KAKI DI GOYANG-GOYANG di atas kerusi. Bad Amaina fikirkan cara bagaimana dia harus menemui lagi mister billionaire dia itu -- Malik Aseer.
Mel hembuskan nafas pandang wajah Bad yang terfikir-fikir fasal Malik. Untung-untung sahaja mereka tidak tertangkap atau di syaki. Mel duduk di atas kerusi, kepala di teleng ke arah kanan.
"Papa suruh kita masuk ke pejabat semula. Kita ada urusan dekat pejabat. Papa kata kalau kita buat hal lagi papa akan denda berendam dalam tub mandi dengan ais selama 20 minit." terdengar sadis sedikit dendanya.
Bad pandang ke wajah Mel. Perempuan itu kelihatan sangat tidak bermaya, mungkin kerana fikirannya sedikit bercelaru mengenai pengurusan syarikat. Bad menurunkan kaki dan memijak ke lantai semula.
"Dato' dengan Datin dah bagi kita kebenaran untuk keluar?" tanya Bad.
Bagus juga Dato' dan Datin lepaskan mereka dari kuarantin. Bad boleh rancang strategi baharu untuk berjumpa dengan Malik. Dia kena pastikan semuanya berjalan secara lancar.
Mel lepaskan keluh panjang. Mereka berdua memang sudah di benarkan keluar dan di bebaskan daripada kuarantin -- atau lebih kepada denda.
"Tapi kena ingat, kita kena jadi budak baik kalau tidak...." satu keluhan di lepas lagi.
Memang kali ini Dato' Bakri tidak akan memberikan hukuman yang ringan. Berkemungkinan besar Bad dan Mel akan di kurung terus selama sebulan di dalam rumah yang berasingan.
Dato' Bakri buat semua itu kerana dia mahu memberi disiplin kepada Bad Amaina dan Mel Merinda. Kedua gadis itu pun sudah dewasa dan mereka tahu akan hal baik juga buruk.
Lebih daripada layak mereka dua gadis di beri hukuman berat. Bukankah mereka yang sudah dewasa harusnya bersikap lebih dewasa? Sikap keanak-anakkan Bad dan Mel semakin teruk jika tidak di beri ajar.
"Boleh shopping?" tanya Bad.
Sekurang-kurangnya ada hal menarik mereka dua boleh lakukan bersama, minat mereka pun lebih kurang sama sahaja, berbeli-belah -- membazir uang.
"Boleh kut. Aku pun tak tau." eleh, tidak perlu di bagi kebenaran, tidak bagi pun tetap langgar juga.
"Err... petang ni kita keluar boleh?" Bad mengajak. Ada sesuatu lah dalam otak dia.
"Nak pergi mana? Kita ni ada meeting dengan klien. Ingat sikit kau tu PA aku." sudah kalau Bad tidak pergi, Mel lagilah jawabnya tidak akan pergi.
Hasilnya, kerja akan tertangguh dan buatkan klien naik marah. Ini yang selalu sahaja mencetuskan kemarahan Dato' Bakri dan Datin Rohani atas kelalaian si dua gadis dalam pekerjaan.
Syarikat milik Dato' Bakri tentulah bukan syarikat yang terbilang mahupun terjulang, cukuplah sebuah syarikat yang dapat mengauti keuntungan yang cukup banyak.
"Oh! aku keluar sekarang lah. Sekarang tak ada apa-apa kan?" Bad senyum.
Dia bangun dari duduk dan pantas menuju ke kamar mandi, tidak dia lupa untuk mengambil juga tuala mandinya yang ada di sebelah pintu bilik mandi sahaja.
"Eh-" Mel tidak sempat menghentikan Bad.
Mel menggaru kepala. Ke mana pula Bad Amaina mahu pergi tanpa membawa Mel sekali bersama. Selalunya, mereka akan pergi bersama-sama.
Kawan baik lah katakan, asyik hendak berkepit sahaja kerja. Enggan berenggang pula itu.
Mel hela nafas. Baik dia mulakan membuat beberapa penerangan ringkas untuk membantu dia buat pembentangan di waktu mesyuarat pada pukul 4 petang nanti.
Mel ini boleh di katakan seorang gadis yang mengutamakan pekerjaan. Ini alasannya mengapa Dato' Bakri ingin Mel belajar bersungguh dalam pengurusan perusahaannya supaya suatu hari nanti Dato' Bakri boleh serahkan perusahaan kepada Mel.
YOU ARE READING
STUCK WITH YOU ✅️
Romance[ 19 | COMPLETE romance ] Typical of chaos love story; si perempuan pencari millionaire dengan perwatakan tiada shy-shy dan si lelaki cucu billionaire dengan perwatakan sombong-sarkastik. ©nurshyn