24 : Malik is missing !

78 9 0
                                    

KEBERADAAN Malik dicari-cari oleh Bad Amaina. Dia pelik bila dia keluar dari bilik pergi buat air, masuk balik di bilik Malik sudah tiada. Ke mana pula Malik menghilangkan diri? Bad letak cawan berisi air suam di atas meja. Dia bercekak pinggang.

'Mana pula suami aku ni? Takkan dah keluar? Baru kejap aku tinggal. Haih, macam-macamlah.' Bad hembus keluh.

"Bad Amaina binti Syazali!" panggil Mel Merinda. Dia masuk sahaja ke dalam bilik Malik membuatkan Bad terus menoleh ke arah mulut pintu.

"Kau kenapa tiba-tiba sebut nama penuh aku? Nama mak aku kau tak nak sebut?" marah nampak. Ini mesti kes sedang runsing tentang keberadaan Malik. Iyalah, suami dia tiba-tiba hilang. Macam mana dia sebagai isteri tidak risau.

"Apa kau marah-marah ni. Aku kan cuma bergurau. Kau ni sejak kahwin ni sensitif sangat tau tak." Mel berpeluk tubuh.

"Tak adalah. Aku sekarang ni tengah fikir mana suami aku hilang."

"Hah? Malik hilang?" terkejut Mel mendengar. Biar betul Malik hilang? Macam mana boleh jadi begitu? Cuba cerita. Heheh.

"Tak adalah hilang cuma dia tak ada dalam bilik, itu yang aku risau. Aku ni nak bagi dia minum air suam sebab badan dia tu agak panas. Aku takut pula dia demam."

Mel tersenyum mendengar ayat yang ditutur keluar. Bukan main risau lagi dengan suami. Selama ini dia tidak risau bahkan tidak pernah hendak ambil tahu, konon katanya hidup masing-masing tapi sekarang nampaknya cinta sudah tertanam itu pasallah risau.

"Mungkin dia pergi tandas. Kau ni cubalah cerdik sikit." Mel geleng kepala. Fikirlah dengan baik-baik. Mungkin sahaja Malik ke tandas ataupun duduk di luar sebentar sementara menunggu isteri dia siap buat air kan.

"Aku dah cari tapi tak ada. Aku siap panggil lagi tapi tak ada pun dia menyahut panggilan aku. Malik selalunya akan tunjuk muka kalau aku panggil tapi sekarang ni tak ada!"

Mel berkerut, "Kau yakin ke dia tak ada? Cuba cari lagi."

Bad hembus keluh. Susahlah dia kalau asyik tercari-cari si Malik Aseer ini. Cawan diambilnya kembali kemudian Bad keluar daripada bilik. Hah, marilah kita pergi cari di luar. Kalau tidak ada juga memang dia jerit-jerit memanggil Malik.

"Tunggulah!" Mel mengikuti langkah Bad.

Orang itu laju sangat berjalan. Suami dia mana mungkin pergi begitu sahaja tanpa memberitahu. Adalah Malik duduk bersorok mana-mana itu. Kan? Malik itu sedikit unpredictable juga macam si Bad. Dua-dua sama sahaja.

Mata Bad melilau mencari Malik. Mana di mana, wahai suamiku. Ahaha. Ada pula menyanyi. Yang kuban-kuban sajalah perangai. Bad minum sedikit air di dalam cawan yang dia pegang, segarkan diri dulu hah.

Cari punya cari tidak juga ada kelibat Malik. Aduhai, ke mana pula Malik pergi? Awal pagi ini sepatutnya dia bermanja dengan suami, rawat suami tetapi suami pula hilang-hilang. Janganlah buat hal, Bad tengah berusaha mahu jadi isteri mithali ini. Hmm.

"Ini mesti dia pergi tak bagitahu akulah ni." Bad mulai pasang teori negatif.

"Cari dekat dapurlah."

"Aku ni daripada dapur tau tak. Mana ada dia dekat sana. Kalau ada tak adalah aku nak pergi cari dia. Haih." Bad makin emosi pula bercakap dengan Mel. Selalunya Bad yang buat Mel emosi, sekarang terbalik eh?

***

Rehan letak air putih di atas meja di hadapan Malik yang sedang duduk dengan tatapan kosong.

"Sonunda beni arıyorsun ha?  Uzun bir süre sonra."
(You're finally looking up for me huh? After a long time.) Rehan senyum, tidak sangka kalau temannya itu bakal mencari dia. Tengah ada masalah barulah sibuk hendak cari ya.

Malik hanya diamkan diri. Dia tidak dalam mood mahu membalas apa yang Rehan cakap. Kepala yang tengah serabut ini buatkan Malik hanya mampu duduk diam. Cukuplah serabut yang ada sekarang, tidak usahlah ditambah-tambah lagi keserabutan.

Rehan berdehem kemudian duduk di atas sofa di hadapan Malik. Apa sahajalah kawan dia ini fikirkan sampai dia bercakap pun hanya dibalas diam. Tidak akanlah dia bisu pula kan? Eh, mana mungkin bisu. Mustahil.

"Ne düşünüyorsun?"
(What are you thinking?) tanya Rehan, mahu tahu apakah yang membuat temannya yang penuh kesombongan dan ego ini sekarang duduk terdiam macam orang bodoh.

Lagi-lagi Malik hanya diam. Dia langsung tidak membalas pun sepatah kata Rehan. Ikutkan hati Rehan, memang dia tumbuk muka Malik bagi dia sedarkan diri sekejap. Bukannya susah hendak jawab soalan yang Rehan aju. Haih.

Rehan hembus keluh. Baik dia diamkan diri jugalah. Dia ini malas kalau mahu bertanya kalau si dia yang dia tanya itu diam membisu sahaja, macam tengah bercakap dengan tunggul kayu. Kita cakap dia tidak boleh bercakap. Aduhai. Sakit pula hati kita.

"Tüm şirket meselelerinden çekilmeli miyim?"
(Patutkah aku tarik diri dari semua hal syarikat?) pertanyaan akhirnya diaju oleh Malik.

Rehan yang dengar itu sedikit tersentak. Apa hal pula dengan Malik sekarang ini? Dia tahulah Malik sebenar-benarnya tidak berminat dengan hal-hal syarikat tetapi menarik diri? Oh, itu sangat tidak Rehan setujui. Sudah lama Malik berkecimpung dalam syarikat Selim, tidak akanlah mahu berhenti.

"Are you stupid?" Rehan rasa Malik ini bukanlah bodoh. Hari ini tiba-tiba pula jadi bodoh? Aik, hairan.

"Aptalca şeyler yapma Malik.  Şimdiye kadar yaptığın aptalca şeyler yeter."
(Kau jangan buat benda bodoh, Malik. Cukuplah perkara bodoh yang kau buat selama ini.)

Rehan menggelengkan kepala. Ada apa sebenarnya dengan si Malik ini? Cerita masalah pun tidak. Tiba-tiba sahaja cakap mahu tarik diri. Apahal? Kalau sudah tidak waras bagitahulah dia. Senang dia hendak cari otak Malik balik supaya dia jadi waras kembali.

"Khawir, Selim'in şirketinin yeni CEO'su olacak."
(Khawir akan jadi CEO baharu di syarikat Selim.)

"So? I don't think there's wrong with that. Khawir is your uncle." Rehan betul tidak faham dengan Malik.

Malik diamkan diri. Kenapa mahu menarik diri? Mungkin kerana dia terlalu terkilan atas pemergian Selim sehingga rasa tidak bersemangat mahu teruskan pekerjaan. Dia itu kan PA kesayangan Selim. Apa-apa sahaja mesti Selim akan cari Malik terlebih dahulu tetapi sekarang sudah tiada. Jadi mengapa dia mahu terus bekerja lagi di syarikat tersebut kan?

***

"Why you didn't tell us early?" nada Mel sedikit marah terhadap Rehan. Dia salahkan Rehan sikitlah sebab lambat bagitahu mereka yang Malik ada di rumahnya Rehan.

"I'm sorry. I don't know he haven't tell you guys." Rehan juga mana tahu cerita sebenar. Tidak sangka pula Malik keluar tanpa beritahu pada Bad atau Mel dulu.

Bad nampak sedih bila tengok Malik. Lelaki itu macam bukan suaminya yang dia kenal. Kenapa Malik boleh jadi lembik sekarang? Mana Malik yang penuh kesombongan, kedinginan dan ego itu? Bad rindu hendak dengar suara dingin Malik.

"Ne zamandan beri böyle?"
(Sejak bila lagi dia macam begitu?) tanya Bad.

Rehan terkejut. Dia tidak sangka pula kalau Bad reti bahasa Turki. Selama ini dia ingatkan Bad hanya reti bahasa inggeris sahaja. Aduhai.

"İki saat öncesinden beri."
(Sejak dua jam lalu lagi.) ya, dua jam lalu lagi Malik asyik tenung sahaja cermin tingkap di dalam kamar sana. Entah apa sahaja yang difikirkan Malik. Bukannya susah pun, bagi sahajalah Khawir jadi CEO baru. Kan senang.

"Biarlah dia berehat dulu dekat sana." Mel memegang ke bahu Bad.

"Tapi aku risaulah. Dia duk tenung tingkap tu." Bad mahu pergi menegur Malik tetapi Mel dan Rehan malah menghalang. Biarkan Malik sendiri, itu sahajalah yang mereka berdua cakap kepada Bad. Bad bosanlah dengar!

"Kau pun tahu yang Malik tu tengah tak okey. Biarlah dia dulu. Nanti kejap lagi mesti dia akan panggil. Buat masa sekarang ni kita biarkan dia."

Bad terpaksa akur. Kalaulah biarkan Malik sendirian akan buat Malik semakin baik, tidak mengapalah Bad akan biarkan Malik. Dia pun tidak sanggup mahu lihat Malik berterus-terusan tinggal dalam kotak kesedihan. Enough is enough.

••• bersambung.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now