Bab 25 - Hilang

332 9 2
                                    

"Abang ngah, ucu nak nombor telefon boleh tak?"

"Kau nak buat apa?"

"Saja. Nak tanya khabar."

"Sudah-sudah la tu ucu. Tak perlu ganggu dia lagi. Dia dah ada keluarga. Jangan nak kacau rumahtangga orang."

"Salah ke kalau ucu setakat nak berkawan je dengan dia? "

"Berkawan tu memang tak salah. Tapi bukan aku tak tahu niat sebenar kau tu."

"Sampai hati abang ngah tuduh ucu macam tu."

"Aku kenal sangat perangai kau. Kau tu adik aku."

"Boleh la abang ngah."

"Aku cakap tak boleh, tak boleh la. Biar la dia dengan kehidupan dia ucu. Kau dengan dia memang takde jodoh. "

"Menyampah la cakap dengan abang ngah ni. Okay lah. Nanti malam ucu datang lagi hantar barang yang kak ngah pesan tu. Ucu balik dulu."

******

Ding dong!

"Naura... Tolong tengokkan siapa yang datang tu." Jerit Salwa dari arah dapur.

Naura. Baru berusia 9 tahun. Sedang leka bermain telefon milik ayahnya di ruang tamu. Dia menjenguk dari langsir sliding door rumah.

"Ibuuuuu... Mak ucu datang.." teriak Naura.

"Bukakan pintu pagar untuk mak ucu tu sayang."

Girang hati Naura melihat kelibat mak ucu. Dia berlari pantas mencapai remote pintu pagar automatik di atas rak televisyen.

"Nauraaaa... Dah makan?"

"Belum lagi mak ucu. Tunggu ibu masak mee bandung tak siap lagi."

"Alahai kesian sayang mak ucu ni lapar ye. Nah ambil ni mak ucu ada belikan kinder joy." Dihulurkan kepada Naura.

"Yeayy!! Terima kasih mak ucu."

"Sama-sama." Ujar beliau tersenyum melihat gelagat anak saudaranya.

Puan Salwa muncul dari dapur membawa semangkuk besar mee bandung yang baru dimasak. Dia menyusun pinggan di atas meja makan.

"Ucu..barang-barang letak dalam stor bawah tangga tu ye. Cukup kan semuanya?"

"Baik kak ngah. Cukup semuanya."

"Ucu duduk la dulu. Kejap lagi kita makan sama-sama. Akak nak buat air sekejap."

"Abang ngah mana kak?"

"Ada kat atas tengah meeting online dengan bos dia."

"Mak ucu, sini lah teman Naura main game." Panggil Naura.

Dia segera ke sofa ruang tamu tempat Naura berada.

"Naura main game apa tu?"

"Game bola."

"Amboi. Naura gegirl tapi main game bola.  Pandai ke nak main nya?"

"Naura selalu tengok ayah main game ni."

"Ini telefon ayah ke?"

Naura angguk mata masih memandang skrin telefon.

"Bagi ucu tengok kejap. Biar ucu cuba main game ni. Naura makan kinder joy tu dulu ye." Telefon bertukar tangan.

Jarinya lincah menekan dan scroll skrin telefon. Dia mencari sesuatu.

"Yes! Jumpa pun." Senyumannya lebar sampai ke telinga.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now