Bab 8 - Sephia

708 11 7
                                    

Rutin Nash kini sudah berubah. Aktiviti malam semasa PKP dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral. Gara-gara kecewa dengan layanan dan sikap Suraya terhadapnya.

Nash semakin kerap mengambil ganja untuk melepaskan tekanan perasaannya. Hampir setiap lewat malam Nash akan pulang dalam keadaan yang khayal dan stim matanya.

Suraya perasan pada perubahan suaminya setiap kali pulang ke rumah Nash kelihatan seperti orang lalok. Cakap merapu dan sering ketawa tanpa difahami apa yang melucukan hatinya.

Paling ketara melihat kedua biji matanya merah dan bengkak. Mulanya Suraya tidak begitu ambil peduli tetapi lama-kelamaan dia hairan dengan tingkah suaminya.

Kadangkala Suraya akan meninjau Nash ketika sedang nyenyak tidur. Dia cuba menghidu mulut dan pakaian suaminya. Hanya bau tembakau dan rokok semata. Ternyata Suraya sungguh naif tentang perkara ini. Dia tak kenal pun akan bau ganja.

"Laki aku ni dah belajar buat yang bukan-bukan ke? Ke dia minum ketum? Tapi apasal nampak macam orang mabuk je?" Gumam hati Suraya ketika memerhatikan suaminya yang sedang lena.

Hari demi hari Nash sudah semakin biasa dan selesa dengan aktiviti negatif bersama jiran-jiran yang sekepala.

Nash seakan sudah putus asa dengan situasi perhubungan suami isteri. Walaupun kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa, tetapi jika dilihat dari satu sudut akan jelas kelihatan tiadanya kemesraan dan rasa kasih antara satu sama lain.

Nash dan Suraya pula semakin kurang berkomunikasi. Hanya melalui whatsapp atau sekadar bercakap mengenai perkara penting seperti perihal anak, sekolah, perbelanjaan dan hal-hal domestik rumah tangga semata.

Tiada kata-kata cinta, manja, romantis dan puitis seperti di awal perkahwinan dulu. Dalam hal ini Nash sudah berusaha sebaik yang mungkin berbincang dengan Suraya namun apabila tiba kepada 'bab itu' Suraya seperti tidak berminat untuk memperkatakannya dan semuanya menemui jalan buntu.

Lama kelamaan Nash mula beralih arah menonton video lucah melalui telegram. Terlalu banyak channel terlarang yang mengandungi video aksi lucah tempatan yang diikuti Nash. Nash menjadi addicted pada video lucah. Jika Suraya tidak mengabaikan keinginannya sudah pasti perkara seperti ini tidak berlaku.

Hampir 3 tahun tidak menerima belaian dari isteri adalah sesuatu yang pasti sukar untuk diterima oleh mana-mana suami.

Kalau Nash tak fikirkan anak-anak serta dia berkemampuan, dah lama dia menikah satu lagi dekat sempadan siam agaknya.

Akibatnya Nash hanya mampu berkahwin dengan tangan sendiri sahaja. Apa gunanya berkahwin kalau keperluan batin tidak dapat dipenuhi Suraya.

Nash kembali aktif di laman Twitter setelah lama tidak dibuka. Dari situ Nash mula mengikuti segala jenis ciapan dan profile wanita yang menepati citarasanya. Nash sudah pandai follow akaun gadis-gadis ds di Twitter.

Komuniti ini mempunyai kelompok dan rangkaian yang tersendiri. Mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada yang berbayar jika ingin follow.

Ada juga yang private tetapi hanya menerima request dari pemilik akaun yang boleh dipercayai sahaja untuk menjadi followers mereka. Malah ada yang menawarkan servis atau content tertentu.

Selain itu, Nash turut mengikuti perbualan di space Twitter. Nash gemar mendengar perbualan mereka bertukar-tukar pengalaman cerita dan pandangan mengenai pelbagai perkara.

Ada masa mereka sekadar berbual kosong. Kadangkala Nash akan dijemput untuk berbual santai bersama. Dari situ, Nash semakin faham akan dunia darkside. Malah Nash sudah semakin dikenali dalam pelbagai room space Twitter.

Pawana CintaWhere stories live. Discover now