"Pagi esok kau free tak?" Soal Zamri pada Nash.
Sambil menyedut Nash membuat kepulan asap O dengan penuh gaya. Suka betul Nash buat asap O. Bila melihat banyak O yang terapung di udara ia memberi kepuasan buat dirinya.
"Woi, esok pagi kau free tak "? Zamri mengulangi pertanyaan. Bengang dia bila Nash dengar tak dengar.
"Apa yang free"? Nash tersengih. Tergendala projek asap O.
"Aku tanya esok free ke tak".
Nash angguk tapi tidak menjawab.
"Esok tolong aku. Ada 5 biji aircond nak kena pasang. Kau 2 aku 2. Sebiji lagi buat sama-sama".
"Pasang kat mana"?
"Dekat-dekat sini je. Haji Dahari. Pasang kat 3 rumah sewa baru dia tu".
"Ok. Tapi sebelum pukul 8 aku nak balik. Dah janji nak jamming dengan kawan aku malam esok".
Zamri angguk. Senyum kerana sedang melayang. Budak Zamri ni kalau dah 'high', lain macam. Pernah sekali dia nampak tikus lalu depan pondok, dikejarnya sampai dapat.
Yang dahsyatnya dia berjaya tangkap tikus tu. Lepas tu ditelangkup dengan baldi. Zamri tebuk lubang kecil kemudian dia hembus asap ganja ke dalam. Selang 30 minit lepas tu dia lepaskan semula tikus tu.
Macam tengok Jackie Chan mabuk dalam filem Drunken Master. Terhuyung-hayang tikus tu kejap ke kiri kejap ke kanan. Terbahak-bahak Nash dan Zamri bersama 3 orang lagi rakan seangkatan.
Pernah sekali mereka bermain teka-teki. Zamri tanya soalan, apa yang makin dipotong makin panjang. Tiada siapa yang mampu jawab dalam keadaan sedang stim ganja macam tu.
"Jawapan dia.... tanah " jawab Zamri dengan yakin.
Kesudahannya Zamri dimaki hamun bertubi-tubi secara berjemaah tanpa belas.
Benda apa yang makin dipotong akan makin panjang, jawapannya tanah?
Berkerut Nash dan rakan-rakan lain nak fikir.
Potong tanah? Apa benda siak?
Kata Zamri kat kampung dia, orang kampung panggil potong tanah. Jadi bila dipotong parit makin panjang la jadinya.
Sama ada dia bongok atau kepala tengah sedap. Nak buat parit biasa cangkul, korek atau gali. Apahal nak dipotong pulak? Dekat mana kampung si Zamri ni lahir? Tak valid langsung teka-teki dia. Nash rasa nak lastik je kepala dia sampai benjol.
Zamri ni juruteknik aircond di sebuah syarikat gergasi dari Jepun.Dengan kemahiran yang ada, Zamri buat kerja sambilan pada hujung minggu untuk duit sampingan.
Nash jadi pembantu Zamri walau bukan bidang pekerjaan sebenar Nash tapi dia belajar dari Zamri sampai pandai.
Kadang-kadang Zamri pelik dengan Nash ni. Sanggup bersusah payah letih badan tolong Zamri. Upah pun bukan Zamri mampu bayar banyak sangat pun.
Alasan Nash kenapa tak nak buat freelancer IT sebab dia dah tepu nak menghadap komputer. Naik bosan mata dia nak pandang skrin dan keyboard. Kalau boleh nak tukar bidang ternak kambing katanya. Cukuplah dengan gaji yang ada. Duit kalau dicari takkan pernah cukup.
Macam-macam la kau Nash.
******
Keesokkan paginya.
"Assalammualaikum Haji". Laung Zamri dari luar rumah.
"Waalaikumussalam. Haa.. sampai pun korang. Biasa manjang lambat je." Jengah Haji Dahari sambil membuka pintu kemudian menuju ke pagar rumah.
YOU ARE READING
Pawana Cinta
RomanceJika harus memilih, antara nafas dan cinta. Maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan, "Aku cinta padamu." - Nash Kau begitu sempurna, dimataku kau begitu indah. Kau membuat diriku akan selalu memujamu.- Adra Kisah cinta terlarang antara Nash...