Bab 3 - Hanya Aku

766 16 0
                                    


Adra bersandar dengan mata dipejam, melepaskan lelah. Dia baru selesai memasak makan malam untuk suaminya dan kemudian menidurkan anak perempuan keduanya Adelyna yang baru berusia 8 bulan di dalam buaian.

Begitulah rutin harian Adra sebagai seorang isteri dan juga ibu. Penat bekerja 8 jam di pejabat masih belum hilang, dia perlu menjalankan tanggungjawab di rumah pula.

"Ma, pergi mandilah. Tidur sini buat apa? Abang nak makan lepas ni." Daniel menepuk perlahan pipi isterinya Adra.

"Kejaplah abang, mama penat ni." Adra longlai.

Entah kenapa hari ini dia terasa cukup letih. Padahal sebelum-sebelum ni lagi banyak kerja di pejabat yang dia perlu siapkan tetapi bila balik kerumah melakukan tugas harian yang serupa, Adra masih lagi bertenaga.

Mungkin Adra terasa letih kerana sejak balik dari lunch siang tadi, mindanya tak berhenti berfikir tentang rayuan Faisal.

Hatinya berbolak-balik, hendak ditolak hati masih terasa sayang tetapi jika dia ingin kembali menyambung cinta terlarang ini mungkin juga sakit lama berulang kembali malah impaknya lebih teruk lagi.

"Pergi mandilah Ma.." Suara Daniel sedikit keras.

Adra yang malas mahu berbalah, bangun berjalan ke dalam bilik untuk mengambil tuala dan mandi. Sempat dia titipkan pesanan pada suaminya supaya jangan bising kerana Adelyna baru nak lena.

Air pili dibuka, Adra menadah kepalanya di bawah pancuran air, sedikit lega bila kepalanya basah. Hilang sakit kepala, badan mulai terasa segar. Selesai mengenakan pakaian tidur, Adra terus ke dapur untuk menghidang makan malam buat suaminya, Daniel.

"Lama betul mandi. Abang dah lapar." Daniel menarik kerusi dan duduk dimeja makan.

Adra hanya diam, tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan dan menuang air sejuk di dalam cawan. Dia duduk melabuh punggung sebelah Daniel, menemani suaminya makan.

"Tak makan sekali?" Soal Daniel sebelum menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Menu malam ini hanya simple saja, sambal sardin dengan sayur kubis goreng bersama telur dadar. Menu permintaan suami yang teringin hendak makan sambal sardin air tangannya.

"Kenyang. Abang makanlah, Mama teman." Adra seronok melihat suaminya begitu berselera makan.

"Sedap tak Mama masak?" Adra menguji.

"Bolehlah.." Begitu bersahaja jawapan Daniel.

Adra sudah sedia maklum dengan jawapan suaminya kerana setiap kali ditanya memang itu sajalah ayat yang diberi. Kalau tak sedap tak kan bertambah nasi berpinggan. Ego lelaki sukar difahami.

Sudah hampir 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Adra sudah terlebih faham dengan perangai suaminya ini yang nampak saja tegas tetapi berhati taman.

Berkahwin pada usia yang cukup muda, Adra yang berusia 20 tahun dan suaminya 25 tahun dengan perbezaan usia antara mereka cuma 5 tahun sedikit pun tidak menghalang mereka untuk menterai hubungan yang halal.

Sepanjang perkahwinan mereka acap kali mereka bergaduh kerana hal-hal kecil yang kesudahannya Adra sendiri menjadi air, memujuk suaminya yang sentiasa merajuk walaupun kesalahan itu bukan berpunca darinya.

Suaminya bekerja sebagai seorang posmen. Tidak pernah sedikit pun Adra memandang pekerjaan seseorang itu sebagai halangan untuk dia menyayangi dan menyintai suaminya sewaktu mereka bercinta dulu.

Apa yang penting pada Adra ialah hati yang baik, jujur dan ikhlas menerima dirinya.

Kali pertama Adra bertemu dengan suaminya ketika Daniel menegur Adra kerana dia sering melihat Adra yang sentiasa menunggu ketibaan dirinya di depan pagar dan bertanya "ada surat untuk saya ke abang?"

Pawana CintaWhere stories live. Discover now