12 : mamma

85 11 0
                                    

BAD AMAINA perhatikan terus hubungan antara Lily, si sepupu Malik bersama dengan anak lelaki Malik, Aiser. Mereka berdua kelihatan sangat rapat.

Sangat. Rapat.

"Ne zamandan beri Lily'ye Aiser'e bakmasını söyledin?"
(Sejak bila lagi awak suruh Lily jaga Aiser ?) tanya Bad.

"karım öldüğünden beri."
(Sejak isteri saya meninggal)

Bad toleh ke kanan, mata Bad di alihkan ke wajah Malik dengan pandangan tajam. Pembetulan di sana, arwah isteri pertama dia.

"Is she pretty ?" tanya Bad spontan.

"Sorry ?" kening Malik terangkat.

"Your first wife. Is she pretty ?" Bad saja mahu tahu.

Malik mendiamkan diri sebentar.

Bad biarkan tatapannya melekat di wajah Malik. Dia mahu tunggu suami dia itu membalas. Alahai, dia sekadar mahu tahu bagaimana arwah isteri pertama Malik itu.

"Yes." jawapan singkat Malik beri.

Ekspresi Malik hanya biasa. Namun, di anak matanya sebenarnya terlihat dia sedang merenung jauh mengingati si dia yang sudah berada di alam sana.

Bad berdehem kemudian pusing semula ke hadapan, "I guess she's really pretty than me huh."

Bad tidak kisah siapa yang cantik lebih. Dia sudah dapat Malik sekarang dan apa yang menyeronokkan lagi bila Malik hanya kepunyaannya sendiri.

---

"Sana faydası yok Rehan!"
(Tidak guna kau, Rehan !) marah Malik.

Rehan sengih miring. Dia angkat kening ke atas, "Ben ya da sen gerçekten işe yaramaz mıyım?"
(Aku ataupun kau sebenarnya yang tidak guna ?)

Malik menahan amarah.

"Yanlış değilim.  Ben sadece onunla ilgileniyorum.  O bana aşık yani benim suçum değil."
(Aku tidak salah. Aku cuma jaga dia. Dia yang jatuh cinta dengan aku jadi itu bukan salah aku)

Malik rasa ingin lepaskan tumbukan di muka Rehan. Lelaki di hadapan dia ini terlalu berlagak.

"korsan politikası."
(Dasar perampas) Malik menggenggam erat penumbuk.

Rehan hanya berlagak biasa sambil menunjukkan sengihan dia. Terlihat keren bagi Rehan kerana telah berjaya merampas kekasih hati sahabatnya sendiri.

"Sevgilinle ilgilenmiyorsun o yüzden yanıma koştu."
(Kau yang tidak reti menjaga kekasih sebab itulah dia lari dekat aku) sengaja mahu memanaskan hati Malik.

Kini giliran Malik pula menayang sengihan, "Kazandığını düşünüyor musun?  yanılıyorsun rehan."
(Kau fikir kau sudah menang ? Kau silap, Rehan)

Dahi Rehan berkerut. Apa yang sudah si brengsek ini lakukan ? Adakah --

Malik senyum sinis. Dia juga lakukan hal yang sama seperti Rehan buat.

Rampas kekasih hati.

Gila ? Tidak. Tiada siapa yang gila tetapi ini satu permainan yang harus seri.

"Onu almaya cesaretin var mı?  Ellerimin yanında ölmek için ne yapmaya çalışıyorsun!"
(Kau berani ambil dia ? Kau memang nak mati dekat tangan aku ke apa !) Rehan jadi emosi.

Well, dua-dua pun sayangkan kekasih mereka tetapi entah mengapa tercetusnya idea saling merebut kekasih ini.

"You start it first."
"Bilgin olsun - ben ve senden aldığım kalbinin sevgilisi eşimi yapacağım."
(Untuk pengetahuan kau -- aku dan kekasih hati kau yang aku rampas akan aku jadikan sebagai isteri aku)

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now