Bab 25 | rancangan

1.4K 61 15
                                    

Di dalam pejabat, Haris mengeluh lemah. Dia buntu setelah apa yang dia buat untuk mengingat kembali ingatan Airi. Malah dia yang kena sakit hati. Setiap sindiran keluar dari mulut Airi, memang pedas.

"Macam mana aku nak balas dendam. Asyik kena sakit hati je. " kusut kepala Haris memifir pasal Airi saja. Belum lagi kerja dia.

"Abanggg!"

Terkejut Haris dibuat Ika sergah Haris tanpa memberi salam dan mengetuk pintu. Takkanlah tu tak perasan kot. Bunyi pintu ke apa. Pelik betul abang dia ni. Fokus sangat fikir pasal kerja.

"Apa Ika ni kejutkan abang. Kalau ye pun tegurla dengan cara lembut. Kau tu perempuan bukan lelaki. Lelaki boleh juga terima jerit-jerit ni." Tegur Haris dingin. Takde mood dia. Mood dah hilang sebab diterbang oleh angin.

Ika tersengih. Lalu dia melabuhkan sofa yang ada dalam bilik pejabat Haris. Luas. Best pulak jadi CEO ni. Macam drama tv3.

"Haa apa cerita isteri kesayangan kau? Okey ke ingatan dia? Kalau okey cakap je nanti aku dan Kamal akan merancang apa patut dibuat." Ika menanya sambil matanya meliar mencari makanan diatas meja. Ada biskut 1 paket.

Haris menggeleng kepalanya. Tak okey. Boleh jadi gila sebab asyik kena sindir. Bukan calang-calang sindiran Airi. Menusuk ke jiwa Haris. Ceh. Over pulak.

Ika melihat riak wajah Haris. Nampaknya ada sesuatu yang tak kena ni.

"Why abang ? Ada something wrong with her?"

"Yes. Dia lain. Berubah sangat. Tak macam dulu yang lurus bendul ikut je cakap aku. Sekarang ni apa aku cakap semua dia melawan. Dia tak tahu yang dia melawan tu suami dia. Setiap kali aku borak dengan Airi. Memang kena sindir je. Pedih oo." Haris menceritakan apa sedang berlaku Airi selama 3 hari.

"Lahh. Lawanla balik. Kau ni setakat kena sindir je pun. Esok aku pergi ke rumah kau. Aku tahu apa aku nak buat." Kata Ika sambil ketawa jahat.

"Kau jangan cederakan dia pulak Ika. Baru je sembuh." Mata Haris merenung tajam ke arah mata Ika.

"Abang dah jatuh cinta ke apa ni. Dulu bukan main nak buat dia sampai pengsan. And now halang pulak. I dont care. Demi kakak . Aku sanggup. " Ika terus berdiri lalu berjalan menuju ke pintu keluar. Stress. Haris dah jatuh cinta kat Airi. Ni tak boleh jadi. Kena buat sesuatu.

Airi meletakkan kereta miliknya ke tepi jalan. Nak ambil Ammar dari tadika. Malas dia nak bagitahu pasal ni. Biarlah Haris datang lepas dia ambil Ammar. Padan muka. Haris datang tanpa mengetahui Ammar dah balik rumah

Airi berjalan menuju ke arah tadika. Tadika Ammar ni kawasan perumahan. Tadika mahal tapi entahlah. Pelik Haris. Duit je banyak tapi kedekut dengan.

"Mamaa!" Ammar berlari lalu lompat dan peluk Airi. Rindu katanya.

"Sayang anak mama, okey tak sekolah tadi?" Tanya Airi sambil menegur cikgu yang berada diluar sekolah untuk meminta izin. Nanti tak bagitahu,bahaya jugak. Hilang dipikir cikgu.

"Okey mama. Mama Ammar lapar. Nak makan." Suara Ammar manja.

Airi menggeleng. Manja betul Ammar ni. Walaupun Ammar ni bukan darah daging dia. Dalam hati Airi, tetap sayang macam anak sendiri.

Beberapa minit kemudian, dah sampai pun rumah. Pernampakkan kereta Haris didepan. Cewah. Macam dia tu tuan rumah senang je letak kereta kat situ. Eh tapi memang dia tuan rumah.

Ammar lagi lari terus mendekati pintu. Depan pintu. Haris berdiri depan pintu matanya memberi pandangan tajam dengan muka tak puas hati.

"Asal mamat tu gila ke?" Jerit Airi. Lantaklah Haris dengar. Cantik sangat Airi sebab tulah asyik bagi muka tak puas hati.

Terngaga mulut Haris. Dia tu yang gila. Jerit tak tentu pasal.

Haris terus mendukung Ammar lalu Haris tutup pintu rumah haa. Siap kunci lagi. Dia tahu Airi takde kunci.
Padan muka.

"Hahaha padan muka kau perempuan." Malas dah Haris nak berlakon jadi baik. Makin sakit hati je.

Tanpa Haris sedar. Bunyi pintu dibuka. Haris pusing kepalanya ke belakang.

What the hell. Perempuan tu ada kunci rumah ni. Haris langsung tak pernah bagi kunci spare dekat sesiapa. Berani Airi kacau barang Haris.

" hahahaha. You ni slowlah. I kan pandai dari you. Dah bagi Ammar kat I. I nak bagi dia makan." Airi merampas Ammar dari dukungan Haris.

Haris hanya berdiamkan diri. Tunggu kau perempuan. Satu hari nanti, kau akan tertunduk kat aku.

Selepas makan, Haris turut makan bersama dengan mereka. Takkanlah Airi jahat sangat taknak bagi suami tercinta makan. Ofclah bagi. Lagipun semua makanan Haris yang bayar.

Tak masak berdosa pulak Airi.

Ammar masuk ke dalam bilik dia. Penat katanya. Nak tidur.

Haris menarik lengan Airi yang sedang mencuci pinggan di dapur. Wajah Haris mendekati Airi.

Airi menolak kasar. " apa kau ni. Aku malaslah nak panggil you i. Tolonglah jangan dekat. Aku allergic dengan lelaki. "
Airi semakin menjauh. Terbengkalailah kerja mencuci pinggan. Nasib sikit je kena cuci.

"Airi, kau dengar sini eh. Kau ingatkan aku ada dendam dengan kau. Lepas dendam aku terbalas. Aku akan ceraikan kau. Aku semak tengok muka kau yang buruk, mulut pulak melawan je kerja. Aku ni suami kau. Lagi satu. Kau jangan pandai-pandai nak ambil Ammar balik dari tadika. Kau tak layak jadi emak pembunuh." Kata Haris kasar. Riak muka Airi selamba.

Mata Airi menjuling ke atas. Ada aku kisah.

"For your information, aku ni bukan pembunuh. Kau jangan nak terkejut bila rahsia terbongkar. And, kenapa kau tak cerai je aku sekarang. Tak susahkan. Lafaz je dah. Cerai. Thankslah sebab kau, aku dapat perangai aku yang dulu. Bukan yang lurus bendul macam kau nak tu. Senang dibuli. Tengoklah nanti. Siapa yang menang. Aku rasa kau takkan ceraikan aku punya Haris"

Haris mengerut dahi. " kenapa pulak?"

"Sebab aku nak mengandung anak kau. Bye. Kalau rindu. Call." Airi mengenyit mata kepada Haris.

Haris terkaku lagi sekali. Memang sah perempuan tu dah gila. Gila dia punca adik dia mati.

Tbc

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now