini. Lelaki itu kemudian baca pula nama — dia terdiam sebentar.
Lama si lelaki memproses. Adakah benar apa yang dia baca atau pun matanya sahaja yang tersalah nampak? Si lelaki menelan liur.
"Err... and Miss Champagne Winey?" pelik. Baca saja sudah rasa pelik.
Bad tersenyum lebar. Itu nama yang dia pilih. Jangan rendahkan tau, semalaman dia fikir nama yang unik, mana boleh marah dia kalau nama itu keterlaluan unik. Hohoho!
"It's me." dengan tenang Bad mengaku.
Walaupun kelihatan sangat pelik, lelaki itu tetap menerima. Dia kemudian kembalikan semula kad VIP itu kepada Mel.
"Here, miss. Just walk straight in there."
"Thanks!" Mel senyum. Dia tarik tangan Bad.
Si lelaki mengedip-ngedipkan mata. Rasanya nama Champagne Winey itu rare sangat. Ini kali pertama dia dengar nama sebegitu.
Ah, kenapa dia sibuk pula. Si lelaki gelengkan kepala. Janganlah dia hendak mengkritik nama orang, baiklah dia menyambung kerjanya semula walaupun sudah terganggu dengan nama rare itu tadi.
Mereka pun masuklah ke dalam dewan yang dapat memuatkan seramai satu ribu orang. Mungkin faktor kerja membuatkan ramai yang tidak dapat hadirkan diri dan hanya enam ratus orang sahaja datang.
"Haa, sekarang macam mana? Dah percaya kan otak aku ni bergeliga daripada otak kau?" sengih Bad.
Mel membuat muka. Iyalah, dia tidak nafikan otak Bad itu memang cukup bergeliga. Untuk bergeliga daripada dia itu dia lagilah tidak setuju.
"Dah, jom!" Mel menarik lagi tangan Bad.
Dato' Bakri dan Datin Rohani kelihatan sedang duduk di meja yang bernombor 45.
Bad dan Mel pula memandangkan mereka bukan tetamu di undang, mereka harus segera merebut tempat duduk yang masih kosong. Kalau tidak duduk di lantailah mereka nanti.
YOU ARE READING
STUCK WITH YOU ✅️
Romance[ 19 | COMPLETE romance ] Typical of chaos love story; si perempuan pencari millionaire dengan perwatakan tiada shy-shy dan si lelaki cucu billionaire dengan perwatakan sombong-sarkastik. ©nurshyn