Bab 14 - Sempurna

480 12 3
                                    

"Syukur alhamdulilah, terima kasih Tuan. Nanti saya akan datang ke balai." Girang hati Adra mendengar perkhabaran gembira dari Inspektor Akashah.

Selepas 4 hari berada di dalam lokap, Daniel telah dibebaskan dari tahanan reman kerana kuantiti ganja yang dimiliki dibawah 20gram.

Sepanjang suaminya di dalam lokap, setiap hari Adra akan menghubungi Inspektor Akashah bagi mengikuti perkembangan Daniel. Adra harus berterima kasih pada Nash kerana memperkenalkan Inspektor Akashah padanya.

Siapa sangka Inspektor itu adalah abang kepada Nash, begitu banyak budi Nash pada dirinya kerana bersusah payah membantu ketika Adra berseorangan menghadapinya ......

Sebaik tiba di balai, Adra tersenyum lebar apabila melihat suaminya duduk menunggu di dalam bilik Inspektor Akashah.

"Abang..." Hanya itu saja perkataan yang terkeluar dari mulut Adra.

Bercucuran airmatanya, sebak dan sedih melihat keadaan suaminya yang begitu kusut dengan muka selekeh tidak terurus. Dicapai tangan kanan Daniel, lalu dikucup perlahan tanda kasih pada suami.

Daniel tidak memberi sebarang reaksi, mukanya beku tanpa sebarang perasaan. Pandangan matanya kosong tidak bertepi.

Inspektor Akashah hanya memerhati, terdetik dalam hatinya pasangan suami isteri ini mungkin bermasalah.

"Ehem." Deheman untuk menutup rasa sunyi.

Akashah yang duduk bersandar berdiri mendekati Daniel.

"Encik Daniel sangat beruntung mempunyai isteri yang begitu baik dan tabah seperti Puan. Dia sentiasa memeriksa dan bertanyakan khabar keadaan Encik sepanjang di dalam lokap."

"Encik Daniel patut berterima kasih kepada isteri kerana sentiasa ada disaat Encik dilanda musibah. Puan Adra seorang wanita yang kuat. Jika saya ditempatnya, belum tentu saya akan setabah itu." Inspektor Akashah menepuk perlahan bahu Daniel.

Daniel hanya diam membatu, seolah-olah hanya jasadnya di situ tetapi fikirannya melayang entah ke mana.

Inspektor Akashah hanya mengeleng. Adra tunduk diam seribu bahasa.

"Puan Adra boleh bawa suami Puan pulang. Semuanya telah selesai." Ucap Inspektor Akashah.

"Err, terima kasih Tuan. Hanya Allah saja mampu membalas jasa baik Tuan." Bergetar suara Adra.

Adra terasa malu dengan sikap dingin Daniel yang ditunjukan didepan Inspektor Akashah. Tidak seharusnya orang luar mengetahui mereka bermasalah.

Inspektor Akashah hanya mengangguk, pandangan matanya pada Adra seakan mempunyai maksud. Sama ada simpati atau pun curiga dengan masalah komunikasi mereka berdua. Adra tidak mahu berlama di situ, meminta diri untuk pulang. Daniel hanya mengekori Adra dari belakang tanpa disuruh.

Inspektor Akashah masih kaku berdiri, hanya memandang pasangan suami isteri itu sehingga hilang di sebalik pintu. Jari telunjuk kanannya mengetuk perlahan pada meja, sibuk memikirkan adegan yang berlaku di depannya tadi.

******

"Kejap geng. Abang aku call" Nash bergegas keluar dari studio muzik untuk menjawab panggilan.

"Assalammualaikum"

"Waalaikumussalam bang. Apa cerita kes kawan aku tu?"

"Setel. Dah balik rumah dah pun. Aku kasi lepas jaminan polis je. Kes kecik je ni."

"Macamana boleh sangkut?"

"Anak buah aku semua dah aim lama pusher kat situ. Kebetulan laki dia tu datang nak beli. Masa ambush dia ada kat situ sekali, so angkut semua ke balai la."

Pawana CintaWhere stories live. Discover now