Nota,
Mengandungi unsur-unsur erotis yang tidak melampau. Penulis tak pandai nak mengarang babak erotik. Ini bukan kepandaian penulis. Kalau nak kritik, saya terima dengan hati yang terbuka.
Bab ini ditulis adalah sebagai percubaan bagi memenuhi permintaan author tersohor iaitu puan Seri-Dewi . Mohon maaf jika ada banyak kelemahan atau tidak menepati citarasa dalam tulisan ini.
Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong dan membaca cerita kerdil ini.
******
"I can't believe we will do this" Bisik Adra ke telinga Nash.
"Me too sayang. Are you ready for it?" Balas Nash sambil memerhatikan staf di kaunter lobi membuat semakan dalam komputer.
"Your room is ready sir." Ujar staf hotel dengan senyuman manis.
"Thank you." Balas Nash sambil menyambut kad bilik yang dihulurkan.
Adra berdebar-debar merangkul lengan memandang wajah Nash seraya menguntum senyuman indah bagaikan mereka berdua adalah pasangan suami isteri. Nash menyambut dengan pelukan kemas pada pinggang Adra. Mereka berdua mula melangkah menuju ke lif sambil berpegangan tangan.
Ting!
Pintu lif mula terbuka. Seorang wanita lingkungan sebaya mereka berbaju kebaya merah menyala, berkaca mata hitam sebesar muka, bertumit tinggi dengan beg tangan berjenama melangkah keluar dari pintu lif. Adra dan Nash memberi laluan kepada wanita itu keluar terlebih dahulu. Sambil melangkah wanita itu memandang Nash dan mengerutkan dahi seolah-olah sedang mengingatkan sesuatu.
Merek berdua melangkah masuk ke dalam lif. Namun sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya kelibat wanita itu sempat menoleh ke arah Nash sehingga pintu tertutup.
Nash tidak mempedulikan apa yang berlaku kerana dia lebih gementar dengan apakah yang bakal terjadi antara mereka sebentar nanti.
"Siapa tu sayang? Kenapa dia pandang sayang macam tu? Sayang kenal ke?" Wajah Adra menunjukkan rasa cemburu.
"Tak kenal sayang. Mungkin dia tengok I ni macam muka boyfriend dia kot."
"You jangan main-main sayang."Adra mula berangin.
"Sumpah, I tak kenal pun siapa dia."
"You dah janji akan jujur dan tak tipu I kan?" Adra mencubit geram pada lengan Nash.
"Ye sayang. Kalau I menipu mesti sekejap je dah kantoi."
"Try it now." Cabar Adra.
"I tak sayangkan you. Tak cintakan you pun." Kata Nash dengan wajah yang serius.
"You tipuuuuu.. I know you in deep love with me. See...dah kantoi." Mengekek Adra menutup mulut menahan lucu melihat muka Nash yang acah-acah serius.
YOU ARE READING
Pawana Cinta
RomanceJika harus memilih, antara nafas dan cinta. Maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan, "Aku cinta padamu." - Nash Kau begitu sempurna, dimataku kau begitu indah. Kau membuat diriku akan selalu memujamu.- Adra Kisah cinta terlarang antara Nash...