bab 20 | sad story

2K 95 7
                                    

     Pasu yang pecah kerana tidak sengaja, baru saja dibersihkan oleh pihak hotel dan diganti rugi. Airi yang membayar pasu itu. Kesalahan dia juga.

Setelah selesai masalah tersebut, Haris memberitahu kepada Airi untuk berjumpa di kedai makan berhampiran dengan pantai. Katanya ada hal nak dibincang.

Airi bergegas pergi ke tempat itu. Kelihatan mereka berwajah serius. Seram juga dia nak mendekati mereka.

Luar sangkaan Airi, Ika menyimbah air sirap ke arah dia. Dia terpaku.

What the hell girl!

Sudahlah dihadapan khalayak yang ramai. Mata semua melihat Airi. Basah kuyup baju dia.

Ooh, selama ni dia ditipu. Diorang hanya berlakon baik didepan dia. Dasar.

"Perempuan! Hari ni sudah tiba masanya aku nak balas dendam kat kau. Kau tahu tak yang kau bunuh kakak aku." Jerit Ika tapi masih terkawal.

Blur? Ya, memang dia tak tahu apa. Bila masa pulak dia jadi pembunuh. Dalam sejarah hidup tak pernah pun bunuh orang. Hey, budak ni sukati je tuduh orang tak bersalah.

Kemarahan Ika semakin tinggi. Diam je Airi. Tak beri jawapan pun.

"Oi! Kau ni memang sengaja kan suruh aku marah. Sini kau!"

Tangan Ika menarik tangan Airi. Pergi ke tempat yang tak ada orang. Barulah best berperang mulut. Malu jugak rasanya tadi. Anak orang kaya cari pasal dengan kakak ipar sendiri. Pelik.

Pang!

Pipi mulus Airi ditampar Ika dengan kuat. Kemerahan menyala dimuka Ika. Selepas itu, Ika menolak Airi ke tanah.

Haris dan Kamal hanya jadi penonton.

"Auch! Sakitlah! Mana ada aku bunuh kakak kau. Kalau tak dah lama di sumbat dalam penjara." Ujar Airi lembut. Dia dianggap lemah diantara kawannya. Lembab!

Ika tergelak. Nasiblah Airi ni bukan macam perempuan yang jenis melawan. Kalau Airi jenis macam tu, bawa balalah. Tak berani.

"Oh aku lupa. Kan kau pernah amnesia dulu. Jomlah. Haris, kau tak perlu take care sangat pasal pembunuh ni. Biar dia luar ni." Kata Ika. Dia kejam. Tidak berhati perut.

Haris memberi Ammar kepada Ika. Ika mengambil Ammar sambil menjeling tajam ke arah Airi yang basah kuyup. Airi bagaikan anak patung. Tak bergerak pun.

Kamal dan Ika berlalu pergi ke tempat itu. Sekarang Haris dihadapan Airi.

Haris menunduk lalu dia cengkam dagu Airi. Dia melemparkan senyum sinis.

"Maaf ye sayang, aku terpaksa buat cam ni. Memang aku rancang nak kahwin dengan kau dengan cara tangkap basah. Aku nak kau seksa apa yang kau lakukan pada adik aku dulu." Kata Haris. Cengkaman dilepaskan.

Haris berdiri lalu dia pergi macam tu je. Tanpa pedulikan Airi basah.

Air mata Airi menitis perlahan-lahan. Akhirnya keluar juga. Walaupun ditahan mereka ada disini. Baru dia ingat dia pernah ada kawan bernama Zarifah yang mati kerana bunuh

Flashback

Kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Waktu nilah paling best bagi setiap murid. Airi dan Zarifah mengambil bekal didalam beg. Malas nak berbeli dikantin pastu perlu beratur lagi kan dah buang masa dari situ.

"Airi, nak rehat mana ni?" Tanya Zarifah sambil erat memeluk lengan Airi.

"Macam selalu, hmm, petang ni you teman I pergi ke Midvalley. I bosan." Kata Airi. Masa ni dia menggunakan ' you-I'. Satu sekolah memang takut dengan dia. Sikap yang panas baran dan gedik terlampau. Setiap hari bertukar lelaki bagaikan bertukar baju. Makin sakit mata orang tengok. Satu persoalannya, Zarifah seorang hanya tahan kawan dengannya.

"Aku on je. Nanti kau message aku ye."

Petang, Zarifah menilik jamnya. Lama betul Airi ni. Lelah punya badan dapat kawan jenis ni.

"Booo!" Sergah Airi dari belakang. Setiap kali keluar dengan Zarifah. Dia pasti akan datang lambat. Suka tengok reaksi Zarifah terkejut. Terserlah lesung pipit.

"Eee kau ni! Jomlah. Aku dah berjam-jam tunggu kau kat luar ni. Panas!" Tangannya melibas-libas nak tunjuk dia panas. Airi tersengih seperti kerang busuk.

Tiba-tiba datang sebuah van yang berhenti didepan mereka. Pintu van dibuka lalu salah seorang menarik Zarifah masuk ke dalam van. Malangnya Airi sempat menarik tangan kanan Zarifah tapi dia pula yang terlepas pegangan. Apakah daya seorang perempuan melawan kekuatan seorang lelaki.

Zarifah menjerit-jerit meminta pertolongan. Tapi kawasan itu sunyi sepi. Mulut Zarifah ditutup menggunakan sapu tangan milik lelaki itu. Dia pengsan. Lelaki itu meletakkan ubat tidur di sapu tangan itu.

Ada orang yang datang tapi tak sempat mahu menyelamatkan Zarifah. Airi menangis tak henti-henti. Dia mengejar van itu. Sungguh dia tak mampu untuk mengejar van yang kian menghilang. Lelah dua orang itu menahan Airi berlaku demikian tapi terlepas jua.

"I'm so sorry. I can't!" Jerit Airi sedih. Terduduk di tengah jalan raya.

"Adik! Bahaya!" Laung Seorang perempuan yang berhampiran dengannya.

Airi memusing kepala ke belakang. Matanya bulat. Mulut terngaga besar.

Pon!!!

Bang!

Tak sempat Airi melarikan diri dari situ, dia telah dilanggar kereta. Bahagian kepalanya berdarah banyak. Bagaikan air.

Sejak kejadian itu, dia sedar beberapa bulan kemudian dan dia mengalami amnesia yang teruk. Dia hanya mengingati ibubapa dan ahli keluarga.

Zarifah pula dirogol sampai polis mencari Zarifah disemak. Anak orang kaya.

Dia mati ditempat kejadian semasa dirogol seramai 5 orang.

Mayatnya dapat dijumpai selama 1 bulan. Sadis! Mayatnya dalam keadaan yang menyayatkan hati.

Endflashback

Kerana Airi seorang saja yang berkawan dengan Zarifah. Dia yang bersalah dalam hal itu.

Ika, Haris dan Kamal tekad mahu membalas dendam terhadap Airi. Walaupun tidak tahu apa punca sebenarnya. Mereka anggap Airi yang merancang semua itu dan sanggup upah orang rogol Zarifah sampai mati. Tetapi, tidak!


To be continued

___________________________

VOTE, COMMENT AND SHARE


⚠Cerita ini akan ditukar tajuk kepada Love Is Cruel.
Cerita ini akan di unpublished untuk proses edit. Hanya dalam sehari 1 bab akan di unpublished.
⚠ Kemungkinan besar jalan cerita ini akan berubah sikit.

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now