Bab 13 - Puisi Cinta

578 11 0
                                    

Langit masih biru waktu pertama kali ia diciptakan. Embun dan salju tetap dingin setiap kali ia hadir menimpa daun yang merindui saban masa. Hari terus berganti dan waktu berlalu tanpa menanti.

Merdu nama mu, indah dirimu tiada yang dapat menandingi. Ianya kekal utuh di dasar kalbu sejak kali pertama dipertemukan denganmu. Lakaran cinta yang kau warnakan dalam hidupku kini aku bingkaikan menjadi lukisan mercu yang tersemat dalam dinding hati.

Menjadi turutan warna indah ke raut wajah mahkota mimpi. Tak akan berganjak dan goyah walau sejuta cuba menerpa diri ini. Akan aku pertahan jika beribu datang menggugah hatimu. Meski belum waktunya demi sebuah kesimpulan cerita antara kita, aku bersyukur kerana isyarat cinta yang hadir dan akan ku serahkan segalanya buatmu.

******

Hati Nash dilanda bahagia. Biar pun ia sebuah cinta terlarang yang dipisahkan dengan sebuah ikatan yang berlawanan dan masih belum ada kata putus dari wanita yang dia mula cintai. Betapa hebatnya getaran cinta yang dibawa oleh wanita yang bernama Adra Aaira .....

Nash sedar apa yang ditemuinya kini adalah sesuatu yang telah lama diimpikan. Adra sangat berbeza jika dibandingkan dengan semua wanita yang pernah Nash kenali.

Cukuplah selama ini dengan aktiviti sundalnya bersama para wanita yang dikenalinya di alam maya. Menggoda dan memberikan kata-kata manis demi meraih kepuasan nafsu. Tiada hala tuju. Hanya menambah koleksi dosa.

Untuk beberapa permulaan pertama sememangnya Nash berasa seronok dengan apa yang dilakukan. Bertukar-tukar wanita hampir saban minggu.

Namun apabila lama-kelamaan, dia mula berasa bosan. 'Make luv without love.' Hanya kepura-puraan kerana nafsu semata-mata.

Nash mula sedar seperti ada sesuatu yang kosong di situ. Bukan itu yang Nash mahukan. Dia ingin mencintai dan dicintai sepenuh hati. Perasaan itu seakan sudah tiada pada Suraya. Nash terfikir sampai bila mahu terus begini?

Apabila pulang ke rumah, timbul rasa sayu melihat wajah dan gelagat anak-anak. Sungguh pun layanan Suraya terhadapnya bukanlah sesuatu yang wajar sebagai seorang isteri. Namun Suraya tidak pernah berlaku curang. Suraya tetap menguruskan rumahtangga dengan cemerlang. Nash mula dihantui rasa bersalah pada anak-anak.

Kalaulah mereka tau kisah di sebalik perlakuan Nash pasti mereka kecewa terutamanya Adam, kerana dia sudah meningkat remaja. Sudah faham akan erti dosa dan pahala. Sudah tahu tentang asas hukum hakam agama.

Nash bukan tak tahu dosa dan pahala. Dia tahu semua itu. Dia boleh mengaji dengan baik, menjadi imam untuk anak dan isteri di rumah. Nash berusaha memberikan contoh yang baik di hadapan anak-anak. Dibesarkan dengan didikan agama yang cukup malah bapanya seorang bekas imam dan ketua kampung. Latar belakang keluarganya dipandang tinggi oleh orang kampung. Sebut sahaja mengenai keluarganya di kampung, amat sukar untuk mendengar kata-kata yang tidak baik dari mulut orang kampung.

Bukankah sepatutnya ia mampu menjadi benteng dari melakukan perkara terlarang. Di manakah silapnya? Benar sungguh apa yang dikatakan iman itu tidak dapat diwarisi. Pokok pangkalnya letak pada hati. Begitulah hati manusia.

Tapi kalau yang digelar ustaz pun boleh tergamak merogol pelajar, terlalu mudah dihasut sang iblis dan syaitan... inikan pula Nash yang masih dangkal dalam ilmu agama, bukan maksum seperti para nabi dan rasul.

Nash menyedari hakikat bahawa dirinya semakin lalai dan hanyut dengan rutin dosa dunia yang tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan malah mendatangkan murka Tuhan. Dia hanya inginkan hubungan suami isteri yang mesra seperti dulu. Namun apakan daya, segala usahanya menjadi buntu. Suraya tetap begitu.

******

Saat ini Nash memerlukan insan yang mampu menceriakan dirinya. Boleh diajak berbual tentang apa perkara sekali pun. Dalam fikirannya dirasakan cuma Adra sahaja yang paling sesuai. Lantas Nash keluar dari rumah menuju ke kedai mamak berdekatan. Dia rindukan celoteh dan bebelan Adra. Ianya bagaikan satu melodi indah di telinga. Hanya Adra saja boleh merawat melegakan segala kekusutan yang sedang dihadapinya. Dia masih tak boleh melupakan peristiwa gulai daging yang dibuang Suraya.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now