Bab 30 | orang baru

1.7K 68 4
                                    

Kepala Airi berdenyut sejak pagi tadi. Perasaannya lain semacam. Badannya kurang bertenaga selalu bertenaga selepas minum milo.

"Kau okey tak ni?" Tanya Wani. Risau pula tengok keadaan tak sihat. Wani terus memapah Airi lalu duduk di kerusi.

"Aku rasa aku tak sihatlah." Jelas Airi. Airi bangun menuju ke singki dan muntah

"Kau ambillah cuti. Makan ubat cukup-cukup." Wani mengusap perlahan-lahan belakang Airi. Jarang melihat Airi sakit. Tu pun setahun sekali. Teruk sangat ni.

"I think you are mengandung kot. Tengok rupa gaya dah sebiji perempuan mengandung alahan katakan." Kata Wani.

Berdasarkan pemerhatiannya, serupa perempuan mengandung. Dah nama pun doktor kan. Benda basic perlu tahu. Sekian lama dah dia menunggu Airi mengandung.

Airi mengambil tisu diatas meja lalu mengelap bibirnya.

Baik Airi ambil cuti. Tak larat nak buat kerja. Maybe perlu rehat dalam masa sehari.

"Aku nak balik dulu." Pamit Airi sempat mencapai begnya.

Wani mengeluarkan pregnancy test, menyerahkan kepada Airi.

Airi memandang benda tu dengan perasaan berdebar. Betul ke dia tu mengandung.
Bila teringat kejadian bulan lepas.

Beg kerja Airi dibaling ke atas katil. Tak tahan menahan muntah dalam kereta. Kurang air dah ni. Serious tak larat. Rasa nak mati.

Tanpa Airi memifir panjang, segera Airi cuba pregnancy test yang diberikan oleh Wani. Tadi Airi langsung tak ingat benda alah tu.

Tengah sakitkan. Apa je boleh ingat.

Selepas Airi menggunakan pregnancy test, Airi melihat mukanya dicermin. Mukanya pucat lesu. Bibir pun tak warna merah lagi.

Setelah beberapa minit telah berlalu, sampai masanya check pregnancy test.

Double line.

Airi terdiam. Sangkaannya memang betul. Period bulan lepas pun tak datang.

Rancangannya berhasil untuk merampas harta Haris. HAHAHA. Miskin kau Haris.

"Tapi macam mana aku nak bagitahu kat Haris yang aku ni mengandung. Tak payahlah bagitahu. Bukan penting pun bagi dia." Airi membaringkan dirinya di katil. Empuk.

Dalam beberapa saat, mata Airi tertutup. Penat muntah dari pagi sampai tengahhari. Asal makan je muntah. Baik tidur je.

Haris menilik jam yang tergantung didinding. Harini dia balik awal. Tak tahu kenapa perasaannya rindu seseorang. Siapa lagi kalau bukan isterinya, Airi.

Laju Haris menekan minyak kereta. Tak sabar.

Tadi Haris ada message Kamal dan Ika untuk berjumpa tetapi dua-dua busy dengan kerja. So jumpa hari minggu sajalah.

Pagar rumah dibuka sendiri. Perkarangannya rumah dipenuhi dengan kereta Haris saja. Kereta banyak buat perhiasan rumah. Orang lain buat halaman, Haris pula kereta.

Kereta Airi diletakkan depan pintu. Cewah. Ingat dia ke tuan rumah.

Haris meletakkan kereta ditepi kereta Airi.

Awal Airi balik.

Haris membuka pintu utama perlahan-lahan. Aik. Pintu tak dikunci. Bahaya. Mana tahu orang asing masuk.

"Airi!!" Haris menjerit kuat. Diam semacam rumah. Selalunya Airi duduk didepan tv. Tengok cerita doraemon. Kali ni takda pulak.

Haris laju mencari kelibat Airi. Hilang. Lalu Haris masuk ke dalam bilik Airi.

"Oi. Apa tidur lepas asar?!" Jerit Haris sekali lagi. Pekak ke bini dia.

Airi masih tak sedarkan diri. Lemah je nampak.

"Airi kau ok tak ni. Muka pucat." Tegur Haris. Haris cuba membangunkan Airi. Malangnya masih tak dapat.

"Airi!!!"

Airi membuka matanya perlahan. Bising.

"Kau dah gila ka?" Tanya Airi mamai. Rasanya badan dia dah ok. Just rehat sikit lagi.

"Kau tu yang gila. Aku gerakkan kau tak bangun. Sakit ke apa?"

Airi menggeleng kepala. Dia perempuan kuat. Sakit tu hanya sementara dalam tubuh badannya.

"Aku malas nak borak dengan kau, Haris. Keluar boleh tak?" Entah mengapa dia tak suka bau badan Haris. Mual. Cepat sangat mual.

Haris duduk ditepi Airi. Dia suami , sukati dialah nak keluar ke tak.

"Please, Haris. Bau kau tu..." Airi terus bangun bergesa-gesa menuju ke tandas. Muntah lagi.

Haris pelik melihat Airi. Bau dia wangi. Minyak mahal kot. Apa yang bau.

Airi menolak Haris. Serious Haris ni bau busuk.

"Kau dah kenapa Airi." Tanya Haris pelik. Tibe je.

"Tak ada apa. Aku benci kau. Pergiii!" Air mata Airi tiba-tiba turun. Airi menangis. Emosinya pelik.

Haris blur. Lah dia buat apa je sampai Airi menangis. Haris menggaru kepalanya hairan.

"Em okeylah. Aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa just call me." Haris akhirnya mengalah. Lemah tengok Airi menangis. Period kot. Sebabtulah emosi tak stabil.

Siapa je berani kacau perempuan period. Baik larikan diri.

Haris menutup pintu bilik Airi lembut. Singa tengah mengamuk.

"Haris jangan pergi." Suara halus Airi memanggil Haris. Haris menoleh ke belakang.

Airi memberi Haris pregnancy test. Apa ni?

Haris menanya. "Double line ni apa? Tengah period ke?"

Mulut Airi terngaga besar. Mamat gila ni tak tahu. Tinggal zaman apa. Zaman srivijaya kot.

Airi berbisik telinga Haris. "Aku ada isi."

Haris blur lagi sekali. Isi? Mata Haris scan Airi atas ke bawah. Tak berisi sangat pun. Slim je nampak.

Airi menggeleng. Suami dia ni. Tu pun tak faham bahasa. Straight to the point.

"Aku mengandung lahhhh . Anak kau ni. Tu pun tak paham ke bapak tua tak sedar diri." Jelas Airi sempat pula dia menyindir Haris.

Haris diam. Macam biasa. Muka tak bagi reaksi langsung. Dah sah Haris dah gila.

"Oh, okey." Haris meninggalkan Airi didepan pintu bilik Airi.

Terpaksa Haris berlagak sombong. Dalam hati, happyyy babe.

"Lol, takpe Haris." Airi menutup pintu dengan kasar. Mahu bergegar satu rumah.

Haris terserentak. Dia tak sepatutnya buat Airi begitu. Entah mengapa dia mahu bergurau dengan Airi. Malam nantilah pujuk. Penat.

Penat nak jaga perasaan orang, tapi orang tak jaga perasaan kita. Pedih amat.

Tbc

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now