Bab 15 - Terbang

469 11 6
                                    

Hari ini Nash tidak bekerja. Dia perlu menghadiri hari perjumpaan ibu bapa dan guru di sekolah Adam. Nash malas nak ambil halfday. Lagi pun esok cuti public holiday. Jadi alang-alang baik ambil cuti. Boleh sambung rehat lama sikit. Setelah selesai, Nash singgah menuju ke tasik berdekatan kediamannya untuk mengambil angin.

******

"You ingat tak apa you cakap pada I dulu masa mula-mula kita kenal?" Soal Nash sambil menjentik seekor kerengga sedang memanjat kakinya mendekati roti gardenia milik Nash. Terpelanting tinggi ke udara akibat jentikan padu dari Nash.

"There is so many things in our conversation. Which one? Be spesific please?" Adra ni cepat pelupa orangnya. Mana la dia dapat teka apa yang Nash maksudkan.

Adra merenung wajah Nash pada phone. Berdebar-debar Adra menatap wajah lelaki itu.

"Aduhai. Kenapa hensem sangat dia hari niiii.." Jerit hati kecil Adra sambil itu dia menyedut rokok untuk meredakan rasa berdebar melihat Nash. Padu dan lega. Melekat pada tekak.

Sambil membetulkan rambut yang ditiup angin, Nash berpaling ke arah tasik di belakangnya. Terasa nyaman pada wajah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Kelihatan seorang lelaki di pinggir tebing tasik sedang bersungguh-sungguh memutarkan mesin joran kerana umpannya sudah mengena.

"Fuh. Ini mau-mau patin 8 kilo yang naik ni kalau macam gitu gaya brader ni punya tarik." Nash bermonolog di dalam hati. Dia terlupa yang dia sedang video call dengan Adra.

"You" Panggil Adra.

Nash leka melihat aksi lelaki itu menarik umpan yang mengena. Lenyap seketika suara Adra dari pendengaran.

"Gila brader ni. Kasut Globe Rodney Mullen dia selamba pakai buat pergi mancing ikan je. Tau dek Rodney Mullen ni mau dia menangis kat bucu dinding nanti." Ngomel Nash pada lelaki tersebut.

"Mana dia dapat kasut ada signature Rodney Mullen?" Getus Nash di dalam hati.

Nash tertarik dengan kasut yang dipakai lelaki itu. Ia mengingatkan dirinya pada seseorang yang pernah dikenalinya suatu ketika dahulu.

Fikiran Nash mengimbau kembali kenangan zaman muda remaja belasan tahun di usia persekolahan. Zaman kenakalannya ketika terjebak dalam permainan sukan skateboard.

******

Rodney Mullen adalah Godfather of Street Skateboarding. Namanya tidak asing bagi semua penggemar dan penggiat sukan ekstrem ini. Pembaca boleh google nama beliau untuk maklumat lanjut. Bak kata pepatah, " Skate or die" ." 4 wheel good, 8 wheel sucks !"

******

"Youuu!!!" Sayup suara Adra kedengaran dari telefon. Nash memerhatikan gelagat si pemancing ikan sampaikan tidak sedar Adra sedang memanggil.

"Youuuuu!!!" Laungan Adra semakin lantang. Malangnya Nash masih tidak mendengar. Entah apa yang menarik minatnya sampai khusyuk sangat.

"Encik Nash ku sayanggggggg"

Tersentak lamunan Nash apabila mendengar panggilan manja sayang dari Adra. Lantas dia berpaling semula memandang skrin telefon.

"Ya sayang ku Adra" berkelip-kelip mata Nash mendengar Adra memanggilnya sayang. Gatai sungguh!

"Nak kena panggil sayang baru nak toleh. Apa yang you khusyuk sangat tengok orang memancing tu? I jerit banyak kali you buat dekk je" rajuk Adra.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now