Bab 17 - Hari Bersamanya

509 11 2
                                    

Sejak dari Daniel dibebaskan dari tahanan reman, hingga kini dia diam seribu bahasa. Semakin jarang pulang ke rumah apatah lagi bertanya keadaan anak-anak dan juga diri Adra sendiri. Adra sudah letih dan buntu memikirkan apa yang sedang berlaku dalam perkahwinannya kini sehingga Daniel mula terjebak dan mengambil barang terlarang dan ditangkap.

"Jangan sibuk hal aku. Suka hati aku nak buat apa!" Tiap kali ditanya hanya tengkingan dan amukan dari Daniel yang diterima.

Adra juga sudah naik jelak mahu bersedih hati atau mengusutkan kepala dengan sikap Daniel yang bukan baru sehari dua dingin dan perengus. Kesudahannya masing-masing membawa haluan sendiri. Daniel lebih suka pulang dinihari dan keluar waktu pagi selepas subuh, kadang-kala dia akan menghilang 1-2 hari tanpa berita mahupun pulang ke rumah. 

Adra pula lebih banyak meghabiskan masa selepas waktu pejabat melepak bersama Nash di luar. Adra hanya akan pulang selepas maghrib untuk mengambil anak-anak daranya dari rumah mertua. Sedikit pun tiada cerita tentang Daniel dari Adra mahupun mertuanya bertanya tentang ketiadaan anak lelakinya, seolah-olah mereka sentiasa bahagia kerana Adra tidak pernah menunjukkan sikap murungnya pada keluarga mertua.

Kehadiran Nash di saat Adra berhadapan dengan kemelut rumah tangganya dengan pengakuan cintanya pada Adra sebulan yang lalu telah meranapkan tembok yang dibina dalam hatinya supaya jangan jatuh cinta dengan lelaki lain. Hati Adra tidak mampu lagi menahan panahan cinta yang di hulurkan Nash, biarlah kali ini saja dia beralah. Moga ada sinar harapan bahagia yang baru buat dirinya. 

Setelah sebulan berchatting di telegram dan video call saja, Hari ini Adra begitu teruja kerana dia bakal bertemu empat mata dengan Nash. Sejak pengakuan cinta Nash pada Adra yang lalu, hidupnya sudah tidak lagi terasa kosong. Baru kini Adra mengerti perasaan Nash yang selalu menyebut 'terapung terbang' kerana dia sedang mengalaminya sendiri.

Bila diceritakan tentang cinta, makan tidur pun tak lena. Adra dicintai, disayangi sepenuhnya. Setiap ungkapan perasaan hati Nash berkisarkan sayang, membuatkan Adra terbang melayang dek hembusan rindu hingga ke bintang kejora cinta.

Setiap hari mesej cinta dan sayang sentiasa menghiasi ruang penglihatan matanya sewaktu bangun dari tidur. Panggilan diantara mereka juga sudah bertukar kepada sayang, terasa kasih dengan penuh rasa cinta.

+Salam Subuh dan Selamat Pagi Sayangggggg
+Semoga hari-hari kita berdua akan bertambah indah, seindah cinta dan rindu antara kita.
+I rindu sayang sangat-sangat
+Rindu makin parah ni. Kalau masuk hospital cinta, memang dah kategori koma tak sedar diri dah.
+I takkan berhenti menyayangi dan mencintai sayang.
+Love you sayang

Tersenyum simpul Adra membaca, jantung berdegup rindu, hati terisi bahagia apabila membaca aksara-aksara cinta Nash yang dihantar kepadanya setiap pagi menerusi Telegram.

+You know sayang, lepas subuh tadi I tidur and mimpi pelik la. I mimpi sayang give me a shave on my face.
+Tiba-tiba I rasa hensem sangat lepas bangun

Begitulah sikap Nash yang suka menceriakan hari-hari Adra biarpun dengan hanya berkongsi cerita mimpinya.

Malam-malam Adra juga tidak lagi kesepian, tidurnya begitu lena diselimuti dengan ungkapan-ungkapan rindu mereka berdua. Semakin hari semakin serasi, bagai pagi dengan sinar matahari, bagai malam dengan kerdipan bintang yang berseri.

+ Sayang, I wish I could see your face while you're sleeping right now and kiss your lips, say good night to my lovely wife.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now