Makanan terhidang di atas meja disusun rapi. Pelbagai jenis makanan yang ada diatas. Menaikkan selera untuk bersarapan. Hari ni ialah hari isnin, hari tersibuk bagi para-para doktor pakar.
Hanya satu persoalan didalam fikiran Haris.
Mana Airi?
Haris menarik kerusi lalu duduk. Dia menelan air liur. Dah tak tahan melihat makanan yang terhidang didepannya belum diusik lagi. Mesti ada sesuatu nak Airi nak kan dari dia ni. Confirm!
"Abang! Baru nak panggil tadi. Ni ah saya buatkan breakfast special untuk my lovely husband." Kata Airi sambil menarik kerusi dihadapan Haris. Wajah Airi kelihatan sangat lain. Bermakeup sikit. Dia ni bukan jenis yang makeup tebal yang 5 inci foundation tu. Just simple-simple je.
Perasaan Haris sudah lain macam. Airi tersenyum-senyum dekat dia. Terangkat bulu roma. Tak senang duduk Haris.
"Kau ni apasal? Tersenyum-senyum kat aku. Ada something ke?" Tanya Haris sambil mengunyah nasi yang baru saja dimasukkannya tadi.
Airi ketawa kecil. "Salah ke? Senyum tukan sedekah. Lagi-lagi saya senyum kat abang ni. Lagilah berganda-ganda pahala saya tau."
Haris mendiamkan diri. Sah isteri dia dah pelik. Ber'saya-abang selalu ber'aku kau'. Salah makan ubat kot.
"Abang, Free tak ahad ni?"
"Tak."
"Yeke? Ahad tu hari cuti."
"Tahu."
"Eee. Abang ni. Saya tanya abang macam-macam tapi abang jawab satu perkataan je."
Cuba korang rasa bila korang tanya panjang-panjang pastu jawab satu patah perkataan. Geram betul. Kalau ada mesin buat mee confirm Haris dah jadi mee oleh Airi.
"Atleast aku jawab. Kalau tak. Tanya dengan meja je kau. Dahlah aku nak pergi kerja dulu." Haris bangun lalu merampas sandwich dari tangan Airi.
Airi tergamam. Kejam kau Haris!
Haris tersenyum sinis lalu dia pergi ke arah pintu utama. Airi bergegas mendekati Haris.
"Abang! Salam." Airi menghulur tangan untuk bersalam.
Haris belum lagi memberi tindak balas apa-apa pun. Akhirnya dia bersalam dengan Airi.
"Cium dahi kau. Belum masa ni. Kau betul-betul jadi isteri aku barulah aku cium dahi kau." Haris membisik ke telinga Airi.
Airi diam seribu perkataan. Dia menarik tangannya. Tak mampu dia bertentang mata dengan Haris.
Tok!
Tok!
"Masuk." Laung Airi.
"Maaf, D.Airi. Saya ingin menyampai pesanan. Boleh tak?" Soal nurse dengan nada perlahan.
Airi angguk faham. Tangannya masih membelek satu per satu helaian fail.
"Pukul 7:00 malam nanti, ada orang mahu berjumpa dengan awak. Tapi tak tahulah siapa. Dekat Alamanda Putrajaya."
Airi mendongak. Tangannya berhenti membelek fail. Ada orang mahu jumpanya. Malam-malam lagi tu.
"Okaylah. Thanks."
"Saya keluar dulu ye." Nurse itu membuka langkah menuju ke pintu keluar.
"Perlu ke aku nak message Haris? Tak kot. Bukannya dia kisah pun aku keluar malam."
Airi kembali meneruskan kerjanya. Masa kerja haruslah focus. Nanti tak bagus kerja. Beri malu Pakcik dia je anak buah tak bagus jadi doktor.
Untuk pengetahuan korang. Pak long Airi ialah pengarah hospital ni.
Airi menilik jam tangannya kanan. Tadi kata pukul 7:00 pm. Sekarang dah 7:10. Pantang betul dia tak ontime. Ingat apa suka lambat-lambat. Dahlah lelah baru pulang kerja.
Seorang menepuk bahu Airi dari belakang.
"Sorry. I'm late." Tina terus duduk ke depan Airi.
Aih. Tina? Dan....orang paling Airi benci.
"Hai. Kakak ipar." Kamal mengukirkan senyuman sinis.
Airi menjeling Kamal. The fuck! Buaya darat pun ada. Ni apa lagi drama diorang. Mari kita aksikan.
"Assalamualaikum." Ucap Airi dingin.
Kamal gelak kecil. "Waalaikumsalam. Kakak ipar."
Kamal suka memanggil Airi kakak ipar. Mentang-mentanglah abang kahwin dengan ex tunang dia.
Sabar jelah Airi.
"Ada apa jumpa aku? Nak aku join dating korang ke?"
Airi mengangkat alis kirinya sambil senyum sengaja.
Raut wajah Tina berubah menjadi bengis. Sejujurnya Tina tidaklah sampai hati mahu merampas tunang Airi. Sudahlah Airi antara pangkat paling tinggi dekat hospital. Disebabkan Kamal ni sweet talker , Tina tersuka dengan Kamal.
"Yep. Eh. Tak kot. Sebab kau ada suami." Balas Kamal.
Airi dan Kamal bagaikan musuh ketat. Dari bertentang mata sudah tahu. Anti sesama sendiri.
"Stupid. Kalau dah macam tu. Aku nak blah dululah. Aku taknak kacau relationship korang yang suci ni." Ujar Airi. Sebelum Airi bangun dari kerusi.
Kamal memberi kad berwarna brown.Airi tidak mahu mengambilnya.
"What's that?"
"Kad jemputan bertunangan kitaorang."
Airi ketawa. "Tunang pun ada kad jemputan sekali. Wah! Dahsyat."
Tina membisukan diri. Aura Airi sekarang sungguh menyeramkan. Dia macam dianggap perampas.
"Ambil je. Tu je aku nak jumpa kau."
Airi mengambil kasar. Lalu dia beredar dari situ. Sakit mata tengok melihat pasangan itu.
Airi berasa tidak sedap hati. Akan ada sesuatu terjadi lepas ni. Sekarang dah pukul 10:00 pm. Selepas Airi meninggalkan Kamal dan Tina. Airi meluangkan masa di Starbucks selama 2 jam. Sejam lagi dia sempat juga shopping beli baju.
Airi membuka pintu perlahan. Takut Haris dengar. Kereta Haris sudah ada di perkarangan rumah. Awal betul dia balik. Selalunya lewat malam barulah dia balik.
Airi menoleh kiri kanan untuk memastikan Haris tak ada di situ. Lega hati Haris tiada di situ.
"Yes! Dia tak ada pun." Aku melepaskan nafas lega.
Tanpa Airi sedar, Haris sudah lama memerhati dia sebelum dia masuk di dalam rumah.
"Awal balik."
Badan Airi terpaku. Seolah-olah suara gurau dibelakangnya. Seram sejuk.
Airi menoleh ke belakang dan mata dia terus membulat. Haris!
Mati aku!
To be continued
___________________________
VOTE, COMMENT AND SHARE
YOU ARE READING
Love Is Cruel ✔️
RomanceSemua manusia ingin kebahagian, tetapi tidak. Mahu kecapi kebahagian mesti ada cabarannya. Airiana Alysha dipanggil Airi Dia seorang yang kuat semangat. Mementingkan perasaan orang daripada dirinya. Hidupnya sekarang sudah senang. Kerja ada, tunang...