22 : I'm sorry

94 9 0
                                    

MALIK ASEER celik dari tidurnya. Dahi berkerut-kerut sebelum dia akhirnya bangun dari pembaringan. Bad Amaina yang ada di sebelah menjadi tatapan Malik.

Kasihan isterinya. Penat nampaknya.

"Nggh..." Bad bangun.

Malik tidak segan meneruskan tatapannya pada wajah Bad.

"Oh, you're awake ?" Bad senyum, "I'm sorry I fell asleep. I should have look out for you but I feel tired so I sleep. Sorry husband."

Bad rasa penat. Jaga Malik punya pasal dia pun ikut tertidur sekali. Sampai tak sedar kalau Malik tertidur pulas di pehanya. Aduhai. Tetapi Bad tidak kisah sebab Malik adalah suaminya.

Malik teruskan menatap Bad.

Bad senyum, rasa pelik pula bila Malik tatap begitu. Kenapa ? Ada sesuatukah di wajahnya ? Iyalah. Mana tahu ada tahi hidung melekatkah apa kan.

"I'm sorry," ucap Malik perlahan.

Bad terjongket kening ke atas, "For what ?"

"Malezya'ya geri dönmemiz gerekiyordu ama yapamadık.  sana verdiğim sözü yerine getiremediğim için üzgünüm."
(Kita sepatutnya balik Malaysia tapi tidak dapat pula. Aku minta maaf sebab tidak tunaikan janji aku pada kau) Malik rasa bersalah dengan Bad.

"It's fine. You don't even make a promise to me so it is okay."

Bad tidak ambil hati pun. Manalah Malik ada berjanji dengan Bad. Malik sekadar cakap saja mahu bawa Bad pulang tetapi tidak berjanji. Lagipun Malik kan sedang dalam kesedihan. Kenapa pula Bad hendak marah kan?

Bad faham. Bukan senang untuk terima pemergian keluarga. Iyalah. Bila dengar Malik lebih rapat dengan Selim, Bad pun terkesan sekali bila Selim meninggal. Malik benar nampak bukan seperti dirinya lagi selepas Selim pergi.

"Have you tell your parents about this?" tanya Malik. Risau pula kalau Bad ada cakap dia mahu pulang tapi tidak pula pulang-pulang.

Bad senyum, "I have. Don't worry husband. What matter is you now." biarlah Bad jaga Malik sehingga Malik betul-betul bertenang.

Malik hembuskan nafas panjang, "I'm really sorry."

Bad turut hembus nafas. Dia peluk tubuh Malik, "Okay husband, enough apologizing. I understand how's your condition now and I don't feel a burden to take care of you. Let me repay you for taking a good care of me while I was pretending to be sick. Now shh..."

Bad tepuk-tepuk belakang tubuh Malik. 'Bertenanglah suami, aku akan ada buatmu selalu. Usah risau kerana aku akan menjaga dirimu.' Itu janji seorang isteri.

Hari ini Bad jaga Malik, esok Malik pula jaga Bad. Sama-sama saling menjaga, in sha Allah, bahagia rumah tangga. Aaminn.

Tangan Malik perlahan-lahan naik membalas kembali pelukan Bad. 'Patutkah aku jujur bahawa aku sangat memerlukan ini? Aku malu kerana aku selalu saja berlaku dingin terhadapmu.' He need Bad.

Bad senyum, seronok pula bila saling peluk begini. Rasa macam makin bertambah-tambah kasih sayang itu hah. Semakin lama berpelukan semakin meningkat jugalah sayangnya. Tidak begitu?

'Hati ini selalu saja menolak untuk berkata cinta tetapi pada hakikatnya aku ingin kau tahu bahawa aku cinta kepadamu. Sungguh perasaan cinta tidak dapat kita tolak bila ia datang mengikat dua hati,' gumam hati kecil Bad.

'Ashiap! Boleh tahan terer juga aku dalam bab berayat manis ni,' monolog Bad dalam hatinya lagi. Aha, kenalah banyak memuji diri. Ceuh!

***

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now