SEORANG LELAKI yang berdiri di dekat sebuah kereta audi berwarna hitam sedang menunggu kedatangan Selim dan Malik. Lelaki tersebut telah diarahkan untuk menjemput mereka ke destinasi yang ditujui.
Malik seperti biasanya memakai kot kerja lengkap dan datuknya, Selim turut mengenakan kot serba lengkap. Hari ini, mereka berdua di jemput untuk menghadirkan diri ke sebuah syarikat.
Selim menganggap hal sebegini adalah biasa kerana dia merupakan seorang jutawan yang sememangnya menjadi tarikan kepada para usahawan lain untuk mengadakan kolaborasi walaupun di berkelainan perusahaan.
Atas kerendahan hati, Selim hanya bersetuju dengan imbalannya, dia akan membantu perusahaan yang telah berkolaborasi baik dengannya. Begitu pula sebaliknya, keuntungan tentulah diberi sebanyak 20 peratus kepada Selim.
Malik Aseer yang memang setia kepada datuknya, dia sudah di anggap sebagai orang tengah ataupun PA kepada Selim sendiri. Hanya Malik yang dipercayai Selim seutuhnya.
"Önümüzdeki hafta tekrar Türkiye'ye dönmeliyiz çünkü halletmemiz gereken bazı şeyler var."
(Minggu hadapan ini kita harus balik lagi ke Turki kerana kita ada beberapa hal yang harus diselesaikan)Mendengarkan itu, Selim hembus nafas panjang. Dia tidak puas lagi hendak berjalan-jalan di sekitar kota Malaysia ini dan bercadang bakal menghabisi hari-harinya ke tempat yang kebiasaan dikunjungi pelancong.
Kecewalah Selim kerana dia tahu dia tidak dapat meluang banyak masa di Malaysia.
"Merak etme. Eğer rızık varsa, Malezya'ya döneceğiz. Senin çok paran var dede. Malezya'ya gidip gelmek kesinlikle sorun değil, değil mi?"
(Janganlah risau. Kalau ada rezeki, kita kembali lagi ke Malaysia. You have a lot of money, grandpa. Berulang-alik ke Malaysia tentulah tiada masalah kan ?)Selim ketawa, "Bu doğru ama halletmem gereken çok şey var. İş bir numara, bunu biliyorsun. Malik, emekli olduğumda sıradaki varis sen olacaksın."
(It's true but I have a lot of things to take care of. Work is number one, you know that. Malik, once I retire, you will be the next heir)Malik menunduk. Bukan dia tidak mahu menjadi CEO kepada perusahaan datuknya tetapi dia lebih tertarik untuk menjadi pekerja yang biasa sahaja. Dia sendiri tahu kerja sebagai CEO itu bukan satu hal yang mudah.
Jika benar sampai waktu penyerahan syarikat dan perusahaan kepada Malik, Malik bercadang akan berikan sahaja kepada orang yang sebetulnya lebih layak. Kerana Malik tidak mahu menyandang gelaran CEO.
Mungkin, sudah cukup baginya menyandang akan gelaran cucu CEO.
"Yine nereye gidiyoruz?"
(Where we're going again ?)Pertanyaan Selim mengejutkan Malik. Kepala di toleh ke arah datuknya, "Last night, you said someone inivited you to C.Red company. I guess that is where we are heading to."
Selim angguk mendengarnya. Benar, semalam itu si pemilik syarikat C.Red telah menghubunginya dan menjemput Selim untuk ke syarikatnya. Dalam perbicaraan, si lelaki itu bilang jikalau dia mahu mengajak makan sambil berbincang tentang kolaborasi mereka nantinya.
"C.Red, iyi bir şirket ismi. Doğru?"
(C.Red, a good name of company. Right ?) Selim ketawa.***
C.Red Company.
Melihat betapa gahnya bangunan yang mempunyai 16 tingkat itu, Malik meneka bahawa Syarikat C.Red tentulah memiliki perusahaan yang lumayan berjaya. Tentu pembinaan bangunan.
"Ah, welcome ! Come here, Mister Selim !" seorang lelaki datang mendakap Selim.
Malik sekadar perhati. Lelaki yang memeluk datuknya itu kelihatan tersangat ramah. Malik kembali memerhati ke persekitaran bangunan yang tampaknya begitu menarik.
YOU ARE READING
STUCK WITH YOU ✅️
Romance[ 19 | COMPLETE romance ] Typical of chaos love story; si perempuan pencari millionaire dengan perwatakan tiada shy-shy dan si lelaki cucu billionaire dengan perwatakan sombong-sarkastik. ©nurshyn