Bab 26 - Maaf

338 10 2
                                    

Hari ini hari jumaat. Waktu kerja agak singkat. Nash nak balik awal sebab dah janji dengan Adha nak belikan dia ikan.

Semalam Adha meraung menangis tak berhenti bila ikan puyu kesayangannya mati kerana melompat keluar dari akuarium tanpa sedar. Tahu-tahu ikan dah kiok atas lantai di bawah meja makan. Puas Nash memujuk nak beli ikan lain baru lah Adha berhenti menangis.

Nash menghela nafas. Sedikit rasa stress dengan beban di pejabat. Sesi ujiguna akan dilaksanakan tidak lama lagi. Masalah bugs masih belum selesai lagi. Karenah birokrasi juga ada macam-macam. Ada je perubahan yang diminta di saat-saat akhir. Baik dari peringkat atasan mahu pun intergrasi melibatkan unit sub program lain.

Di dalam biliknya kini terdapat seorang lelaki sedang duduk berhadapan dengan Nash. Nash sedang memarahi staf tersebut.

"Sekarang ni apa masalah dengan aku punya staging? Banyak permission yang kau tak allow. Nak kena cakap satu-satu. Kau reti ke tidak ni? Kalau tak reti biar aku je yang buat. Pergi jahanam la dengan kau punya prosedur ISMS tu. Menyusahkan aku je." Rungut Nash kepada Ashraff. Pegawai yang bertanggungjawab menjaga komputer pelayan dan firewall agensi.

"Hang sabaq la sat. Aku tengah penin nak check port mana yang tak allow. Sebelum ni php 7 aku buat tadak masalah aih." Jawab Ashraff sambil memeriksa pada skrin laptop.

"Aku tanya hari tu kau cakap semuanya boleh. Aku run dekat local takde masalah. Dekat staging kau buat tu banyak plugin tak function. Dah masuk production nanti macamana?"

Tok tok!

"Ye Nani. Ada apa?."

"Encik Nash, saya dah set sso dalam portal. Tapi tak berjaya. Bila klik keluar error 404."

"Field email tu dah update? Email tu update kepada ic. Token dan email dah boleh buang. Kita tak guna."

"Maksud encik kita tak perlu field tu semua?"

"Ye token dan email tu buang. Submit button kan dah ada. Lepas tu exclude sekali dekat xrsf setting."

"Saya try login tadi ada error. Undefined array key ic."

"Itu maksudnya program tak jumpa key ic. Dia tak boleh keluarkan apa yang kita request. Awak check dulu error code line 150 apa ada kat situ. Dah buat kerja coding dekat 5 tahun. Takkan itu pun tak reti lagi."

"Baik encik."

"Ingat, sebelum 25hb ni kita ada testing. Lagi seminggu je."

Wanita bernama Nani mengangguk perlahan sebelum beredar.

"Aku bagi kau masa sampai pukul 3 nanti. Kalau tak, aku up dalam meeting minggu depan apa yang kau dah buat. Tak payah nak buat muka kesian. Pandai-pandai la kau jawab dengan pengarah nanti." Sambung Nash memarahi Asyraf. Dia memang selalu bertekak soal kerja dengan Asyraf.

Developer dan SysAdmin memang ditakdirkan takkan pernah hidup secara aman bersama.

"Okay. Aku faham. Hang ni awat hari ni hangin semacam ja. Gaduh dengan bini ka?"

"Bila last kau kena terajang?" Nash memandang wajah Asyraf dengan serius.

"Ala gurau sikit ja noh. Jangan marah. Aku check balik yang hang minta tu. Sabaq naa." Asyraff mengambil laptop lalu mengangkat punggung untuk keluar dari bilik. Tak berani dia nak lebih-lebih dengan Nash hari ni.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now