15 : amnesia ?!

119 10 0
                                    

TANGISAN terus-menerus di lepas oleh Mel Merinda.

"Kau sanggup lupakan kawan kau yang cantik dan putih mulus ini, Bad ? Kau tau tak aku kawan kau sejak kecil lagi !"

Makin kuat tangisan Mel. Dia tidak sangka kalau Bad akan hilang ingatan.

"This is all your fault Malik !" marah Mel dengan emosi sekali.

Malik hanya mampu diam.

Salahnya ? Benar sahaja. Ini salah dirinya. Dia yang harus dipersalahkan. Baiklah. Dia terima.

"Bad !!!" rintih Mel kuat.

Doktor yang ada di sebelah memejam rapat kedua mata. Mengapa dia harus ada seorang lagi pesakit ?

"Please control your voice. This is a hospital, lady."

"Ah, diamlah kau !"

Mel kembali menangis-merintih di sebelah katil Bad.

Si doktor perhatikan saja kelakuan Mel. Sikit-sikit sudahlah. Lebih-lebih siapa hendak melayan ?

Agaknya doktor yang boleh jadi gila kalau di hadapkan dengan orang-orang macam Mel ini. Bersedih itu boleh tetapi beragaklah sedikit.

Dekat hospital ini banyak lagi pesakit. Mereka itu tengah sakit. Karang tidak pasal-pasal keluar berita pelawat dibelasah pesakit.

"Bu sabah sen buraya gelmeden önce karının durumunu zaten kontrol ettim.  Komadan çıktıktan sonra durumu normaldi ama biz ona geçici hafıza kaybı teşhisi koyduk."
(Keadaan isteri tuan saya sudah periksa waktu pagi tadi sebelum kedatangan tuan ke sini. Dia dalam keadaan normal setelah sedar dari koma namun pihak kami mendiagnosis dia mengalami hilang ingatan sementara)

Malik peka mendengar sambil matanya terarah kepada Bad yang tertidur di katil itu setelah selesai diberi suntikan lima minit sebelumnya.

"Burada karına bakmana izin var.  Yardıma ihtiyacınız olursa, hasta yatağının yanındaki kırmızı düğmeye basmanız yeterlidir."
(Tuan dibenarkan untuk menjaga isteri tuan di sini. Jika perlukan bantuan hanya tekan sahaja butang merah yang ada di tepi katil pesakit)

Si doktor berjalan mendekati Malik. Dia tepuk bahu Malik.

"Lütfen ikinci karısına sakinleşmesini söyle."
(Tolong bagitahu isteri kedua tuan itu untuk bertenang ya)

Malik tercengang mendengarnya. Mana pula datang isteri kedua ? Si Mel itukah dimaksudkan ? Cis !

Mel itu bukan isteri dia. Satu isteri sahaja sudah cukup membuatkan kepala pening inikan pula dua ?

"She's not my wife." Malik sanggah.

Dia tidak mahu mengaku-ngaku mempunyai dua isteri. Gila !

Cukuplah Bad Amaina itu isteri sah tidak relanya.

Si doktor hanya angguk. Dia tidak kisah pun. Sekarang ini dia hanya fikirkan tentang keadaan hospital yang seharusnya tenang tanpa jeritan dari pelawat.

"I don't care. Please tell her to stop yelling."

Sebelum Mel yang jadi pesakit baharu, bagus dia diam sekarang. Doktor pun kalau hilang sabar memang lain maciam sedikit.

Naya kalau kena suntik dengan jarum yang panjang. Pulang rumah auto jadi baik.

Si doktor pun berlalu keluar dari bilik. Dia hendak ke bilik seterusnya kerana ada pesakit yang harus dia periksa lagi.

Malik hembuskan nafas.

"Can you get out and stop those tears ?" pinta Malik pada Mel.

Mel menoleh. Matanya merah dan hidungnya sudah keluar lendiran putih. Pantas pula tangan Mel melap hingusnya.

STUCK WITH YOU ✅️Where stories live. Discover now