"Aku taknak lagi kau dalam hidup aku!"
Airi mengambil bajunya didalam almari yang tersusun rapi. Kini, tiada lagi sembarang baju yang tertinggal didalam almari itu hanya baju pemberian Haris.
"Kau! Pergi! Dari! Hidup! Aku! Airiana Alysha." Haris menjerit sekuat hati. Biarlah jirannya mendengar. Itu tidak kisah. Hatinya sakit bagai saja dibelah.
Air mata Airi tidak dapat tahan lagi. Laju air matanya mengalir. Air mata ini sangat murah pada waktu ini. Dia lemah. Sangat lemah. Dia tak dapat buat apa-apa lagi. Hanya mampu mengeluarkan air mata.
"Oh stop it! Aku jijiklah dengan air mata kau yang palsu!" Tengking Haris. Matanya hanya memandang Airi yang sedang menolak bagasinya.
Perempuan semua sama. Hanya nak duit saja. Kali pertama Haris marah macam tu sekali semata-mata Airi. Airi telah menipu dirinya.
"Cepat!"
Teresak-esak Airi menangis. Kerana Kamal dia dibuang oleh suami dengan teruk sekali. Sebab kau Kamal!
Airi sudah berada di buka pintu. Dia berhentikan langkahnya. Bagasi diletakkan hadapannya.
"Aku nak minta maaf kalau aku sakitkan hati kau. Aku tahu aku tak sempurna untuk kau. Kita kahwin pun kena tangkap basah. Aku tahu yang aku ni BEKAS TUNANG adik kesayangan kau tu. Aku sudah cuba yang terbaik untuk kita. Tapi kau yang taknak berusaha pun. Kau ingat perkahwinan ini hanya permainan kau saja. Tapi aku tidak. Banyak cara aku goda kau. Malangnya kau hiraukan saja. Hari ini perangai kau tiba-tiba berubah entah apa aku pun tak tahu. Kau buang aku. Cukuplah kau sakit hati aku. Macam adik dengan abang.Tapi ingat, jika kita berjumpa lagi. Kita tidak kenal antara satu sama lain. Akhir kata aku, semasa aku telah terjumpa kau selepas ini, aku nak kau ceraikan aku. Assalamualaikum." Ujar panjang Airi. Dia akhirnya keluar daripada rumah itu yang banyak kenangan bersama suaminya.
Sejujurnya dia telah jatuh cinta dengan suami sendiri. Yang hanya menghalangnya ialah ego ada pada Haris. Kukuh sungguh dinding egonya.
Haris meramas rambutnya dengan kasar. Tiba-tiba dirinya mahu memanggil Airi kembali. Tetapi egonya yang menghalang segalanya.
Bum!
Kedengaran bunyi yang kuat diluar rumah. Haris berasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang tak kena.
Dia berlari menuju ke luar rumah. Begitu ramai orang yang terkumpul di situ. Dia menuju ke situ."Apa yang tak kena?" Tanya Haris kepada jirannya.
"Haris! Bini kau kemalangan di depan tu." Balas jirannya.
Haris terus berlari dan dia terkaku melihat tubuh badan Airi dipenuhi darah. Cepat-cepat dia mengangkat badan Airi.
"I'm so sorry. Kalau aku tak dapat tahan kemarahan aku tadi. Takkan kau jadi begini." Kata Haris sambil menangis.
Dia menyesal lagi sekali. Dia sebagai suami sepatutnya melindungi Airi. Bukannya marahkan dia. Sungguh dia menyesal. Menyesal yang teramat! Dia tak dapat maafkan dirinya.
To be continued
___________________________
VOTE, COMMENT AND SHARE
YOU ARE READING
Love Is Cruel ✔️
RomanceSemua manusia ingin kebahagian, tetapi tidak. Mahu kecapi kebahagian mesti ada cabarannya. Airiana Alysha dipanggil Airi Dia seorang yang kuat semangat. Mementingkan perasaan orang daripada dirinya. Hidupnya sekarang sudah senang. Kerja ada, tunang...