bab 18 | holiday time

1.5K 97 2
                                    

Cinta Yang Terakhir

Akan ku tunaikan janji
Kau apabila aku masih sama mu.

🍣🍣🍣🍣

Airi pov.

Pagi itu, aku terbangunlah pulak. Pukul 4 pagi camtu. Selalunya aku bangun dalam pukul 5 or 6 pagi. Kali ni awal. Terlebih excited kot. Haris belanja aku tiket flight. Nak pergi bercuti dengan Haris dan Ammar. Walaupun Haris anggap percutian ni untuk Ammar. Tapi aku tak kisah pun.

Okay, aku tipu. Aku mengaku aku kecil hati dengan kata-kata yang dikeluar oleh Haris.

Aku lekas bangun dari katil. Sebelum aku mahu pergi ke dapur. Ammar dan Haris tidur berpelukkan. So sweet.

Ada sebab juga nak bangun awal ni. Sediakan makanan untuk naik flight nanti.

Tangan kanan aku menolak bagasi. Tangan kiri aku memegang tangan Ammar. Haris? Dia kata ada dua orang yang join. Tak tahu orang tu siapa.

"Mama, nak dukung."

"Huh? Nak dukung? Jap eh tunggu papa ye dukung Ammar." Kata aku lembut.

Budak ni dah malas nak berjalan. KLIA 2 ni bukannya kecil tapi luas dan besar. Dhlah tangan tak ada nak dukung dia ni.

Seorang menepuk bahu aku dari belakang. Aku berpaling. Ika dan Kamal. That jerk pun ikut sekali. Aduh. Tak bestlah ni.

Aku bermasam muka.

"Alaaa comelnya."

Ika mengambil alih Ammar dari dukungan aku. Ringan dah rasa tangan. Reaksi Ammar mahu menangis. Mungkin tak biasa dengan Ika.

"Mama.." anak mata Ammar tak melepaskan dari pandangan aku.

Aih budak ni. Takut dengan orang lain ke? Belum tahu sangat sikap sebenar Ammar. Bagi dia, aku dan Haris ni seakan-akan sama dengan wajah ibubapa kandungnya.

3 jam berlalu, kami terus berada dihotel. Sebelum itu juga, kami menyinggah di kedai makan. Lapar dan lelah tak terkata. Ammar tak mahu jauh dari aku. Susah aku nak pergi tandas. Tu pun dia merengek.

"Airi, malam ni Ika dan Kamal nak bawa Ammar jalan-jalan. Diorang nak privacy So aku izinkan. Lagipun Ika tu pandai jaga budak macam Ammar. " Kata Haris.

"Aih. Kita pulak nak buat apa?" Tanya Airi pelik. Yelah. diorang nak privacy. Habis tu dia dan Haris buat apa? Ee bosanlah bercuti duduk di hotel. Baik tak payah bercuti.

Bibir Haris tercelit senyuman sinis. Ada peluang nak berlaung masa dengan bini.

"Kita pergi dating. Ataupun buat projek malam ni. Pilih antara dua tu."

Airi kerutkan muka. Projek? Projek apa pulak. Ada ke projek di Pulau Langkawi ni.

"Projek." Jawab Airi tanpa teragak-agak.

Gila nak dating dengan Haris. Malu wei. Berduaan lagi tu. Mana nak letak muka.

Haris memberi senyuman sinis. Ada udang sebalik batu.

"Okay, so get ready for tonight." Bisik Haris disebelah Airi.

"Malam? Projek apa tu?" Tanya Airi lagi.

"Projek menambahkan ahli keluarga kita." Kata Haris sambil mengenyit mata.

Airi terus membaling bantal ke muka. Miang. Tak dapat tengok makanan didepan mata.

"Auch!" Adu Haris manja.

Airi menjauh diri daripada Haris. Tak tahan dengan karenah Haris yang mengada-ngada mengalahkan budak.

Gula kapas yang menarik minat pada budak-budak. Well, makanan yang diminati dan sedap tapi terlampau manis. Boleh merosakkan gigi budak.

Ammar asyik termenung pada gula kapas di depannya. Makan nasi disuap oleh Ika ditolak. Mee kepunyaan Kamal pun ditolak dia juga. Bila dipujuk pun tak dilayan.

"Mal, dia taknak makanlah. Nanti kang marah Airi kalau tak diberi makan." Ika mengeluh lemah. Ingat senang nak pujuk budak berumur sebegini.

"Aku rasa dia nak gula kapas didepan dia tu. Jap, aku belikan untuk dia eh." Kata Kamal sambil pergi ke kedai yang menjual gula kapas.

Ammar mengikuti Kamal. Gembira. Apa yang dia nak semua dituruti. Tak sangka kehidupan sekarang ni berbeza daripada sebelum ni. Berubah sangat.

Kamal memberi gula kapas kepada Ammar. Ammar melompat-lompat gembira.

"Ehh, kenapa tak cakap nak yang tu? Boleh je usu beli untuk kamu." Ujar Ika. Dia mengelar dirinya usu. Anak bongsu mesti usu. Takkan along pulak.

"Mana mama, papa?" Tanya Ammar. Dia mencari-cari dimana kelibat parents nya.

"Ada kerja. Kamu dijaga oleh uncle and usu. Kami ni baik tau." Puji Kamal. Ammar tak pedulikan apa yang di dicakap oleh Kamal. Perasan baik. Hakikatnya baik pun.

Selesai makan dan bersantai, mereka pergi ke pantai. Banyak pesta diadakan di sini. Perkara yang wajib untuk menjadi kenangan ialah bergambar. Paling penting. Dimana-mana tempat mesti ada sesi bergambar. Tambahan lagi camera mesti ada.

  Bunyi sengkering didengar Airi memang menenangkan fikiran yang bermain-main diotaknya. Biarpun banyak cabaran yang perlu dicapai. Dia akan mencari jalan nak selesaikan masalah.

Satu lagi, Ammar tidak bersamanya kali ni. Bila difikirkan balik, mempunyai anak bukannya mudah. Begitu besar pergobanan seorang ibu dan bapa.

Airi melepaskan keluhan. "Bilalah aku nak dapatkan hati si Haris tu?"

"Apa? Kau nak dapatkan hati aku? Biar betul?" Tanya Haris tiba-tiba. Dia terkejut apabila Airi berkata begitu. Takkanlah Airi berkata begitu. Mimpi ke?

Airi sedikit terserentak. Mulutnya terngaga. Diam seribu perkataan. Seluruh badannya kaku.

Haris dengar?

"Er... sebenarnya..." kata Airi tergagap. Dia menunduk malu. Pipi dah macam tomato.

Haris duduk disebelah Airi . Dia masih menunggu jawapan dari mulut Airi.

"Apa dia?"

Muka Haris tiada senyuman. Matanya memandang tajam ke arah Airi. Bagaikan dia mahu memakan Airi.

Tangan Airi mengenggam kuat. Dia takut.

"Ye. Memang aku nak dapatkan hati kau tu. Tapi aku tahu aku tak layak nak dapatkan. It's okey. Aku tak kisah pun pasal tu." Kata Airi tenang.

Hati Airi nak meletup. Seumur hidup dia tak pernah jantung berdegup kencang. Tu pun kena tangkap basah. Tebal muka sajalah.

"Ohh. Kau tak kisah? Tapi aku kisah." Bisik Haris sambil senyum manis.

Aku mengangkat mukanya. Salah dengar kot? Haris kata dia kisah kalau Airi mahukan hati dia.

"Hahaha, muka kau tu. Blur. Ni aku beri hati aku kat kau." Tangan Haris menyentuh bahagian dadanya lalu tangan dia ala-ala terbang menyentuh bibir Airi.

Airi terpaku.

"No one will steal my heart because you've got my heart. My heart is in your heart."

Jantung Airi semakin laju berdegup. Mulut dia seolah-olah di kunci. Akhirnya apa yang dibayangkan dah didepan mata.

Sweet betul encik suami.


To be continued

___________________________

VOTE, COMMENT AND SHARE

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now