9 : Malik, marry me !

117 9 0
                                    

SUASANA HENING SAHAJA di ruang tamu tanpa seorang pun berbicara. Baik mahupun Bad, Malik atau Selim. Mereka masing-masingnya berdiam diri.

Bad mengemam bibir. Dia pandang ke kiri, Malik berpeluk tubuh dengan wajah yang datar. Di sebelah kanan pula, Selim yang cuba memproses ayat di kepalanya.

Bad helakan nafas. Patutkah dia memulai perbicaraan sekarang ? Namun, mengingat apa yang dia lakukan 30 minit lalu buatkan Bad rasa bersalah untuk bercakap.

"Malik," panggil Selim.

Biarlah Selim membuka bicara. Selim pandang muka Malik. Panjang perbicaraan mereka hari ini, semuanya kerana Bad Amaina.

"Marry her."

ZUP. Bagaikan terhenti jantung Malik yang berdetak. Bad juga terkejut mendengarkan apa yang Selim ucap.

"Grandpa !"

"Malik, onunla evlen."
(Malik, marry her) sekali lagi Selim tegaskan ayatnya.

Malik berdecit.

---

30 minit lalu.

"Malik !!!" panggil Bad.

Malik tidak menjawab. Dia berjalan terus ke dapur tanpa memandang sekilas pun kepada Bad. Buat apa dia mahu sibuk pandang perempuan yang dia tidak sukai ? Buang masa.

"Malik, look here !" sekali lagi Bad memanggil.

Malik hembus nafas panjang. Susu di kotak yang berwarna biru campur putih itu dituang ke gelas. Dia tidak akan kisahkan Bad.

Bad bercekak pinggang. Dia sepetkan mata memerhati ke arah kaca dapur. Malik itu sengaja tidak mahu melayan dia, geram !

"Ish, Malik tak nak layankan aku. Kalau dia nampak aku tengah buat apa--"

"Ya Allah !" seru Selim mengkagetkan Bad yang tengah bercakap sendiri.

Bad pantas menoleh ke belakang. Selim dengan wajah yang pucat, matanya terarah pada baldi yang sudah terisi dengan ikan berwarna merah.

Ikan daripada mana ? Ikan yang berada di kolam hadapan Bad. Iya. Dia menangkapnya sendiri.

"Ha, look at this grandpa in law !" panggil Bad.

Senyum lebar Bad tayang. Begitu bangga bila dia menangkap ikan merah peliharaan Selim. Bad mengangkat baldi hitam, dia tunjuk kepada Selim.

"What have you done ? Why ?" Selim tampak mahu nangis bila pandang baldi dan wajah Bad bersilih ganti.

"I'm catching some fish. Look !"

"Ya Allah." Selim menggeleng kepala.

Malik yang mendengar kekecohan daripada luar terus menjenguk dari arah kaca dapur. Dia lihat Bad yang tersengih-sengih dengan baldi yang diangkat ke atas. Di baldi itu sudah penuh ikan peliharaan milik datuknya, Selim.

Terbuntang luas mata Malik melihat.

"Woman !"

---

"Yeay ! Kahwin ! Pom pom pom !" Bad tepuk-tepuk tangan.

"Happy semacam saja, kenapa ?" tanya Mel.

Mel ini awal pagi lagi keluar. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada Bad di mansion ini. Mel agak sibuk setelah dia tandatangan kontrak baharu dengan S Company.

"Kau tahu tak aku dengan--"

"Woman, I want to talk with you." Malik datang memotong perkataan Bad.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now