BAD AMAINA terjaga dari tidur. Badannya terus tegak bangun daripada pembaringan. Jam dinding yang ada di hadapan dipandang lama oleh Bad.
10:58 am.
Bad cepat sahaja turun dari katil dan kakinya laju melangkah mencari keberadaan Malik. Dia mengetuk bilik mandi namun tiada sahutan. Bad jadi hairan sendiri, mana Malik ?
Bad tercari-cari. Dia mahu tanya Malik bilakah penerbangan mereka ke Malaysia. Hari ini mereka berdua akan pulang ke Malaysia, tempat Bad Amaina dilahirkan.
Bad baru sahaja merancang untuk keluar bilik tetapi suara langkah kaki yang menuju ke bilik dapat didengari Bad sehingga spontannya Bad berlari anak menuju ke pintu bilik.
Pintu di buka luas.
"Malik !" senyuman lebar dilakar di wajah.
Bukan. Itu bukan Malik.
"Eh, Mel ?"
Mel nampak sedikit resah dengan wajahnya yang agak kelihatan pucat. Bad tertanya-tanya. Ada apakah yang membuat Mel datang ke banglo Malik ini ?
"Bila kau sampai ? Kau tak bagitahu dengan aku pun kau nak datang sini." Bad keluar dari bilik.
"Bad..." susah hendak Mel menutur kata.
Bad berkerut dahi, "Ada apa ini, Mel ?"
Entah kenapa degupan jantung Bad menjadi laju. Bad hairan apatah lagi ketika melihat wajah resah dari Mel. Keresahan Mel itu memberikan kesan resah yang sama pada Bad.
Mel susah mahu terangkan. Bagaimana dia mahu bercakap ? Ini semua berlaku secara mengejut dan tentunya ramai yang tidak dapat menerima.
"Selim dah meninggal."
Tersentak.
Jantung terasa berhenti berdetak mendengar khabar tersebut. Bad pandang lama wajah Mel sebelum satu tawa dia lepas keluar. Dia merasakan Mel hanya bermain dengan dirinya.
"Sudahlah, Mel. Kau cakap sajalah yang kau rindu dengan aku sebab itu kau datang sini. Tak payahlah nak petik nama Selim. Kau ini tak baik tau doakan dia meninggal."
Mel pegang bahu Bad, "Aku tak main-main. Selim dah meninggal."
***
Malik terduduk lemah di atas kerusi. Tatapannya kosong memandang ke permukaan lantai hospital. Dia tidak sangka datuknya sudah tiada.
Malik susah hendak menerima kenyataan. Sakitnya dada menghentam-hentam dirinya. Malik seolah menyalahkan takdir.
Kenapa semua ini terjadi ? Kenapa kematian lagi ? Kenapa semua orang yang dia sayang pergi tinggalkan dirinya ? Kenapa ?
Malik mahu tahu apakah jawapannya. Dia hilang seluruh jiwanya sekarang. Selim adalah orang yang satu-satunya harapan terakhir Malik sebagai sebuah jantung dan jiwa.
Namun kini, kepergian Selim telah membuatkan seluruh jiwa Malik turut mati. Semua ini terlalu cepat dan Malik belum siap dengan kematian yang ini.
"Dia macam itu saja sejak tadi. Aku dah cuba untuk bercakap dengan dia tapi gagal. Dia itu dah macam bukan diri dia lagi. Kau pun satu juga. Tidur itu kalau tidak sampai pukul dua belas tak sah kan ? Ini pun nasib baik aku teringatkan kau tau."
Bad memandangi wajah Malik. Dia merasa bersalah bila lihat wajah Malik sebegitu. Bibir diketap perlahan.
"Kau pergilah bercakap dengan dia. Pujuk Malik supaya kuburkan arwah dengan cepat. Dia dah dua jam termenung macam itu." Mel menyuruh.
Dia risau bila lihat Malik duduk termanggu di depan bilik wad Selim ditempatkan itu. Sepatutnya ada jururawat yang datang untuk menguruskan mayat tetapi Malik malah menempelak mereka semua.
YOU ARE READING
STUCK WITH YOU ✅️
Romance[ 19 | COMPLETE romance ] Typical of chaos love story; si perempuan pencari millionaire dengan perwatakan tiada shy-shy dan si lelaki cucu billionaire dengan perwatakan sombong-sarkastik. ©nurshyn