Cinta Yang Terakhir
Dia mahu apa yang
Dia telah buangkan.🍦🍦🍦🍦
"Apa korang buat ni?"
Airi menolak badan Kamal dengan kasar. Kamal hampir terjatuh akibat tolakan Airi. Kuat perempuan ni.
"Haris..."
Airi berlari menuju ke arah Haris. Dia memeluk badan Haris dengan erat. Wajahnya menyentuh bidang dada Haris. First time, dia memeluk Haris macam ni. Malu.
Haris terpaku. Haih, Airi peluk dia. Kamal memandang Haris dengan penuh hairan.
"Kenapa ni?" Tanya Haris lembut sambil mengusap-ngusap belakang badan Airi. Airi tersenyum menang sambil menjelir lidah ke arah Kamal.
Kamal mengenggam tangannya. Geram. Licik betul perempuan ni.
"Kamal tu nak sentuh sayang tau. Dia mahu meraba-raba sayang." Airi mengadu manja dengan Haris.
Haris memandang Kamal tajam. Tak guna punya adik.
"Kamal, Airi ni bini aku. Bukan tunang kau lagi. So, don't touch her. She is mine only." Haris memberi amaran dekat Kamal. Kamal menjeling lalu keluar dari dapur. Siap kau Airi. Ingat kau boleh terlepas. Masa ni je. Masa lain kau takkan terlepas.
Pantas Airi melepaskan pelukan tadi. Pandai dia berlakon tadi.
"Thanks."
"Kau dengar sini eh. Kau hanya milik aku. Termasuk tubuh badan kau tu. Aku sorang je boleh sentuh kau. Jagakan dara kau tu untuk aku." Haris terus meninggalkan Airi di dapur
"Whatever..don't care."
Airi kembali sambung kerjanya yang terhenti disebabkan buaya darat tadi.
Airi's pov
Malam itu, aku dan Haris langsung tak bercakap antara satu sama lain. Disebabkan Kamal tu. Annoying benar aku dengan Kamal tu. Dah ada tunang baru buat jelah cara ada tunang baru.
Aku sudah puas scroll Instagram dari habis membasuh pinggan sampai pukul 10 malam. Aku belum mandi lagi. Sempat juga aku tengok account milik Haris. Tak private pun account dia. Banyak gila followers. Dibandingkan aku kalah terus.
Aku bangun dari atas katil, lega rasa tulang belakang rehat sekejap tadi. Walaupun tak sampai sejam pun. Aku mencapai tuala purple aku di tempat sidai. Lalu aku melangkah pergi ke tandas. Mandi yeah!
Dalam beberapa minit kemudian, aku keluar dari tandas. Selangkah aku keluar dari tandas. Automatically badan aku menggigil sejuk. Mata aku terarah ke air cond. 16C.
Dude! Siapa yang jahaman yang tekan temperature rendah macam tu?
"Sayang." Suara gurau menegur aku dari tepi.
YOU ARE READING
Love Is Cruel ✔️
RomantizmSemua manusia ingin kebahagian, tetapi tidak. Mahu kecapi kebahagian mesti ada cabarannya. Airiana Alysha dipanggil Airi Dia seorang yang kuat semangat. Mementingkan perasaan orang daripada dirinya. Hidupnya sekarang sudah senang. Kerja ada, tunang...