Bab 7 - Tertawalah

953 13 3
                                    

10/8/2019

"Papa cepat! Sakit sangat ni!" Jerit Suraya dari ruang tamu.

Nash bergegas berlari mendapatkan Suraya. Wajahnya cemas melihat isterinya dalam keadaan menahan kesakitan.

Pagi tadi selepas solat subuh, Suraya sudah mula mengadu perutnya berasa sakit memulas-mulas. Jika dilihat pada perkiraan tarikh dijangka bersalin sepatutnya 2-3 minggu lagi. Ketika Nash bersarapan, suara cemas dari bilik air kedengaran. Suraya mengalami tumpah darah.

Tanpa berlengah Nash terus memapah Suraya ke sofa ruang tamu dan meminta isterinya bertenang. Kemudian Nash mengambil sedikit keperluan untuk persediaan ke hospital.

Dia memapah Suraya menuju ke kereta. Dengan berhati-hati Nash mengangkat Suraya masuk ke dalam kereta. Dia menjerit kepada anak sulungnya agar lekas masuk ke dalam kereta Adam. Enjin kereta dihidupkan, meluncur laju membelah jalan raya menuju ke hospital.

******

11/8/2019

9.15am

10 tahun yang lalu, Nash dan Suraya dikurniakan seorang cahaya mata. Adam namanya. Kini tiba giliran adik Adam yang bakal melangkah melihat dunia. Kerana sudah lama tidak menerima cahaya mata, Nash dan Suraya kembali kekok seolah-olah baru pertama kali ingin menimang cahaya mata. Kelam kabut Nash kerana sudah hampir lupa pada pengalaman menyambut kelahiran anaknya yang sulung.

Sewaktu kelahiran Adam, Nash tidak berpeluang menemani Suraya sehingga ke bilik bersalin akibat wabak SARS. Kini dia berpeluang menemani isterinya sewaktu bersalin buat kali pertama semenjak bergelar bapa. Nash sangat teruja!

Setelah hampir 24 jam menunggu, tepat jam 9.15 minit pagi berkumandangnya laungan azan dari bilik bersalin. Nash bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang lagi putera. Muhammad Adha nama diberi bersempena kelahirannya di pagi raya aidil adha.

*******

2022

Adha kini usianya hampir 3 tahun. Keletahnya sering mengisi ruang kediaman penuh dengan gelagat, gelak tawa dan tangisan Adha. Suraya dan Nash menatang Adha bagaikan minyak yang penuh. Begitu juga Adam. Orang dah lama teringin nak dapat adik la katakan. Sekarang dah jadi abang long. Tahun depan sudah 14 tahun.

Nash gembira menyaksikan anak-anak membesar di depan mata. Inilah memori terindah seorang bapa. Satu kerugian besar kepada para ibu bapa yang tidak berpeluang melihat gelagat anak-anak membesar di depan mata.

Setiap masa dia berdoa agar kedua zuriatnya ini kelak menjadi insan yang berguna untuk berbakti kepada masyarakat, agama dan negara.


*******

18/3/2020

Negara digemparkan dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan akibat wabak covid19 yang melanda seluruh dunia. Setiap hari ribuan kes jangkitan dan kematian dicatatkan dengan jumlahnya yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Pengumuman Perdana Menteri secara langsung disiarkan di semua rangkaian saluran televisyen dan radio termasuk internet di seluruh negara. PKP telah diisytiharkan berlanjutan sehingga hari raya Aidilfitri.

Nash melepak bersama jiran-jiran terdekatnya di kawasan tertutup apartment mereka. Setakat ini hanya satu kes covid dikesan dalam kawasan apartmentnya namun keadaan penduduk dilaporkan terkawal dan tidak panik dengan situasi tersebut.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now