bab 1 | kacau

3.5K 150 2
                                    

Cinta Yang Terakhir

Setiap orang memiliki
kelebihan dan kekurangan.

💕💕💕

Bermula episod kehidupan....
Taman KLCC

Tasya, I know you, Tasya. Oh my god. I tak percaya you masih hidup. Now, I yakin dengan perasan I. Please, Don't leave me. Tasya. I tak sanggup hidup tanpa  you."

Pemuda itu begitu teruja apabila gadis yang selama ini dikhabarkan sudah meninggalkan dia, kini berada di depan mata. Gembiranya bukan kepalang apabila dia yakin itu bukan lah mimpi. Mahu hahaha dipeluknya gadis cantik berambut perang itu.

"Err...sorry. I rasa you salah orang."

Gadis itu terkejut apabila pemuda tampan persis pelakon Korea yang tidak dikenalinya itu gembira menghalang laluannya.

"No, I tak mungkin salah orang. I know you nak elak diri daripada I. Keluarga I dah setuju untuk you jadi menantu mereka. Please Tasya" rayu pemuda itu.

Sekali lagi gadis itu berada dalam keadaan serba salah. Dia yakin pemuda tampan itu salah. Bertuahnya gadis bernama Tasya. Nampaknya pemuda kacak ini amat teramat mencintai gadis misteri itu.

"I faham you betul cintakan dia tapi I bukan Tasya. I'm so sorry okey. Get out of my way please."

Gadis itu cuba bergerak selangkah namun sempat menghalang. Tangan pemuda itu sudah memegang bahunya. Nampaknya pemuda itu masih tidak menyedari hakikat sebenarnya.

"Tidak, you tak boleh pergi! I tak nak kehilangan you sekali lagi. I tahu Keluarga you sengaja reka cerita kata you dah mati. Mereka sengaja nak pisahkan. Betulkan andaian I ni!"

Beria-ria benar pemuda itu mempertahankan pendiriannya. Gadis itu semakin hilang sabar. Malu rasa nya apabila also mereka diperhatikan orang sekeliling.

"Encik, berapa kali I nak cakap. I bukan Tasya. Kalau tak percaya, biar I tunjuk IC I. Sherry bte Ibrahim."

Sherry menunjukkan kad pengenalannya kepada pemuda itu berharap agar dia mempercayainya.

"So, please excuse me!"

Tanpa berlegah lagi, Sherry mempercepatkan langkah. Pemuda itu terkedu. Tidak berkata apa-apa. Matanya tidak berkelip, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.

"You tak boleh tipu I. Tasya."

Pemuda itu sekali lagi menghalang laluan Sherry. Hampir terjatuh gadis itu dibuatnya. Namun pemuda itu sempat mengimbanginya.

"You masih tak percaya lagi?"Jerkah Sherry.

Sherry tidak menyangka pemuda itu masih tidak mahu mengaku kalah. Pada pendapatnya, setelah menunjukkan kad pengenalannya tadi, tentu pemuda itu akan berhenti menggangunya lagi namun sangkaannya meleset.

"Err..sorry ya cik. Saya Yusry dan ini kawan saya Johannes. Kawan saya ni separuh betul. Nama dia Tengku Haris. Dia trauma semenjak kehilangan tunangnya tiga bulan yang lalu. Wajah cik betul-betul seiras dengan wajah arwah tunangnya tu. So tak hairanlah dia berkelakuan pelik macam ni." Jelas seorang pemuda yang berbaju t-shirt berwarna hijau bersama lagi temannya sekadar tersenyum saja.

Kawan-kawan pemuda itu yg datang tempat pada matanya, begitu melegakan hati Sherry.

"Dahlah tu Haris , Tasya dah lama pergi. Kau kena terima hakikat perempuan ni bukan Tasya." Ujar pemuda yang bernama Johannes pula.

"Kau orang sama aje dengan keluarga Tasya!" Marah Haris tiba-tiba.

"Cik, lebih baik cik pergi sekarang!" Arah Yusry.

"Err... maafkan saya."

Gadis itu melangkah dengan pantas. Namun hatinya dipagut rasa sedih dan kecewa kerana dia bukanlah Tasya. Apalah dayanya untuk mengubah keadaan. Segala-galanya sudah ditakdirkan.

Tiga orang pemuda itu memandang langkah gadis itu yang semakin perlahan menghilang disebalik orang ramai yang lalu-lalang di perkarangan KLCC itu.

Satu perasaan yang cukup bernama beraja di hati masing-masing. Tiba-tiba mereka ketawa sambil memberi isyarat high five sesama sendiri.

"Bayar aku seratus ringgit sekarang." ujar Haris sambil menghulurkan tangannya ke arah Yusry dan Johannes.

"Aku tak sangka kau boleh jadi pelakon handallah kau ni." Ujar Johannes yang dari tadi tidak dapat menahan geli hati melihat aksi Haris berdrama dengan gadis itu.

"Kalaulah kau nak tahu, aku dengan Johannes dah nak berguling-guling kat sana tadi. Aduhai, kesian aku tengok perempuan itu. Muka dia punya lah terkejut. Serious betul!" Kata Yusry sambil meraba-raba perutnya yang senak dek menahan ketawa.

"Kan aku dah cakap, senang je nak tahu awek tu. Sampai hulur IC bagi aku tengok, Bro! Sherry Eva Bte Abdullah. Perghhh nama secantik orang nya!" Ujar Haris penuh bangga sambil memeluk bahu Yusry dan Johannes.

"Okaylah, kita orang kalah. Kau nak makan apa hari ni?" Soal Yusry

"He..he..he..tak sia-sia aku ambik cuti hari ni."

   To Be Continue

___________________________

VOTE, COMMENT AND SHARE

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now