Kedengaran bunyi orang buka pintu bilik Airi. Airi menoleh ke belakang.
Ammar!
Ammar berlompat ke arah Airi. Rindu sangat kat Airi. Tiap-tiap malam video call saja. Alasannya tak boleh tidur kalau tak video call Airi.
"Mama, i miss you." Ammar memeluk Airi dengan erat sekali. Pelukan itu tidak mahu dilepaskan.
"I miss you too, Ammar. Best tak tidur rumah nenek?" Airi menyoal Ammar supaya Ammar tidak tanya mengenai adiknya yang sudah tiada.
Ammar angguk gembira. Best tak terkata.
"Best mama. Mama. Ammar nak mama papa tidur sekali dengan Ammar sekali boleh? Ammar selalu tengok mama papa asyik gaduh. Ammar taknak papa mama gaduh. Takut." Ammar takut melihat Airi Haris bertengkur dulu. Sekarang dah tak, Haris tak bertegur dengannya.
Makanan pun tak disentuh.
Tapi kan kalau Haris cerai Airi. Siapa nak jaga Ammar. Itu persoalan yang selalu bermain dalam fikiran Airi.
Air milo ditiup sebelum minum oleh Haris. Tak tiup nanti melecur lidah dia. Matanya fokus menonton tv bola sepak.
"Ehem." Sapa Airi. Dia memberi sampul surat yang berwarna coklat.
Haris mengambilnya lalu buka. Surat apa ni.
Surai cerai?
"Ye ye. Nanti aku sign. Lepas tu, kau kemas barang kau sekali. Takkan kau duduk serumah dengan aku lagi." Ujar Haris nada sedih.
Airi menggeleng. Tarik nafas dalam-dalam dulu.
Surat cerai dirampas oleh Airi lalu dikoyakkan.
Wajah Haris mengerut. Aih. Surat cerai dah kenapa dikoyakkan. Tak mungkin..
"Aku taknak cerai. Aku tarik balik kata-kata aku sebelum ni. Demi Ammar, aku tak sanggup berpisah. And, aku.."
Airi menunduk kepalanya. Malu nak berterus terang yang dia jatuh cinta dengan suaminya sendiri semenjak dia hilang ingatan. Walaupun Haris bersikap dingin terhadap dirinya.
"Aku apa, Airi." Suara garang Haris sudah keluar.
"Dah suka kat suami sendiri. Salah ke hah?" Airi cuba beranikan dirinya. Apa nak jadi, jadilah. Maybe Haris tak mempunyai perasaan dengan dia.
Haris tersenyum lebar. Dalam hati bukan main happy. Wajahnya? Dinginlah.
"Ouh, tapi ada satu syarat baru aku tak dingin dengan kau. Petang pergi ke rumah mak aku."
Ada hal nak suruh Airi pergi ke sana. Confirm Airi taknak ikut.
"Okey aku pergi."
Petang, Ika merayu kepada Airi sambil mengeluarkan air matanya. Jahat sangat bunuh anak buah sendiri. Manusia jenis apa tak fikir pasal kandungan Airi.
Kalau Ika tak tolak Airi. Mesti Ika dah berbaik dengan Airi. Apakan daya. Semua dah berlaku sekelip mata.
"Aku minta maaf, Airi. Tolong maafkan aku. Aku tak tahu yang kau mengandung. Maafkan aku Airi. Aku merayu kat kau. Aku sanggup buat apa je kau nak. Tolong." Merayu Ika yang tengah menunduk badannya. Tangan Ika menyentuh kaki Airi.
Dia tahu belum tentu minta maaf boleh selesai.Kaki Airi kebelakang. Sampai macamni merayu Ika kat Airi.
"Aku dah redha dengan kepergian kandungan aku sendiri. Better kau merayu dengan Allah. Bukannya aku, aku dah lama maafkan kau, Ika. Aku siapa je nak hukum orang. Aku bukannya siapa-siapa. Dah bukan rezeki aku dan Haris untuk dapatkan zuriat lagi." Jelas Airi yang redha. Redha apa yang telah berlaku dulu.
Airi percaya semua ni ada hikmah. Maafkan orang lebih baik daripada dendam. Dendam cuba boleh merugikan masa untuk memifir.
"Airi, terima kasih." Suara Ika teresak-esak menangis. Baik sungguh Airi. Malu terhadap diri sendiri yang dulu. Dendam yang sia-sia tanpa menyiasat siapa Airi sebenarnya.
Haris dan Kamal senyum lega. Nasib baik Airi maafkan Ika.
"Aku nak minta maaf juga, Airi. Aku selalu sakitkan hati kau time kita bertunang. And sorry lagi pilihan aku untuk curang." Kamal juga meminta maaf kepada Airi. Banyak salah, sakit hati apa semua.
Airi mengangguk faham. Entah mengapa hatinya berasa lain. Tenang tengok semua orang senyum ikhlas.
"Tepi Kamal." Kamal ditolak tepi oleh Haris. Sakit mata dia melihat Kamal berada ditepi Airi.
Jeles?
Yes! Memang Haris jeles.
"Memandangkan semua dah berbaik. Apa kata kita makan malam bbq malam ni nak?" Tanya Kamal gembira. Sebelum itu, kena call bakal isteri dia, Tina.
Airi, Haris dan Ika setuju untuk meraikan kebahagiaan keluarga bebas daripada dendam masing-masing.
Tbc
Haa jgn lupa follow tt aku
HAHAHAH PROMOTE
YOU ARE READING
Love Is Cruel ✔️
عاطفيةSemua manusia ingin kebahagian, tetapi tidak. Mahu kecapi kebahagian mesti ada cabarannya. Airiana Alysha dipanggil Airi Dia seorang yang kuat semangat. Mementingkan perasaan orang daripada dirinya. Hidupnya sekarang sudah senang. Kerja ada, tunang...