Bab 4 - Payung Teduh

842 15 0
                                    


Hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi ini Adra mengenakan sepasang baju kurung moden, bertudung senada dengan baju biru muda untuk ke tempat kerja. Tampil begitu elegan dan manis di pandang.

Rutin harian waktu pagi sebelum ke tempat kerja adalah menghantar anak-anak ke rumah ibu mertua yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Selepas itu, Daniel akan menghantar Adra ke stesyen tren untuk ke tempat kerja pula. Namun sejak akhir-akhir ini Daniel akan menghantar Adra terlebih dahulu.

Seperti biasa di dalam tren Adra akan mula menulis cerita yang masih belum tamat sambil mendengar lagu.

Tetapi pagi ini Adra langsung tiada mood untuk menulis. Mindanya kosong, jiwa untuk mengolah idea menjadi sebuah cerita itu tiada. Puas Adra berfikir dan hasilnya tetap sama. Mungkin dia perlukan sebuah lagu yang boleh menyuntik kembali mood menulisnya.

Adra teringat tentang mamat bengang a.k.a Nash, satu-satunya lelaki yang mempunyai citarasa dalam lagu.

"Hmmm...mungkin aku boleh minta lagu yang sesuai dari mamat tu kot!" Adra mengumam sendirian.

Lantas, aplikasi telegram di buka. Tiada notifikasi chat baru yang masuk, mungkin Nash sudah berputus asa kerana Adra tidak melayan setiap chat yang di hantar semalam.

Adra mula menaip, menghantar chat pada Nash.

Adra : So feel terbang tak ni?

Mamat bengang is typing....

Mamat bengang: Dari semalam tak landing lagi ni.

Mamat bengang: Flight kat klia dah berapa kali mendarat I je tak mendarat lagi.

"Cepat betul mamat ni jawab." Adra mengeleng kepala sambil tersenyum.

Adra: Teruk tu. Wife you stewardess?

Mamat bengang: You minat nak jadi stewardess ke? I takkan halang kerjaya you.

Adra: Oh come on.. jangan main tarik tali please!

Mamat bengang: Hahaha. Wife I tak kerja. Jadi housewife sepenuh masa je.

Adra: Kan senang cakap macam tu. Rasa berdosa plak chat dengan you ni.

Mamat bengang: Ala you pun dah ada hubby kan..

Adra: Oh ya, ada lagu-lagu yang bagus untuk I dengar tak sebab mood nak menulis cerita dah hilang la. Kot-kot you nak rekemen satu lagu untuk I?

Mamat bengang: Hmmmm....pernah dengar payung teduh tak? Band dari Indonesia, cuba cari tajuk lagu untuk perempuan yang sedang dalam pelukan.

Adra senyum, mamat ni memang luar biasa!

Adra: Thanks Nash. I nak masuk pejabat dah ni. Kita chat nanti ya.

Mamat bengang : Okay, see you later! Kalau rindu carilah I..I sudi jadi payung teduh you..

Adra ketawa kecil. Mengeleng kepalanya bila membaca usikan nakal Nash itu. Biarpun mereka belum bertentang secara empat mata lagi, Adra tertarik dengan perwatakan Nash. Cara dia mengusik dengan kata-kata bersahaja cukup mencuit hati Adra.

Setibanya Adra di pejabat, dia memfokuskan diri pada kerja penting yang perlu di hantar melalui email kepada boss. Setelah selesai, tangan Adra mula membuka Youtube, ditaip tajuk lagu dan didengar dengan teliti melodi serta setiap bait-bait lirik lagu itu.

"Not bad juga taste mamat ni." Adra mengomel dalam senyuman.

Aplikasi telegram dibuka semula.

Adra: You, boleh bagi no telefon? I letih nak menaip pula.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now