bab 23 | Pergi

1.8K 85 8
                                    

Ketukan bunyi kuat dari pintu bilik Airi. Airi cepat-cepat bukakan pintu itu. Haris berdiri depan pintu Airi dengan muka penat.

Ceh, penat melayan si Mira la tu. Bisik dalam hati Airi. Kalau dia cakap. Habis Airi ditampar oleh Haris.

"Buat apa kat bilik saya tengah malam ni? Ammar dah tidur ke?" Tanya Airi. Mata dia tak pandang pun mata Haris. Seram oi. Macam nak makan orang je.

Makanla kesayangan bernama Mira. Biar mampus kena makan Haris.

Haris masih berdiam diri dan berdiri sambil melihat Airi. Diam.

Lah kenapa laki ni?, bisik hati Airi.

"Kalau takde apa-apa. Saya nak tidur. Esok nak kerja."

Laju Airi menutup pintu. Tapi malang tangan Haris menahan pintu. Rambutnya basah menampakkan keseksian.

"Asal kau tutup pintu? Aku belum cakap apa -apa lagi kan. Aku just nak cakap. Ammar akan pindah kat rumah mak aku. Aku bagitahu kat mak aku, kau pergi bercuti selama sebulan. So, dengan cara ni aku nak Ammar berpisah dengan kau. Paham!" Kata Haris bernada yang tinggi. Haris menolak Airi sampai terjatuh.

Pintu bilik Airi ditolak kasar. Nasib jari Airi tak terapit pintu. Kalau tak naya jari Airi.

Terkilan Airi mendengar kata Haris. Nak berpisah dengan Ammar. How? Boleh ke dia nak pisahkan Ammar dari Airi sedangkan Ammar memang rapat dengan. Tengoklah macam mana nanti. Pandai-pandai Haris nak handle problem ni.

Di tempat kerja Airi, Airi mengambil file yang baru saja diserahkan oleh nurse untuk membuat analisis pesakit.

Naufal melihat pipi Airi ada kesan merah. Haa, Naufal tahu apa sebab pipi Airi merah. Tetapi, Naufal pilih berdiamkan diri. Nak jaga aib suami Airi.

"Airi, you look so tired. Are you okey?" Tanya Naufal dengan prihatin. Malang sungguh nasib Airi.

Kahwin saja dengan Naufal. Kehidupan Airi akan berubah menjadi 360 darjah. Acah-acah je tu. Dalam mimpi dapat kahwin dengan Naufal.

"Oh, err. Naufal. Saya okey je. Maybe lepas ada anak, penat juga." Jelas Airi tanpa pandang ke arah Naufal.

Tetapi hakikatnya tidak, baru pagi tadi Haris hantar Ammar ke rumah mak mentua. Dalam diam Haris hantar sewaktu Ammar sedang tidur. Baru senang nak pisahkan Ammar dengan Airi.

Kejam! Biarkan Ammar tertanya-tanya dimana beradanya Airi iaitu, mama dia.

File yang berada ditangan Airi dirampas oleh Naufal. Tangan Airi ada sedikit lebam kebiruan. Macam kena pukul ada juga. Naufal simpati sama Airi. Siapa buat Airi sampai macam tu sekali. Perempuan untuk dilindungi, bukan untuk didera. Haraplah kes ni dapat settle.

Naufal tak ada hak pasal kes ini. Tapi dia berdoa untuk Airi.

" emm, sorry. Kenapa nak rampas. Saya nak buat keje ni. " Airi terus mengambil file yang dirampas Naufal kembali.

Naufal senyum kecewa. Maybe Airi penat. So mood tak bagus.

Tanpa mereka sedari, ada seorang lelaki mengintai dari jauh.

Pasu pecah berderai dibaling oleh Haris. Amarah dia semakin membuak-buak dalam dirinya. Apabila dia melihat Airi dengan Haris berborak.

"Betina! Kau ni asal berkepit dengan lelaki lain hah!?  Tak cukup kasih sayang ke apa kau betina!" Jerit Haris sambil menarik rambut Airi. Kepala Airi dihetak ke dinding. Berdarah dahi milik Airi. Haris menolak Airi sampai jatuh.

"Sakitlah" Airi mengadu kesakitan.

"Aku nak kau kemas barang lepastu berambus dari rumah ni!"

Haris melepaskan rambut Airi kasar.  Boleh tercabut rambut Airi. Airi bangun dalam keadaan sakit. Sudahla ditarik rambut, tolak.

"Aku taknak lagi kau dalam hidup aku!"

Airi mengambil bajunya didalam almari yang tersusun rapi. Kini, tiada lagi sembarang baju yang tertinggal didalam almari itu hanya baju pemberian Haris.

"Kau! Pergi! Dari! Hidup! Aku! Airiana Alysha." Haris menjerit sekuat hati. Biarlah jirannya mendengar. Itu tidak kisah. Hatinya sakit bagai saja dibelah.

Air mata Airi tidak dapat tahan lagi. Laju air matanya mengalir. Air mata ini sangat murah pada waktu ini. Dia lemah. Sangat lemah. Dia tak dapat buat apa-apa lagi. Hanya mampu mengeluarkan air mata.

"Oh stop it! Aku jijiklah dengan air mata kau yang palsu!" Tengking Haris. Matanya hanya memandang Airi yang sedang menolak bagasinya.

Perempuan semua sama. Hanya nak melayan lelaki lain saja. Kali pertama Haris marah macam tu sekali semata-mata Airi. Airi telah menipu dirinya. Asyik bersama dengan Naufal.

"Cepat!"

Teresak-esak Airi menangis. Kerana terserampak dengan Naufal dia dibuang oleh suami dengan teruk sekali.

Airi sudah berada di buka pintu. Dia berhentikan langkahnya. Bagasi diletakkan hadapannya.

"Aku nak minta maaf kalau aku sakitkan hati kau. Aku tahu aku tak sempurna untuk kau. Kita kahwin pun kena tangkap basah. Aku tahu yang aku ni BEKAS TUNANG adik kesayangan kau tu. Aku sudah cuba yang terbaik untuk kita. Tapi kau yang taknak berusaha pun. Kau ingat perkahwinan ini hanya permainan. Tapi aku tak. Malangnya kau hiraukan saja. Sejak hari tu perangai kau tiba-tiba berubah entah apa aku pun tak tahu. Kau buang aku. Kau maki aku, Tampar aku, dera aku. Cukuplah kau sakitkan aku. Macam adik dengan abang.Tapi ingat, jika kita berjumpa lagi. Kita tidak kenal antara satu sama lain. Akhir kata aku, semasa aku telah terjumpa kau selepas ini, aku nak kau ceraikan aku. Assalamualaikum." Ujar panjang Airi. Dia akhirnya keluar daripada rumah itu yang banyak kenangan bersama suaminya.

Sejujurnya dia telah jatuh cinta dengan suami sendiri. Yang hanya menghalangnya ialah ego ada pada Haris. Kukuh sungguh dinding egonya.

Haris meramas rambutnya dengan kasar. Tiba-tiba dirinya mahu memanggil Airi kembali. Tetapi egonya yang menghalang segalanya.

Bum!

Kedengaran bunyi yang kuat diluar rumah. Haris berasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang tak kena.
Dia berlari menuju ke luar rumah. Begitu ramai orang yang terkumpul di situ. Dia menuju ke situ.

"Apa yang tak kena?" Tanya Haris kepada jirannya.

"Haris! Bini kau kemalangan di depan tu." Balas jirannya.

Haris terus berlari dan dia terkaku melihat tubuh badan Airi dipenuhi darah. Cepat-cepat dia mengangkat badan Airi.

"I'm so sorry. Kalau aku tak dapat tahan kemarahan aku tadi. Takkan kau jadi begini." Kata Haris sambil menangis.

Dia menyesal lagi sekali. Dia sebagai suami sepatutnya melindungi Airi. Bukannya marahkan dia. Sungguh dia menyesal. Menyesal yang teramat! Dia tak dapat maafkan dirinya.
 

Tbc

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now