Bab 21 - Waktu Yang Tepat Untuk Berpisah

708 17 6
                                    

"Kasi kebab daging dua, ayam satu. Kejap lagi saya datang semula ye." Sambil itu dia melihat juadah-juadah lain yang dirasakan sesuai untuk dibawa pulang ke rumah sebagai juadah berbuka.

Sekarang misi Nash mencari makanan untuk Suraya pula. Asalkan bukan ayam, lembu atau kambing. Selain itu Suraya makan semuanya. Ironinya pula, Nash alergik pada udang, ketam dan sotong.

Mata Nash melilau memerhatikan gerai-gerai yang ada. Ketika berjalan dia terserempak dengan Din, jiran bersebelahan blok Nash. Dari jauh Din sudah tersenyum. Din bekerja sebagai eksekutif di sebuah hotel lima bintang yang terkemuka.

"Assalamualaikum. Cari apa kat pasar malam?" Tegur Din.

"Waalaikumussalam. Pergi pasar malam takkan nak cari Jho Low. Cari lauk sikit. Wife tak masak hari ni." Ujar Nash.

"Lama tak jumpa kau. Susah sangat mengalahkan menteri". Ujar Din.

" Kau tu yang busy. Imam Salim tanya aku mana si Din lama tak nampak kat surau. Dah kahwin baru ke? Lebih kurang macam tu la dia tanya." Balas Nash.

"Busy sikit la. Kau jangan nak buat cerita Imam Salim cakap macam tu. Macam aku tak tau kau punya tokok tambah. Tapi kalau la betul jadi, kau amin kan je la. Hehehe." Din tersipu-sipu membalas.

"Wuihhh...berani betul kau bila bini takde kat sebelah. Ni kalau Lina dengar aku rasa tiap malam kau tidur kat surau ni. Tak payah pasang cctv nak jaga tabung dari kena curi." Sakat Nash.

"Dia punya semangat pak maun kalau bini takde kat sebelah memang lain machiam. Hahahaha..." Berderai ketawa Din di situ sambil mata memandang ke kiri dan kanan mencari di mana isterinya berada.

Lelaki ni memang begitu lah. Kalau sembang bab kahwin satu lagi, bukan main meriah.

"Kebetulan jumpa ni, aku nak bagitahu. Ni untuk kawan-kawan je. Kalau nak bawa family bercuti kat hotel, roger je aku. Boleh dapat harga staff."

"Berapa harganya?"

"Semalam seratus".

"Murah!"

"Aku ada kuota harga staff tapi tak sempat guna. Daripada tak luak langsung baik aku offer dekat kawan-kawan. Setahun limit 7 hari. Tahun ni tak pernah guna lagi."

"Takde limit?"

"Tujuh hari setahun. Memang company nak appreciate semua staff. Dah lama syarikat kasi privillege ni pada staff. Cuma aku baru teringat nak bagitau kawan-kawan. Aku cas la semalam rm50 extra. Kasi can la aku cari duit sayur. Hehehe"

"Sambil menyelam sempat kau meniaga eh? Kalau aku nak booking macamana?"

"Kau roger je aku. Semua aku setelkan, kau tinggal nak check in je nanti. Ok lah wife aku dah panggil tu. Jumpa lagi. Apa-apa roger je."

"Orait. Lepas raya aku roger."

Nash tersenyum. Terbayang dalam fikirannya untuk membawa keluarganya pergi bercuti. Mesti Adam dan Adha seronok dapat mandi kolam. Adam tu memang pantang nampak air. Selagi tak kecut kulit, selagi tu la dia tak keluar dari kolam. Dah mengalahkan hantu air. Lama rasanya mereka semua tak dibawa bercuti.

"Seratus lima puluh semalam kalau ambil dua malam baru tiga ratus. Jimat banyak." Nash sudah mula buat kira-kira.

Nash pulang ke rumah sambil berangan-angan untuk memberitahu Suraya dan anak-anak dengan harapan mereka gembira.

******

Usai solat terawih Nash masuk ke dalam bilik memberitahu Suraya tentang perbualannya dengan Din di pasar malam tadi.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now