Bab 27 | shopping

1.2K 62 3
                                    

Keesokkan hari, Airi mencari barangnya didalam almari. Banyak debu ma. Nasib dia tak ada resdung. Kalau tak naya hidung asyik bersin je kerja. Tak pasal-pasal demam.

Kotak berwarna biru telah menarik perhatian Airi. Airi pun terus mengambil kotak tersebut. Dia lupa apa benda dalam kotak itu.

Airi membuka kotak itu dengan lembut. Terdapat nota dan gambar yang ada kaitan dengan arwah adik Haris dan Kamal atau kakak kepada Ika iaitu Zarifah.

"What is this?" Airi mengambil nota satu persatu lalu membaca. Setelah membaca semua nota. Dia tahu yang dia bukan pembunuh. See. Airi baik kot.

"Apa benda tu?" Tanya Haris secara tiba-tiba.

Airi pun letakkan kotak biru dalam almari dan sembunyikan. Haris mengerut dahinya. Macam ada sesuatu benda nak disembunyikan.

"Takde apa-apa pun. Nak cari kertas kerja dulu." Jawab Airi malas. Tak melihat pun muka Haris.

Haris memberi surat jemputan pertunangan Kamal dan Tina kepada Airi.

Airi hanya sekilas pandang saja. Taknak ambil walaupun Haris menghulur surat jemputan.

"Asal kau taknak ambil? Aku bagi kan. Ambil jelah." Marah Haris lembut. Keras kepala juga Airi ni. Kalau tak surat jemputan ni. Memang taklah nak layan keras kepala dia.

Airi menggeleng menandakan dia taknak. "Aku taknak Haris."

"Aku tahu Kamal tu ex tunang kau. Please Airi." Merayu Haris.

"Ada satu syarat. Kau belanja dan teman aku beli baju untuk hari pertunangan tu. Aku nak 3 ribu. Deal?" Airi menjongket keningnya. Well, duit suami, duit isteri juga kan. Why not girl.

Haris memberi reaksi seolah-olah tak terkejut. Apalah sangat 3 ribu. Dia boleh bagi lebihlah.

"Boleh, nanti aku transfer. Petang ni pergi. Kau kena kemaskan Ammar."

Haris terus beredar keluar dari bilik Airi. Airi mengangguk kepalanya. Kotak birunya tadi simpan dalam-dalam supaya tiada orang akan tahu.

Di Palivion Kuala Lumpur, Airi sengaja Haris ditempat mahal. Dia tahu Haris belanja dia apa yang dia nak. Ammar pula berjalan berpegang tangan bersama Haris.

Banyak butik mahal-mahal yang boleh mencecah beribu ringgit. Jarang dia nak pergi tempat mahal kalau pakai duit sendiri. Duit suami bolehlah rampas semua. Hak Airi.

Haris mengelurkan dompetnya dari poket seluar. Nampak mahal dompet milik Haris. Haris menyerahkan Mastercard Gold Card kepada Airi.

Airi terkejut. Biar petik Haris sanggup beri dia antara card credit paling mahal di dunia. Pergh. Untung Airi jadi bini Haris.

"Kau ni betul ke bagi aku card credit ni? Aku kan pembunuh adik kau. Kenapa kau baik sangat kat aku ni?" Bertalu-talu soalan Airi. Fikiran banyak soalan yang ingin ditanyakan.

"Diam, time ni janganlah ungkit pasal tu. Sekarang, pretend je macam tak ada apa. Just like one family. Kau ambil card ni aku bagi. Card ni aku memang order untuk bakal isteri aku. Tiba-tiba kau pula jadi isteri aku. So, ni hak kau. Kau pilihlah apa kau nak."

Card credit kini milik Airi. Kaya Airi lepas ini belanja apa yang dia nak tanpa menggunakan duitnya. Saved money. Best ye dapat gaji besar.

Kaki Airi melangkah menuju ke Switch. Cewah. Iphone dia dah kuno. Nak tukar baru iphone 13 pro max ke iphone 14 pro max. Nak yang latest.

Haris dan Ammar mengikuti Airi yang berada disisi Airi. Haris banyak berdiamkan diri. Lagipun, dia tak pernah belanja perempuan apa-apa pun kecuali rantai dia bagi Airi dulu. Masihkah Airi menyimpannya?

"Aku nak beli ni. 1tb deep purple." Airi memegang iphone tersebut. Cantik gila. Tercapai juga impian dia beli phone baru. Eh, baru je tahun lepas beli. Lantaklah, bukan duit dia pun.

Haris dan Ammar pun menunggu diluar kedai. Paling lelaki tak suka keluar dengan perempuan. Beli barang lama. Buat barang ke beli barang.

"Dah beli." Kata Airi dengan nada yang gembira. Kamal tak pernah bagi dia barang mahal. First time in her life.

"Berapa?" Tanya Haris.

Airi tersengih macam kerang busuk "hehehe, bukan selalu kan, 8500 full package."

Haris tiada reaksi muka pun. Gembira? Sedih? Kecewa? Tak ada.

"Okey nak beli baju lagi. Jomm."

Selepas membeli belah barang Airi untuk puas hatinya. Apa yang dia nak semua dapat. Best.

Sekarang tengah menunggu makanan, Ammar sedang bermain ipad. Manalah dia dapat ipad ni. Mesti Haris beli. Kecil-kecil dah merasa barang mahal. Jauh beza masa kecil Airi dulu.

Suasana sungguh bising didalam kedai makan. Haris tenung Airi. Entah apa hatinya tak sampai hati nak balas dendam.

"Oi!" Airi memegang tangan Haris. Tak senang duduk Airi apabila Haris tenung dia mata tak berkelip lagi tu. Seram.

Haris menyedarkan diri. Apa dah berlaku kat dirinya. Hati dia lembut sangat dah.

Tangan Haris menepis tangan Airi. "Apa sentuh-sentuh. Gelilah. Kau tak layak sentuh aku, pembunuh."

Airi menjeling. Gila. Tiba-tiba angin berubah. Kejap baik, kejap gila. Baik jadi gila teruslah. Dapatlah Airi ambil harta Haris. HAHAHA.

"Eh Haris and Airi, tengah tunggu makanan ke?" Tanya Kamal bersama dengan bakal tunangnya Tina. Siap berpegang tangan. Apa ni belum kahwin dah berpegang. Haram.

"Tengah makan meja encik Kamal." Jawab Airi selamba.

Haris menahan gelak. Pelik je jawapan Airi.
Kamal bermasam muka. Tina hanya senyum tak ikhlas baginya dia bagaikan perampas sudah ambil tunang Airi dulu.

Kamal dan Tina melangkah kaki menjauh dikedai makan.

"Lepas makan, balik. Nak malam ni." Jelas Haris nada yang serious.

Mamat ni asyik serious bosan je. eh tak. Sebab duit banyak, omel hati Airi.

Makanan pun sudah sampai. Ammar disuap oleh Airi. Berselera betul Ammar makan. Makanan biasa je nasi ayam. Diet.

Tak sabar hari esok hari pertunangan ex tunang. Dan dimana Airi akan terserempak dengan Ika. Rasanya mesti ada plan lagi untuk puaskan hatinya.

Kita tengok esok!

Tbc

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now