Airi masih belum sedarkan diri. Keadaan Airi masih dalam kritikal. Disebabkan tekanan kuat pada perut Airi kena tolak, Airi mengalami keguguran yang teruk.
Menyesal disudut hati Ika. Sekarang dia yang patut digelar pembunuh. Pembunuh. Rasa mahu menangis saja. Kejam sangat ke dia?
Kirafah untuk Ika. Lain kali pikir sebelum melakukan sesuatu, ni tak ikut perasaan dan emosi. Syaitan menghasut Ika buat benda tak baik.
Airi menggunakan alat pernafasan. Kekurangan oksigen. Haris 2 hari tak tidur malam. Risau apa-apa berlaku terjadi pada Airi.
Ammar pula dijaga oleh mak Haris buat sementara waktu.
Haris langsung tidak bertegur dengan Ika. Ika sanggup bunuh isterinya. Sudah terang lagi bersuluh, Airi tak bersalah pun dalam hal arwah Zarifah.
Sekarang fokus yang ada. Past is past. Buat apa nak kenang benda yang dulu.
"Abang Haris, Ika minta maaf." Ika menunduk kepalanya. Takut bertentangan mata dengan Haris. Seperti harimau kelaparan.
Ika asyik meminta maaf. Minta maaf tak cukup. Boleh ke dia ganti anak Haris yang meninggal tu? Semudah itu nak minta maaf.
"Ika, baik kau balik jela. Solat taubat. Kau sendiri bunuh anak buah kau. Sekejam aku pun , tak pernah buat Airi koma macam ni. Dulu tu yes memang salah aku sampai Airi hilang ingatan. Tapi kau dah bunuh anak aku, Zulaikha." Ujar Haris dengan nada sedih. Anak pertama dari benihnya sendiri. Walaupun Ammar anak dia juga, lain rasa anak kandung dari anak angkat.
Ika menitis air matanya. Kembang dah mata asyik menangis 2 hari berturut-turut. Ika keluar dari bilik tersebut. Sebak hati Ika melihat Airi tak sedarkan diri.
Haris memegang tangan Airi. Sudahlah keguguran, macam manalah kalau Airi tahu lepas bangun. Confirm koma lagi kerana terkejut. Haris meletakkan kepalanya disebelah tangan Airi. Tengah berfikir.s
Harap-haraplah perkara tu tak terjadi.
Tiba-tiba jari jemari Airi bergerak. Mata Airi terbuka perlahan, buka besar pulak macam kena rasuk. Seram.
"Haris.." suara kecil Airi memanggil Haris.
Haris mengangkat kepalanya. Haris terkejut. Airi dah sedar.
Airi memegang perut yang sudah kempis itu. Kenapa perut dia kempis? Mana perut yang besar tu? Takkanlah
Keguguran kot!?
"Mana anak aku Haris." Tanya Airi lalu air matanya mengalir tak sanggup menahan sakit. Airi tahu perkara ini akan terjadi.
"Sorry, sayang. Nanti adalah rezeki. Sekarang rehat je dulu. Jangan stress. Nak panggil doktor jap ye. Jangan stress sayang." Haris cuba menenangkan Airi.
Airi menarik nafas dalam-dalam. Mesti ada hikmah ini.
"Doktor!" Jerit Haris.
Dr. Alia pun sampai. Dia check condition Airi.
Airi masih tidak stabil. Kalau stress berlebihan akan hilang ingatan yang teruk dan parah sampai tak mengenali diri sendiri.
"Dr.Airi, kena makan banyak lepas itu rehat. Fikiran sentiasa tenang. Saya turut bersimpati atas kehilangan kandungan awak. Sebagai suami, pantau isteri awak. Jangan bagi dia keseorangan. Akan berlakunya anxiety. Kalau ada apa-apa just call me." Pamit Dr.Alia.
Dr. Alia merupakan kawan sekerja Airi tapi lain kos. Airi lebih kepada surgery.
"Tq. Dr. Alia." Airi melemparkan senyuman kepada Dr. Alia. Dr. Alia membalas balik lalu pergi.
"Jangan sedih, Airi. Ni mungkin bukan rezeki kita lagi. Next time adalah tu. Aku teman kau sampai kau sembuh." Jelas Haris. Airi tak mahu bercakap dengan Haris. Hanya jeling saja.
Haris tahu salah dia juga. Salah Ika salah Haris semuanya sama bagi Airi. Tiada maaf bagi dorang.
"Aku nak minta cerai. Tolong lepaskan aku." Kata Airi tenang. Reaksinya seolah tiada perasaan lagi.
Haris terkejut. Dia mengaku dia dah mula sayang dengan Airi. Mana boleh lepaskan Airi. No tak boleh.
Haris menggeleng kepalanya menandakan tidak setuju.
Tangan Haris mengusap kepala Airi. Airi menepis tangan Haris.
"Jangan sentuh aku!"
Haris mengeluh kecil. "Airi, stop it. Jangan macamni. Kena rehat and jangan stress. Nanti kita bincang pasal ni."
Airi terus tutup matanya. Lantaklah dia tak ambil peduli pun pasal Haris. Sekarang ni, dia nak cerai. Adik beradik bunuh anak dia.
Sudah 5 hari berlalu, akhirnya Airi keluar dari hospital. Dia langsung tak berborak pun dengan Haris. Angguk dan geleng kepala saja.
Ada hari tu, Ika datang nak minta maaf. Maaf Ika tidak diterima.
"Esok Ammar datang." Jelas Haris sambil memandu kereta.
Airi masih berdiamkan diri. Ego tinggi dah mengalah gunung. Do I care. Malas nak jaga hati orang lain. Baik jaga hati diri sendiri.
Haris paham perasaan Airi. Gila tak sedih bila anak dah tak ada.
Haris meletakkan kereta dia depan pintu utama. Dia mengangkat barang Airi masuk ke dalam rumah.
Kakinya berhenti apabila Airi tak mahu masuk ke rumah.
"Airi, please. Jangan macamni." Haris merayu kepada Airi. Lemah nyawa dia dengan sikap Airi semakin dingin.
"Nak cerai."
2 ayat yang membuat hati Haris sakit. Dia berjanji akan menjaga Airi sampai hujung nyawa.
"Tak, aku taknak lepaskan kau. Airi." Tangan Haris memegang tangan Airi. Airi menarik tangannya.
Airi seperti tiada perasaan. Merayu ke menangis ke apa ke. Tak kisah.
"Janganlah buat aku macamni. Aku dah sayangkan kau. Aku taknak hilang orang yang aku sayang. Please Airi. Cukuplah aku kehilangan tunang aku dulu. Aku janji akan jaga kau baik. Kalau aku mungkir janji, tak. No, aku takkan mungkir janji. Sayang. Please. I love you deeply in my heart. No one can replace you in my heart." Segala isi hati Haris diluahkan. Sejujurnya dia sudah tewas dengan nafsu cintanya.
Mata Airi terkilan. Haris sayangkan dia. Boleh percaya ke?
"I don't care. Aku tetap nak ikut keputusan aku. Tolong respect. Kalau kau taknak lepaskan aku. Kita pergi mahkamah." Ujar Airi.
Haris berdiam. Sampai macamtu sekali Airi mahu minta cerai.
"Okey. Takpa. Demi aku sayangkan aku sanggup. Aku naik dulu. Kau buatlah apa yang patut." Suara Haris seakan-akan mahu menangis. Namun ditahan. Air mata jantan malu kot menangis depan perempuan.
Airi ditinggalkan bersama barang-barangnya. Kenapa hati dia rasa sakit? Betul ke dengan keputusan yang dibuat Airi?
Tbc
![](https://img.wattpad.com/cover/199978828-288-k359089.jpg)
YOU ARE READING
Love Is Cruel ✔️
RomanceSemua manusia ingin kebahagian, tetapi tidak. Mahu kecapi kebahagian mesti ada cabarannya. Airiana Alysha dipanggil Airi Dia seorang yang kuat semangat. Mementingkan perasaan orang daripada dirinya. Hidupnya sekarang sudah senang. Kerja ada, tunang...