Bab 31 - Better Off Alone

249 14 0
                                    


Mengimbau kembali nostalgia perkenalan mereka adalah detik paling indah buat Nurul Ain. Dari hari pertama sekolah mereka dah bergaduh. Kemudian ditakdirkan masuk kelas yang sama. Jadi pantang jumpa sahaja pasti akan ada pertengkaran antara mereka.

Nash agak dikenali di sekolah kerana sifat nakalnya itu menjadikan namanya sering disebut-sebut guru disiplin. Ada pelajar-pelajar perempuan yang cuba mendekati Nash namun Nash tidak heran. Walaupun Nash nakal dan sering mengganggu pelajar perempuan lain namun tidak pernah Nash melafazkan kata cinta kepada sesiapa kecuali Ain. Lafaz pertama itu kekal milik Ain hingga kini.

Ain menyimpan perasaan terhadap Nash dari mula namun malu nak mengaku. Suzana, bendahari kelas mereka asyik mengusik dan bertanya pada Ain tentang Nash. Lama kelamaan Ain berterus-terang kepada Suzana dia ada menyimpan perasaan terhadap Nash. Suzana merancang untuk menyatukan mereka berdua.

Ditakdirkan suatu hari, rakan-rakan sekolah mereka merancang untuk keluar ke bandar berkumpulan. Alasan yang diberi kepada ibu ayah adalah hendak menyiapkan tugasan kajian geografi tempatan sekolah.

Sehari sebelum itu, Suzana memberitahu Nash ada secret admirer ingin menemuinya. Nash tidak menganggap serius. Pada awalnya dia mahu melepak di rumah sewa brader-brader sekampung belajar bermain gitar. Tapi Suzana beriya sangat suruh dia pergi. Tambahan pula musuh ketatnya Ain turut hadir. Nash memasang rencana tersendiri bila mendengar Ain turut hadir.

Tibanya pada hari dan tempat yang dijanjikan, mereka berkumpul di medan selera pusat membeli belah. Setelah semuanya tiba, mereka menjamu selera beramai-ramai kemudian masing-masing pergi kepada pasangan masing-masing.

Satu persatu meninggalkan meja makan untuk melakukan aktiviti bersama. Ada yang menonton wayang, main bowling, bersiar-siar window shopping dan sebagainya.

Nash dan Ain duduk saling berhadapan. Setelah satu demi satu rakan mereka pergi, akhirnya tinggal Nash dan Ain berdua sahaja.

Dia tidak pernah berduaan bersama Nurul Ain sebelum ini.
Ain tersenyum memandang Nash. Dalam hati Nash berasa pelik. Ain mana pernah rajin nak senyum pada dia. Selalu masam je muka bila tengok Nash.

"Woi Nash. Apasal tercegat lagi kat sini? Orang lain semua dah pergi dating."

"Aku ada secret admirer nak jumpa. Kau tu yang tercongok kat sini kenapa?" ujar Nash sambil menghirup air menghilangkan rasa debar hati. Dia bosan nak berteka-teki siapa secret admirer itu. Namun keberadaan Ain di hadapan mata buat Nash gembira sebenarnya. Sudah lama dia menyimpan keinginan.

"Budak terejal macam kau pun ada secret admirer ekk?" Balas Ain.

"Dah aku hensem, mestilah ada awek suka." Selamba Nash membalas.

Ain menjegil mata ke atas tanda menyampah. Nash ni dia punya buat orang menyampah lain dari yang lain.

"Mana dia secret admirer kau?"

"Sibuk la kau nak tau." Dalam fikirannya berkata jangan beritahu pada Ain. Risau kalau peluang keemasan memikat Ain waktu ini terlepas begitu sahaja.

"Sebelum aku debik kau kat sini baik kau cerita cepat!!" Ain menunjukkan penumbuk.

"Kau debik aku, aku cium kau..." Nash menyimbah minyak. Fight fire with spoon! Nash berfalsampah di dalam hati.

"Aku report abang aku nanti."

"Report la. Tak takut pun." Jawab Nash dengan muka kereknya.

"Kesian secret admirer kau suka kau yang tak semenggah macam ni. Mesti dia menyesal kalau tau kau macamana." Ain mengetap bibir kegeraman dengan makhluk di depannya ini.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now