Bab 31 | gaduh lagi

2K 70 13
                                    

Perut Airi semakin membesar yang mencecah 3 bulan. Sekejap je masa berlalu. Ammar pula selalu bercakap dengan adiknya.

"Mama, bila adik nak keluar?" Tanya Ammar sambil menyentuh perut Airi.

Airi gelak. Baru 3 bulan manalah awal sangat baby keluar.

"Jap aa mama kira bulan, sekarang bulan februari. Maybe ogos akan keluar." Airi meneka sama ada betul ke tidak. Selalunya orang mengandung 9 bulan.

Ammar mengangguk faham. Faham ke dia pasal tu?

Haris ketuk pintu Airi. "Airi turun bawah, Ika dan Kamal datang ni." Ujar Airell lembut. Dengan cara ini, Airell memberi tahu hal sebenar siapa Airi.

Adeh ada lagi perempuan tu, bisik hati Airi.

Terus Ammar keluar bersama dengan Airi. Penat eh rasa badan. Baru 3 bulan dah rasa penat, belum lagi 8bulan tak jalan langsung. Over.

Airi memberi pandangan tajam ke arah Ika yang berada ditingkat bawah. Ada lagi musuh ketat aka adik ipar kesayangan konon.

Airi menurun tangga perlahan. Taknak laju, Ammar ni pun satu main tarik tangan suruh cepat turun.

"Well, well, well. My lovely sister is here. Long time no see. Dah 3 bulan kita tak jumpa." Ika mendekati Airi dengan muka yang ada niat jahat.

"Jangan sentuh aku." Airi sedikit menjauh dari Ika. Cepat-cepat dia mendekati Haris.
Lalu duduk sebelah Haris bersama Ammar.

Ika senyum sinis. Takut perempuan eh. Dasar pengecut. Pembunuh.

Ika duduk sambil kakinya bersilang. Biarlah rasa diri tu cool. Makin tak beranilah Airi mahu dekat samanya.

"Apa yang kau nak bincang Haris." Tanya Kamal sambil menghirup air cola baru saja dibelinya tadi. Katanya nak jaga badan taknak minum manis. Tapi nafsu menguasainya.

Haris mengeluarkan kotak biru lalu diletakkan ke atas meja. Terkilan Airi melihat Haris kacau barang dia. Hey, Airi takpenah sentuh barang Haris.

Pandai-pandai nak sentuh barang orang. Pantang ni.

"Wait, kotak biru ni aku punya. Mana kau dapat tu?" Tanya Airi suaranya seperti ketakutan. Takut sangat. Airi memegang kotak biru dengan kuat.

Ika merampas kasar dari Airi. Dia membuka kotak itu lalu terkejut. Ika berdiri didepan Airi. Tanpa Ika membaca note ada dalam kotak biru.

Airi mendongak.

"Haa memang kau pembunuh Airi!" Ika menampar pipi gebu milik Airi.

Pang!

Menyala kemerahan dipipi Airi. Gila ka perempuan ni.

Airi juga menampar pipi Ika. Airi menampar pipi kiri dan kanan. Setakat tu, Airi boleh bagi dua penampar kalau dia nak.

"What!?"

"Aku satu kau dua." Jawab Airi tenang.

"Ika! Stop it!" Haris melarang Ika yang masih mahu cederakan Airi. Takkan Ika tak tahu kot yang Airi ni bukan pembunuh.

Kamal sudah habis baca kedua note. Air matanya mengalir bila mengingati arwah Zarifah. Tak sangka arwah Zarifah rahsia kepada family pasal penyakit yang boleh membawa kematian.

Apa boleh buat. Dah nama pun ajal.

"Asal kau nangis ni, Kamal" tanya Ika pelik. Hatinya rasa panas mahu saja menengking Airi. Tetapi malangnya, Haris melarang mencederakan Airi.

Dah jatuh cinta.

"Airi, pergi masuk dalam bilik. Ammar dengan aku je kat bawah. Tenangkan diri okey. Jangan stress." Haris mengusap kepala Airi. Haris risau akan kandungan dalam perut Airi. Bahaya kalau perempuan mengandung stress.

Boleh menyebabkan keguguran.

Airi mengangguk. Lalu dia menuju ke tangga.

Tanpa Airi sedari, Ika menolak Airi lalu jatuh ke lantai.

Perasaan Ika gembira. Padan muka. Siapa suruh melawan sangat. Nilah makannya.

"Auch!" Airi mengadu kesakitan. Tangannya memegang perut. Baby dia.

"Airi!!!" Terkejut Haris melihat Ika menolak Airi. Haris menolak Ika ke tepi, terus dia mendukung Airi sedang dalam kesakitan. Laju langkah Haris menuju ke pintu keluar. Pergi hospital lah.

"Haris..." suara Ika semakin perlahan. Entah mengapa hati dia rasa bersalah. Takkan tolak macamtu dah sakit perut.

"Jom Ika, Airi mengandung tu. Dah kenapa kau tolak dia? Dia tu bukan pembunuh. Dia kawan baik kepad arwah Zarifah. Lain kali baca dulu. Jomlah pergi hospital." Jelas Kamal lembut. Bertindak pun tak guna otak.

Kamal mendukung Ammar. Muka Ammar tidak tahu apa-apa. Tak paham pun apa dibincangkan. Dengarkan pergerakan bibir dorang.

Kamal dan Ammar hilang dari pandangan Ika. Ika menyesal lalu terduduk. Jahat sangat ke dia. Tak ada niat pun buat Airi macamtu. Kalau dia tahu Airi mengandung. Mesti perkara ini tak terjadi.

Air mata Ika tak dapat ditahan lagi. Gugur air mata yang mengalir dipipi.

Sedih.

Kalau Airi gugur, dia yang digelar pembunuh.

"Bodohnya aku." Jerit Ika sekuat hati. Sampai anak tekak nak keluar.

Bertindak mengikut perasaan, bukannya mahu baca dulu note dalam kotak biru.

Tbc

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now