bab 21 | so hurt

2.9K 151 80
                                    

Airi pov.

    Badan aku terasa sakit. Mungkin terjatuh semalam. Sepatutnya aku tidur di tempat di mana aku dituduh. Aku langsung tak berjumpa dengan mereka pada masa itu.

Tangan aku meraba-raba di tepi. Rasa macam ada budak kecil. Aku berpaling. Mata aku membulat. Badan aku terasa dikunci sendiri.

Ammar!

Aih? Aku sepatutnya berada luar. Kenapa Ammar di tepi aku? Pastu dia tidur dalam pelukan aku.

Mata aku meliar mencari kelibat Haris. Dia kan berdendam kat aku. Semalam bukan main lagi hina aku. And this aku berada di bilik hotel.

Aku meletakkan Ammar ketepi. Tiba-tiba ada bayang dihadapan aku. Bayang lebih tinggi dari aku. Seperti bayang lelaki.

Aku mengangkat muka perlahan. Haris melemparkan senyuman sinis kat aku. Jelas sekali muka dia benci pada diri aku. Aku takut.

"Dah bangun. Kau jangan fikir semalam aku tolong kau. Ammar yang tercari-cari kau. Sebab tu aku bawa kau." Jelas Haris. Tangannya bersilang ke dada. Sakit hati tengok aku tidur lena tepi Ammar.

Dalam fikiran Haris, Airi ni seorang yang licik. Bila-bila saja dia boleh bunuh Ammar. Haraplah dijauhkan. Dia mesti jauhkan Ammar dari Airi.

Kaki aku diturunkan ke lantai. Macamlah aku tak perasan dari tadi Haris menjeling dia. Tahulah duit dia bayar hotel ni. Kalau dah benci sangat pada diri aku. Baik tak payah bawa. Tak menyusahkan dia je.

Aku memberi Haris dengan jelingan tajam. Ingat kau boleh main tu. Aku boleh.

Tanpa aku sengaja, aku terpijak kaki Haris. Aku dah gelabah gila. Bukan main tadi aku beri jelingan maut. Dan aku sendiri pula yang kena bala.

Haris menjerit kesakitan lalu dia menarik rambut aku. Kasar! Rasa nak tercabut akar rambut.

"Sakitlah. Aku minta maaf. Aku tak sengaja. Please let me go." Aku cuba melepaskan tangan dia yang menarik rambut aku.

Dia endahkan rayuan aku. Semakin kuat dia menarik lalu dia menghempas kepala aku di bucu meja TV. Tiada riak pun dia bersalah.

Dahi aku berdarah. Nasib baik tak terkoyak dahi. Kepala aku pening. Seluruh badan aku dah hilang tenaga. Lemah.

Haris berdiri di depan aku. "Tulah kau, cari pasal lagi kat aku ni. Ini baru sedikit!" Lalu dia pergi ke pintu bilik hotel dan hilang, pergi entah kemana.

Aku menyentuh dahi aku yang berdarah dengan berhati-hati. Darah masih lagi mengalir. Pedih.

Sampai hati dia buat aku macamni. Tak sangka dia kejam sekali. Takkan aku lupa apa yang dibuatnya kat aku.

    Langkah mereka sengaja dilajukan supaya tidak mahu berjalan bersama dengan Airi. Biar Airi ditinggalkan di belakang seorang diri. Ammar pula ada dengan mereka. Katanya, nanti Airi cuba bunuh Ammar. Negative thinking betul.

Airi membiarkan mereka berjalan laju. Hari ini pulang ke KL. Sama flight dengan mereka. Tapi kedudukan yang berlainan. Dalam kereta tadi bukan main mulut mereka bermaki hamun dan mengejek dia.

Pada masa yang sama, Airi tidak mendengar pun sindiran mereka. Earpod disumbat dekat telinga. Inilah kelebihan earpod. Tak nampak pun dia malas nak mendengar sindiran mereka. Tengok je bergerakkan mulut mereka. Lawak.

Kelibat mereka semakin menghilang. Airi mengambil keputusan nak duduk berjauhan dari mereka. Tak payah lagi nak risau dah check in pun.

Airi meletakkan bagasi didepannya lalu dia duduk sambil bersilang kaki.

"Duduk sini jelah." Bisik Airi dalam hati. Macam solo pulak dia sekarang. Dia perasan ada lelaki memerhati dia. Hahaha. Perah santan.

"Dr. Airi." Sapa seorang lelaki duduk di tepinya. Nama lelaki itu Naufal. Kawan sekerja di hospital. Juga doktor pakar. Sama bidang perubatan. Yang bestnya belum berpunya. Muka kacak tapi memilih.

Airi menoleh ke tepi. " Dr.Naufal. Apa awak buat kat sini?" Tanya Airi.

"Hal kerja. Itupun semalam pergi, hal ni balik KL." Kata Naufal. Dia memandang pelik ke arah dahi Airi. Siap ada plaster.

"Kenapa dengan dahi awak tu?" Tanya Naufal. Risau pulak dia dibuat Airi. Dia sayang Airi sebagai kawan. Dia juga pernah minat Airi pada masa universiti dulu. Perasaan itu hanya terpendam di dalam hati.

Airi menyentuh dahinya. Dia menggeleng. Dia terpaksa berbohong dengan Naufal. Takkanlah nak suami dia yang buat ni. Mampus dia.

"Terjatuh tadi dalam bilik hotel." Bohong Airi. Dia menunduk tak berani bertentang mata dengan Naufal. Naufal kelihatan serious dalam hal ni.

"You're liar, dear. I know you very much. So it's okay. Tu kan privacy awak. Awak dengan siapa datang sini? Suami?" Naufal menyoal kembali.

Airi mengangkat muka. Nasib baik Naufal faham dia.

"Entah. Saya malas nak peduli. Bosanlah nak tahu pasal saya. Kita cerita pasal lain eh." Airi cuba menukarkan topik yang dicerita pasal dia. Baik cerita pasal lain. Ada juga faedah.

Naufal angguk faham. Tengok reaksi muka Airi memang ada masalah. 7 tahun bersama, memang tahu sikap Airi macam mana.

Tanpa Airi sedar, Haris memerhati Airi dari jauh. Tak gunanya punya perempuan. Dasar murahan. Nak mengadulah tu. Lepas balik airport siap Airi dibuat Haris.

"Eee! Tengok tu! Perempuan tu memang teruk. Tak sangka pulak aku dia ada lelaki simpanan. Scandal. Tak cukup kasih sayang dari kaulah tu Haris." Tengking Ika sambil bersilang tangan ke dada. Dia pun nak berkenalan lelaki ditepi Airi. Bukan main handsome. Boleh tahan citarasa Airi.

Haris mengenggam tangannya. Mahu saja penumbuk melayang ke muka lelaki itu.

Geram!

Tunggu kau perempuan! Mahu kasih sayangkan. Nanti aku beri kau eh, getus hati Haris.

To be continued

___________________________

VOTE, COMMENT AND SHARE







Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now