8 : CHAOS

81 11 0
                                    

"APA NAK JADI dengan anak-anak kita ini. Tak habis-habis buat perangai. Pening !" omel Dato' Bakri.

Betapa sakitnya kepala memikirkan tentang Mel dan Bad yang sudah terbang ke Turki. Lebih mengejutkan lagi bila kedua gadis itu pergi ke Turki bersama dengan Selim.

Hampir sahaja terkena serangan jantung Dato' Bakri bila terima berita sebegitu. Apa salah dia dalam mendidik anak gadisnya itu sehingga bertingkah sebegini rupa.

"Sudahlah itu. Kita tidak payahlah fikirkan pasal mereka berdua. Mereka sudah dewasa sekarang. Retilah mereka menjaga diri."

Dato' Bakri menoleh ke arah isterinya, Datin Rohani.

"Awak itu tak risaukah dengan Mel ? Mereka itu perempuan."

Satu keluhan panjang Datin Rohani hela keluar.

"Nak buat macam mana lagi ? Kalau kita nasihat pun mereka bukannya nak mendengar. Sedangkan kurung mereka dalam rumah ini pun mereka masih boleh curi keluar."

Datin Rohani sendiri pun bingung dengan sikap anaknya, Mel dan anak pekerja mereka, Bad. Ada masalah apa sebenarnya pada dua gadis itu sampaikan sanggup lari ke Turki ?

---

"Turki ?!" terbeliak mata Dato' Bakri mendengar suara Mel memberitahu dari corong telefon.

Mel : Sorry, papa. Nanti Mel belikan ole-ole untuk papa.

---

Dato' Bakri dan Datin Rohani tidak terdaya mahu menahan kepergian Mel di Turki. Mereka banyak hal yang harus diurusi. Namun, sikap Mel membuatkan mereka semakin kusut.

Apalah dua orang yang sudah berusia mampu lakukan buat hentikan anak yang berusia lebih muda dan lebih bertenaga ? Tiada. Mereka hanya mampu berdoa sahaja dari kejauhan.

"Dia orang ada cakap bila dia orang balik Malaysia ?" tanya Dato' Bakri.

"Tak ada."

Ini lagi masalah yang buatkan kerisauan bertambah-tambah. Mereka pergi tidak beritahu pun bilakah mereka bakal pulang. Jangan bilang mahu menetap terus di Turki !

Kalaulah jawapan 'menetap' itu yang didengar Datin Rohani, memang dia bersiap sedia mahu mengheret kembali anak gadisnya pulang. Berani-berani meninggalkan rumah begitu sahaja ?

Ada banyak tanggungjawab yang harus dilakukan si anak gadis tunggal Dato' dan Datin si pejabat. Mana boleh lepaskan begitu sahaja dan sebagai orang tua pun mereka tidak akan biarkan.

"Syazali dengan Zaleha macam mana ?"

"Dia orang pun sama juga macam kita ini, pening memikirkan pasal anak." jawapan daripada Datin buatkan Dato' lepas keluh.

Bad sama Mel keduanya keras kepala. Kalau dibilang jangan pun tetap berkeras hendak buat. Bagai mencurah air ke daun keladi, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dua-dua tidak boleh di harap langsung. Sikap begitu yang tidak patut ada pada anak zaman sekarang. Susahlah ibu bapa hendak melayan jika begitu perangainya.

***

Mel senyum menghadap Malik di hadapan.

"Thanks for signing as a new collaboration buddy," ucap Mel.

Malik angguk. Dia juga senang jika soal kerja yang dibincangkan sehingga Mel sanggup pergi ke Turki bersama. Walaupun pada awal ada sedikit menganggu.

Namun, itu semua tidak lagi akan menjadi gangguan kerana Mel selepas ini sudah ada tanggungjawab yang baharu untuk dibuat selama menetap di Turki.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now