Bab 16 - Semua Tentang Kita

459 11 4
                                    

"Kecik je dunia ni kan. Tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Aku tak pernah datang memancing kat sini. Ini first time. Member aku yang bagitahu tempat ni." Ujar abang Ad. Nama betulnya Ahmad Fuad.

Ting!

Bunyi penutup Zippo 1950's Sterling berwarna silver dibuka dengan sekali tolakan menggunakan ibu jari terus menyala lalu dicucuh pada lubang paip berisi tembakau. Asap dihembus keluar dari mulut dan hidung dengan penuh gaya. Wajahnya seperti tersenyum dan kelihatan tenang sekali. Tak senyum pun muka nampak macam tengah senyum. Memang sebijik macam Clint Eastwood.

Zaman sekarang ni memang dah jarang dapat jumpa orang hisap tembakau paip. Semua nak sedut vape je. Rokok pun beli rokok seludup kedai acheh je. Rokok cukai dah mahal. Tak boleh blah Nash terpaksa hisap rokok seludup cap U2 waktu tempoh PKP dulu. Rasa macam lipas. Rokok jenama League yang ada gambar bola tu pulak rasa macam sedut asap bunga api. Menyesal Nash beli. Sejak dari itu Nash tak beli dah rokok. Dia hisap vape je. Dia cuma pow kawan-kawan yang hisap rokok Dunhill atau Marlboro je. Itu pun sekali sekala. Dia dah jarang nak hisap rokok.

Binawe si Nash ni. Dah la pow orang, memilih pula tu nak rokok mahal je.

"Aku pun tak percaya boleh jumpa kau kat sini bang." Nash merenung jauh ke arah tasik. Sesekali dia melemparkan batu kecil ke tengah tasik. Tiga kali batu tersebut melompat di atas air sebelum tenggelam ke dasar.

Kemudian Nash terpandang plastik roti gardenia sambal bilis terapung di permukaan air. Nampaknya si gagak Takiya Genji telah selamat menghabiskan rotinya yang dicuri.

"Kau duduk area sini ke Nash?" Sesekali dia memeriksa jorannya. Mana tahu kalau ada ikan yang menyambar umpan.

"Beli rumah kat sini." Nash mengeluarkan vape dari poket. Disedut dengan penuh perasaan. Baru tukar katrij. Syahdu rasanya.

"Macamana life sekarang? Berapa orang anak dah? Kau mesti dah kahwin kan?" Pandai bang Ad ni scan orang ekk. Nash tak cakap lagi pun dia boleh tau. Handal dia ni. Handal...

Nash angguk menunjukkan isyarat 2 jari.

"Sepasang?" Tanya abang Ad lagi.

Nash menggelengkan kepala.

"BoBoiBoy kuasa 2 bang. Kalau ikutkan 3 BoBoiBoy. Sorang lagi meninggal 3 hari selepas lahir. Yang sulong dah form 1. Yang kecik baru 3 tahun. Yang meninggal kalau ikutkan umur sekarang dah 7 tahun."

"Innalillahiwainnalillahirajiun. Salam takziah Nash. Anak syurga tu. Dia tunggu kau nanti kat sana. Meninggal sebab apa?"

"Tak cukup bulan." Nash masih merenung jauh ke arah tasik. Riak mukanya seperti ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di minda.

Abang mengangguk tanda faham dengan penjelasan Nash.

"Semua lelaki anak kau ye. Hebat."

Nash senyum.

"Rezeki Allah dah tetapkan bang".

"Sekarang ni aku rasa kau mesti nak tanya aku pasal Nurul Ain. Betul tak? Hehehe" Abang Ad senyum sinis.

Eh eh! Dah macam Nostradamus pulak dia ni. Macam tau-tau je aku memang nak tanya pasal tu. Memang handal brader Ad ni. Dulu aku menuntut ilmu kayuh basikal tak payah pegang handle aku belajar dengan dia la.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now