"Aku bengang betul lah dengan sorang reader ni." Adra merengus geram.
"Apsal babe? Makin kau marah makin terserlah kedutan di muka tau tak!" Jerit Sabrina, kawan gosip yang paling diperlukan ketika ingin merokok.
Berkepul-kepul asap rokok Malrboro Ice dihembus dari bibir dengan muka berlagak ala "Kak Long kawasan." Nada suaranya agak tinggi, seperti ingin ajak bergaduh tetapi itulah dirinya seorang wanita yang lagak seperti lelaki. Biar pun kasar tetap ada kelembutan seorang wanita dalam jati dirinya.
"Aku ada up status dekat socmed pasal lagu bengang, manterra tu." Aku sedut dalam-dalam rokok hingga tekak terasa perit lalu menghembus keluar asap ke udara.
"Lepas tu?"
"Ramai yang komen lagu tu best sebab pernah terkenal di era awal 2000 an dulu tapi kau tahulah aku ni pertama kali dengar memang terujalah pegi up dekat socmed sana. Dalam banyak-banyak komen, ada sorang mamat ni jer yang komen lagu ni adalah tentang mengenal diri dan ketuhanan." Beria Adra bercerita hingga tanpa sedar rokoknya telah padam.
"So kau bengang sebab lagu tu bengang ke?" Sabreena mengaru kepala tidak faham.
"Bukan. Aku bengang sebab mamat tu dah merubah fahaman aku tentang lagu yang mana aku ingatkan tentang cinta tapi bila baca balik lirik tu, ternyata dia betul." Jawab Adra.
Mengekek Sabreena ketawa sejurus mendengar jawapan Adra, entah apa yang mengelikan sangat hatinya.
"Adra..adra..kau ni memang manusia naif sungguh. Pasal makna lagu tu pun kau nak sakit hati, dah kenapa?" Sabreena ketawa sambil mengeleng kepala beberapa kali.
"Dah la malas aku nak cakap dengan kau ni. Kau mana tahu pasal dunia seni muzik pun, yang kau tahu hanya berzumba jelah 24 jam terhenjut meloncat sana sini macam tut..tut.." Adra bingkas bangun meninggalkan kawannya disitu dengan mulut terkumat kamit membebel.
Adra Aaira, nama yang begitu indah semanis rupa. Berusia lewat 20 an, memegang status isteri dan ibu pada 2 cahaya mata. Bekerja sebagai seorang pegawai tadbir di salah sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka di ibu kota. Sejak dari zaman sekolah Adra begitu meminati dunia muzik, novel dan cerpen sehingga dia mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan dengan menjadikan sesebuah lagu yang didengar sebagai ilham untuk menulis novel online.
Podium pertama penulisannya terhasil di ruangan Novelplus dan Wattpad tanpa disangka cerita khayalan rekaannya mendapat sambutan hangat dari para pembaca dan Adra mula dikenali ramai. Bertitik tolak dari situ, dia mula menulis beberapa buah cerita dan berkolaborasi bersama beberapa penulis terkenal.
Ping...
Bunyi chat masuk di telegram. Adra mencebik, mamat bengang dah menjelma! Sengaja Adra save nama sebagai Mamat bengang dalam contact list kerana lagu bengang itulah mereka berkawan.
Mamat bengang: Sepanjang I atas motor nak ke ofis pagi tadi entah berapa puluh kali lagu bengang ni tak habis-habis repeat.
Mamat bengang is typing...
Mamat bengang: Rupanya I bukak lagu tu je. Patutla tak habis-habis!
"Eh-eh, mamat ni dalam cubaan nak buat aku bengang juga ke?" Adra makin mencebik.
Mamat bengang: Alololo, jangan nak cebik sangat Cik Adra uuiii, buruk ghupanya! Haha..
"Ish, macamana mamat ni boleh tahu?" Kepala Adra melingas ke kiri dan kanan, risau kalau mamat bengang ni tahu keberadaan dia.
Sebenarnya sejak malam tadi lagi mereka berdua telah memulakan sesi perkenalan, chatting dari lepas Isyak hingga pukul 4 pagi. Padahal Adra ada mesyuarat yang perlu di hadiri esok paginya tapi demi mahu mengenali lebih mendalam personaliti mamat bengang ni, gigih juga Adra bersengkang mata.
Dari nama hingga ke minat, habis Adra korek. Dari situ baru dia tahu nama mamat bengang tu ialah Nash, sebaya dengannya, sudah berumah tangga mempunyai 2 orang anak lelaki. Mungkin di masa hadapan mereka bakal berbesan!
Adra teruja apabila ini kali pertama dia berkenalan dengan seorang lelaki yang mempunyai minat sama dengannya iaitu muzik dan membaca novel serta cerpen. Malah, mereka berdua juga ada alahan yang serupa pada seafood.
Kebetulan? Atau ini dinamakan jodoh?
Cepat-cepat Adra geleng kepala.
"Tak mungkin..Imposibble!." Adra mengumam.
Ping...
Lamunan Adra terhenti, hilang kisah chatting malam tadi. Yang dia perlu hadap sekarang, mamat bengang tengah sibuk chat dengannya kini.
Mamat bengang: Cik Adra tengah buat apa tu? Dengar lagu bengang ker tu?
Adra mula hangin bila mamat bengang a.k.a Nash ni asyik menyakat dirinya.
Adra: You ni tak ada kerja ke? Tak sibuk?Ke still lagi terapung dari malam tadi tak landing-landing?
Mamat bengang: Hehe..
Mamat bengang is typing...
Mamat bengang: I pekerja cemerlang, so semua kerja dah selesai. Lagipun sejak mengenali you, I sentiasa terapung dan teruja.
Cebikan bertukar, Adra tersenyum. Kemain manis ayat si mamat bengang ni, cubaan nak beli jiwa ler tu.
Adra: Oh ya, I dah dengar lagu-lagu dari Spotify list yang you share pada I malam tadi tu masa on the way nak pergi office pagi ni, memang confirm we having 80% selera genre lagu yg sama...I dah up another 10%.
Mamat bengang: Jyeah!
Mamat bengang: So sekarang ni tinggal 20% je kan? Kalau ngam 100% boleh ajak keluar dating tak?
Adra picit kepala yang tidak sakit, ternyata Nash bukan Matt Romeo kaleng-kaleng dalam mengayat.
Adra: Matt Romeo spesis eh?
Mamat bengang: Hidup jangan berhenti mencuba. Matt Romeo tu another level dah, I ni baru nak start! Ekekekkeke..
Adra ketawa. Lurus macam pembaris si Nash ni rupanya.
Adra: I dah jumpa so many spesis macam tula. Better be good one nak ajak I pergi date eh. Tapikan, teringin nak tengok rupa you ni disebalik nama lah. Please jangan hampakan I...
Adra pasti lelaki Matt Romeo seperti Nash ini pasti acah-acah hensem kerana lelaki yang mempunyai rupa paras yang kacak jarang bermulut manis begini. Mereka lebih sombong.
Mamat bengang: Tak hensem tapi manisnya ada la.
See? Sama seperti jangkaan Adra. Dia mula 'bakar line.'
Adra: My taste, tall dark...
Mamat bengang: Alamak!!...
Adra ketawa kuat. Dia pasti 100% jangkaannya tepat.
Mamat bengang is typing....
Hampir 10 minit Adra menunggu apa yang hendak Nash katakan tetapi masih lagi dia sedang menaip. Sah la tu taip kemudian padam lepas tu taip lagi dan padam. Agaknya sedang cuba menyusun ayat manis- manis lagi ler tu!
Ping...
Mamat bengang: Gambar profile tu memang gambar you ke?
Adra: Punyalah lama menaip, itu soalan yang you nak tanya? Kelakar la...
Adra: Yup itu memang gambar I tapi dah di animatekan bagi nampak flawless gitu.
Mamat bengang: Jap eh, I ni jarang amik gambar sendiri.
Adra: Faham. Selfie terus now!
Mamat bengang: Takmo selfie. Tengah tak hensem.
Adra tepuk dahi.
Mamat bengang: Ok. Puas cari takde. Terpaksa selfie jugak. Nah, inilah diri I. So ada chance nak minum kopi tak?
Gambar selfie Nash terpampar di skrin handphone Adra.
Bulat mata Adra melihat gambar itu.
Sungguh Adra tidak menyangka dengan apa yang dilihat ketika ini.
OMG!!!...
YOU ARE READING
Pawana Cinta
RomanceJika harus memilih, antara nafas dan cinta. Maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan, "Aku cinta padamu." - Nash Kau begitu sempurna, dimataku kau begitu indah. Kau membuat diriku akan selalu memujamu.- Adra Kisah cinta terlarang antara Nash...