Bab 11 - I'm a Mess !!!

666 13 18
                                    

"Sayang, kenapa you look stress, husband buat hal lagi ke?" Faisal menegur saat melihat Adra masam mencuka melalui panggilan video.

"I penat la. Dengan kerja, nak jaga anak, uruskan rumah lagi. Adelyna ni lasak sangat, asyik nak bergayut jer dengan I. Tak boleh nak berenggang. Tak boleh buat apa langsung. I don't have "me" time at all." Keluh Adra mengharapkan Faisal memahami apa yang sedang dilaluinya.

Hati Adra sedikit berlembut dengan Faisal, sementelahan dia memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah dan Faisal satu-satunya lelaki yang memahami dan mengetahui segala kisah hidupnya.

Adra tidak mampu mengelak Faisal kembali menghubunginya setiap hari, jadi biarlah sekadar berkawan sahaja buat masa ini.

Walaupun Adra masih lagi meragui huluran cinta Faisal yang mungkin berpaksikan nafsu dan bukan cinta yang ikhlas seperti dulu namun pada Adra apa salahnya dia memberikan peluang kali kedua.

Faisal senyum.

Seraya itu hati Adra berdebar apabila melihat senyuman Faisal, senyuman itulah yang membuat Adra jatuh hati satu ketika dahulu.

"Ah, rindunya saat bersama Faisal dulu!" Hati Adra berkata-kata.

Adra tahu Faisal masih berharap untuk kembali menyambung cinta terlarang yang putus di tengah jalan dahulu tapi Adra masih belum memberi jawapan.

"Sayang, why not you come to my place. I can massage you. Bagi you more relax. You tak rindukan my massage?" Faisal memberi cadangan.

Tidak dinafikan Faisal memang pandai dalam 'shiatsu', jari-jemarinya yang kasar itu sudah cukup membuatkan setiap urutan pada tubuh terasa lega.

Setiap kali berjumpa, Adra ternanti-nanti Faisal untuk membelai tubuhnya dengan urutan istimewa kerana perlakuan Faisal yang agak kasar dan rakus sering membuatkan tubuh Adra kelenguhan selepas bersama.

Adra berfikir sejenak, sejak akhir-akhir ini tubuh badannya kerap lesu dan tidak bermaya. Tentu enak jika diurut seluruh badan. Tetapi Adra bimbang dengan apa yang bakal berlaku kerana seperti sebelum ini , kesudahannya Adra terkulai layu dalam pelukan hangat Faisal.

"Sayang, esok datang rumah I okay. My wife shift pagi, anak-anak I semua dekat kampung.We got a lot of time for me to give a massage, aside I nak masak untuk you. Lagipun dah lama kita tak spend time bersama kan? Please sayang..." Faisal memujuk lembut.

Sekarang Adra rasa menyesal pula kerana menjawab panggilan video dari Faisal, itu pun setelah berkali-kali Adra tidak menjawab panggilan Faisal.

Mamat ni tidak kenal erti putus asa kerana sejak dari mula perkenalan mereka dulu, Adra puas menepis tetapi Faisal tetap berusaha memujuk rayu dan menggodanya.

"Sayang...please.." Faisal mula pamer wajah sugulnya.

"Hmmm..okay lah. Make sure you massage je tau, jangan lebih-lebih." Lama-kelamaan Adra tak dapat menahan pujuk rayu. Kerak nasi jika direndam air, akan lembut jua akhirnya. Adra akur dengan cadangan Faisal.

Inilah kelemahan Adra, selalu tidak sampai hati menghampakan permintaan orang walaupun dia tahu bahana yang bakal menanti di kemudian hari.

Setelah berbual beberapa ketika, Faisal meminta diri untuk menamatkan panggilan video kerana dia perlu bergegas ke dewan pembedahan sebentar lagi.

"Sayang, esok I jemput dekat stesyen tren okay. I belikan nasi kerabu favourite sayang sekali." Ujar Faisal sebelum menamatkan panggilan.

Adra senyum, Faisal tidak pernah lupa makanan kegemarannya.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now