bab 15 | amanah

1.7K 97 4
                                    

Cinta Yang Terakhir

Bulan-bulan menyaksikan
kisah kehidupan kami.

🌙🌙🌙

 Bam!

"Eh mak kau jatuh dari langit!" Melatah Wina. Dia terkejut entah dari mana bunyi itu datang. Perkara yang tidak diingini akan berlaku. Perasaan tiba-tiba rasa tidak sedap.

Wina membuka pintu di sebelah kanannya. Tangannya menekup mulut.

Darah yang banyak! Tangan Airi dilumpuri darah.

Wina mendekati Airi yang cemas mahu mengambil tuala untuk mengelap tangannya. Wina menolong ambil yang sudah ada didalam koceknya.

Cepat-cepat Wina memegang tangan Airi pergi ke arah singki. Biar kuman tak masuk ada kulit. Makin teruk jika tak dicuci.

"Thanks Wina." Ucap Airi.

Wina angguk sambil dia mengelap darah keluar. Dia mengambil kain dikhaskan untuk luka. Dah nama pun hospital. Mesti ada banyak bahan yang benda macam tu.

Selepas Wina membalut tangan Airi. Wina duduk disebelah Airi. Dia pelik kenapa Airi nampak sedang memifirkan sesuatu. Dia kenal Airi ni siapa. Dah bertahun-tahun bekerja sama bangunan. Dikira kawan sekerja. Pangkat sama. Bangga.

"Kenapa tangan kau berdarah tadi? Kalau ye pun stress tu jangan bawa ke kerja. Bertambah stress lah kau tu." Ya memang Wina tahu yang Airi ni tengah stress. Tengok dari muka dia pun dah tahu.

Airi mendengus. "Kau ada tak cara nak goda suami yang berkesan?" Tanya Airi.

Wina tergelak kecil. Masih sakit pun fikir pasal nak goda suami. Apalah kau ni Airi.

"Aku pun tak tahu nak goda lelaki ni. Well, aku belum kahwin lagi. Cari dalam google." Kata Wina. Dia hanya memberi cadangan saja. Mana ada pengalaman nak goda lelaki. Apahal suami. Tak terfikir langsung pun hal tu. Maybe yang dah ada suami tu mesti pening kepala.

"Apsal dengan tangan kau tu? Sebelum ni tak ada pun kau cedera macam ni." Tanya Wina lagi sekali.

"Terkena pisau bedah. Tak perlu nak risau sangat."

Airi menyentuh lembut tangan kanannya. Tangan kanan pula kena. Nak makan guna tangan apa? Kiri?

Wina bangun lalu dia meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

"Aduh! Sakit betul. Aku nak drive but..." mengadu Airi. Selepas saja kelibat Wina hilang. Mestilah perlu cover sakitnya. Gila tak sakit kena pisau bedah.

Haris pov.

    Aku membuka peti sejuk. Lapar. Dah pukul 8 malam pun Airi belum pulang. Mana bini aku ni. Dah ada suami buat je cara ada suami. Jangan nak perasan masih dara.

Pintu peti sejuk dibuka. Aih. Makanan dah tak ada. Hey, ada bini pun dah rasa diri masih bujang.

Aku sudah kelaparan. Kebulur terus aku nanti. Baik aku call delivery untuk pesanan makanan. Zaman sekarang senang je. Hujung jari dah ada makanan.

Ting!

Tong!

Aih? Belum sempat lagi aku call dah ada orang hantar makanan.

Aku menuju ke arah pintu. Pintu itu dibuka kasar. Nasib tak terpelanting aku.

Airi! Keletihan saja aku tengok. Kesian.

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now