MALIK ASEER hanya diam. Dia tidak tahu hendak kata apa bila menyedari akan kehilangan Bad Amaina. Lidahnya kelu untuk berbicara. Badannya kaku.
"Macam mana boleh jadi macamni ? Malik ! How can this happen ?" Mel sendiri mengucap bila dapat tahu Bad hilang.
Bagaimana dia mahu beritahu ayah dan ibu Bad tentang hal ini ? Mereka yang ada di sini sahaja sukar untuk percaya apatah lagi ibu bapa Bad.
Lily pandang ke wajah Malik yang kelihatan sedikit pucat. Adakah lelaki itu risau ?
"We have to find her. Now !"
Mel tidak mahu kalau kehilangan sahabat dari kecilnya. Bad terlalu istimewa untuk Mel. Bad sahaja yang ada untuk menghibur.
"Malik !" panggil Mel.
"I will look for her by myself."
Malik bangun dari duduk dan berjalan keluar dari banglo.
Mel dan Lily agak terkejut dengan tindakan spontan Malik. Lelaki itu mahu pergi sendirian ?
Lily pantas mengejar langkah Malik.
"Malik !" panggilnya.
Malik toleh.
"Careful." Lily memesan.
Tatapan mata Lily berharap untuk Malik pulang dengan selamat. Siapa tahu ada dalang di sebalik kejadian ini terjadi.
"Please take care my son."
Malik meneruskan langkah. Dia masuk ke dalam kereta dan terus saja menghidupkan enjin. Pedal ditekan dan terus meluncur pergi dari situ.
Lily menggenggam erat tangannya bersama. Dia risau dengan Malik juga Bad yang belum dapat khabar berita.
Ke mana saja Bad pergi ? Ke mana ?
Dari dalam banglo, Mel hanya perhati. Dia turut risaukan sahabatnya.
Mel berkeputusan untuk tidak memberitahu hal ini kepada Puan Zaleha atau Tuan Syazali. Mereka tentu panik nanti.
Mel memejam rapat matanya.
'Tolonglah, Bad. Kau kena selamat.'
***
Pandangan Malik kosong. Imbasan masa lalu terus-menerus menyerangnya. Dia semakin hilang kendali akan dirinya.
Malik terus memutarkan stereng dan berhenti di tepi lebuh raya yang sunyi di waktu malam penuh kegelapan tanpa ada sinaran dari bulan.
Malik menenangkan diri. Dadanya berombak dengan rasa ketakutan yang sedang menusuk-nusuk diri ketika ini.
"Malik ! Help--"
Malik terasa sesak. Dia cuba untuk mengembalikan nafasnya yang normal namun memori lama yang menghentam membuatkan dia semakin terasa sesak di dada.
"I don't want this--"
"Malik."
"Malik."
"Malik !"
Malik membuka seatbelt dan terus keluar dari kereta. Dia masih dalam keadaan tercungap-cungap. Dadanya dipegang dan di usap berkali-kali.
Stop it, Malik. Stop. Stop remembering it back. Stop !!!
"MALIK !" suara seseorang menjerit masuk ke sistem pendengaran Malik.
Malik terhenti. Dia perlahan-lahan pusing ke belakang.
"Malik--"
Bad Amaina !
YOU ARE READING
STUCK WITH YOU ✅️
Romance[ 19 | COMPLETE romance ] Typical of chaos love story; si perempuan pencari millionaire dengan perwatakan tiada shy-shy dan si lelaki cucu billionaire dengan perwatakan sombong-sarkastik. ©nurshyn